Followers

Showing posts with label Usrati. Show all posts
Showing posts with label Usrati. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Back 2 School!

Assalamualaikum wrm.wbt..

Beberapa hari sahaja lagi kita akan kembali ke sekolah... waaa... pelbagai rasa pastinya menyelubungi perasaan setiap dalam kalangan kita. Khususnya yang masih terlibat dengan alam persekolahan. 

Anak umi, Syukri melangkah satu tangga lagi ke alam sekolah menengah. Ain pula telah bertukar ke sekolah baru... Ekah pastinya tahun yang sangat penting. SPM di hujung tahun. Penentuan sama ada akan menjejaki Along dan Angah!...

 Doa Umi kalian akan terus menggandakan usaha dan meraih kejayaan. Amin.

Sunday, March 13, 2011

Selamat Menjejakkan Kaki di Sabah!

Salam alik...

Alhamdulillah Amira telah pun selamat mendarat di Sabah....
Semua seisi keluarga mendoakan kesejahteraan Angah.

Seperti Along kata, Along dan Alang yang bertungkus lumus belajar nak gi luar negeri naik kapal terbang akhirnya Amira yang lepas dahulu... itulah orang kata kalau rezeki tak ke mana. Anak umi yang pertama dapat naik flight. Paling bagusnya semuanya ditaja. Sampaikan duit poketpun ditaja oleh seorang Datuk. Hehe datuk mana lagi kalau tak atuk dan wan di kampung! Cucu kesayangan Wan la katakan...


Sedang mendengar taklimat di pintu masuk
balai Pelepasan LCCT

Amira menlangkah masuk...

Amira merupakan satu-satu peserta perempuan Islam/Melayu. Tiga lagi peserta lelaki Melayu dan selebihnya  Chines.. Pandai-pandai menjaga diri dan kewajipan sebagai wanita muslim....

Wassalam.


Sunday, December 26, 2010

Cameron Highland Sevenofus Datang Lagi...


Salam 'alaik..

kabus tebal menyambut kedatangan
kami...
Pelbagai pertimbangan telah dibuat untuk naik ke bukit Cameron ni.... faktor cuaca, faktor keselamatan, faktor kesihatan dan macam-macam lagi... Beberapa kali sevenofus meeting tapi tak dapat juga penyelesaiannya. Dan hampir-hampir sahaja tak jadi bila sebuah bas terbalik di CH mengorbankan 28 nyawa dua hari sebelum kami bertolak ke Camaron...

Memandangkan keinginan anak-anak yang tinggi terutamanya Amirah dan Ain juga syukri dan syafiqah, along je yang tak berapa mahu akhirnya Umi buat keputusan abah menurut je...

dengan keluarga dari Itali
di ladang BOH
Oleh kerana jadual perjalanan kami selari dengan hari ambil result PMR ekah, maka umi memutuskan "kalau result ikah semua A, kita naik Cameron, kalau tak kita pergi telaga air panas sahaja... Akhirnya inilah keputusannya. Dapatla Amirah menggunakan Camera DSLR nya sepuasnya. Nak tengok lebih banyak tengok je la Facebook dia. Sejak jadi peminat Saiful Nang [Candid Syndrome] Amirah semakin aktif mengambil gambar! Tu yang nak sangat pergi Cameron Highland. Kalau ikutkan dia nak pergi Taiping semula... mujur adik beradik yang lain tak setuju...




strawberi coklat pasti tak ketinggalan
pemandangan depan Villa Dahlia tempat kami menginap.
Kesegaran daun teh...
Kellie's Castle ... sempat singgah dalam perjalanan balik
InsyaAllah datang pulak sebab tak sempat masuk.
Semuanya tinggal kenangan. Indahnya alam ciptaan tuhan. Segarnya udara yang Allah beri percuma sahaja... fakta, 12 pokok sama dengan 1 alat pendingin hawa... So jangan tebang pokok sewenang-wenangnya jika ingin udara bumi ini terus nyaman.

InsyAllah jika ekonomi, kesihatan, dan keselamatan mengizinkan kami ingin datang lagi ya Allah. Amin.
Wassalam.

PMR: KH ekah B?

Salam alaik,

Syafiqah.... kenapa KH awak B ni?
Okey lepas ni... no Komputer, no FaceBook, no cerita korea, no Camera2 dah....

Terkedu Ekah bila cikgu dia kata macam tu....
Huhuhu... habisla impian nak naik Cameron highland...
Sebab Umi dah janji Kalau dapat Streight A sahaja dapat naik Cameron. Kalau tak Umi rendam dalam Air Panas Sungai Klah sahaja....

So Syafiqah membawa harapan yang besar kakak dan adik2nya...

Ekah depan guru-guru. Terima kasih cikgu SBPI gopeng!

Abah paling happi....

Selepas tu baru ekah perasan.... KHB memang ar.... Mana ada KHA... hehe.. Gugur jantung Ekah sekejap!..Dahla memang subject itu yang paling dia takut/bimbang.

Papapun tahniah la ekah dari semua seisi keluarga dan sanak saudara serta rakan2 umi dah abah yang menanya... Yang paling bersyukur sevenofus sebab dapat naik Cameron Highland, Tak jadilah rendam dalam air panas!

Wassalam.

Monday, November 29, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!



Pada 29 November 1993, Ketika Azan Asar sedang berkumandang, maka lahirlah seorang bayi comel seberat 3.89kilo. Bayi tembam tersebut yang memang telah terlewat lahir sepuluh hari daripada tarikh sepatutnya telah dipaksa keluar oleh doktor. Akhirnya, selepas 7 hari bayi ini di beri nama NUR  AMIRAH BT MUHAMMAD FAIZAL Alhamdulillah, Kesyukuran tiada akhirnya kerana menganugerahkan Amira dalam keluarga kami.. Amira yang hari ni sedang berjuang dalam SPM!



Kami doakan Amira dapat menjejaki langkah ALONG! Menempa kejayaan yang cemerlang dalam SPM.Amin ya Rabbil Alamin.

Monday, November 8, 2010

Deepavali di Rumah Amama

Salam 'alaik

Sambutan Deepavali tak meriah kalau keluarga kami "sevenofus" tak hadir bersama-sama. Kami datang pada hari kedua deepavali.kerana amama tak buat apa-apa hari pertama kerana hari Jumaat, amama 'puasa'. Hari keduapun dah agak lewat. Selepas zohor. So amama kata ramai sedara mara yang datang dan bertanyakan kami. Ramai yang datang nak jumpa kami... Waa... rasa macam penting sangatla pulak kami... Memangla... bila sevenofus datang rumah amama terus penuh.. begitu juga bila maghrib, kami balik rumah amama langsung kosong!.. 

Kesian mama kerana kami tak leh lama-lama di sana!...

Belakang: Syukri, Daen, Umi, Amama, Along, Alang,
Depan: Ain, Noealyn, Joel dan Angah
berbangga dengan duit deepavali masing-masing!
Tetamu yang hadir, Uncle Sha dan family
Bila deepavali begini baru berpeluang jumpa semua. Sebab itu kami takkan lepaskan peluang ini di samping sangat menghormati dan sayangkan amama.

Monday, October 11, 2010

Ikah Abis PMR!. . . . . . . .

Salam ...

Waa.........  esok ikah abis PMR..... umi dengan abah yang lega.... kami dah buat yang terbaik untuk ikah semoga mendapat keputusan yang cemerlang.... tapi nampaknya usaha kami tidak terhenti di sini.... huhu giliran Amira munyusul pula.... SPM. lebih mencabar.

Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Amin
Kami hanya dapat mendoakan, papepun usaha kalian yang lebih utama!

Wassalam

Sunday, October 3, 2010

Majlis Perkahwinan cucu Sulong Atok!

Salam alaik...



Selamat Pengantin Baru kepada Abang Isal dan kak Nira...



Semoga berbahagia hingga keakhirnya.

kenduri perkahwinan cucu sulung lelaki atok. majlis yang paling simple tetapi paling BEST! sebab semua anak-anak dan cucuk atok dapat berkumpul
Semoga lepas ni  menyusul Abang Asrol, Abang Lan, Abang Nanag, Abang Nizam.

Wassalam.

Wednesday, September 15, 2010

Cerita Raya 2010


Salam 'alaik...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
Lamanya tak tulis blog... nak kongsi cerita dan gambar raya dengan sedara mara...

hehe... Bermula dengan.....


SEBELUM RAYA!

Dalam perjalanan pulang ke kampung.. Alhamdulillah takde jem. Pemilihan waktu yang sesuai. bertolak jam 9pg. Rabu (2 hari sebelum raya)

Sehari sebelum raya... kesian ayam kg jadi korban.



Ketupat tak ketinggalan. biasala aktiviti blajar buat ketupat. takpernah menjadi-jadi. Sambung raya tahun depan!




ktiviti membakar lemang paling mencabar dan menyeronokkan. Setelah ketiasaan Pak Long n Pak Lang, Mak Ten n Anak mengambil tempat. Semoga Allah mencucuri Rahmat roh mereka berdua. Amin

Anak dara membantu di dapur... borak je lebih. sesekali jumpa.

Malam Raya... sungguh meriah dengan sinaran pelita.








Sampailah masa dinanti:

 HARI RAYA PERTAMA:


Keluarga Pak Teh. Semua ada.
SEVENOFUS....Colourful.

Mak Lang n Lin... tanpa abang Isal kerana bertugas. Tahun kedua tanpa Pak Lang.

Keluarga Pak Ngah... ala-ala YB. maaf zahir batin!
Eh.. Pak Su n Mak Su... mana Along Jiha, Hafiz n Farhan?
......Ya Allah semoga kami bersatu lagi di Ramadhan tahun depan. Amin

SENARIO2 LAIN

Di rumah TOK KI (famili angkat abah)

Dengan sepupu- sepapat.
Sedara mara (raya kedua)

hehe... raya sebulan...

Amboi...along.




hehe.... ini posing apa pulak... singgah masjid sebelum balik KL. Alhamdulillah, perjalanan balik juga tidak terkandas dalam sebarang kesesakan.


Itulah ceritanya Raya tahun ini 2010.... semoga raya tahun depan kita tetap bersama. tidak ada yang berkurang. Mungkin bertambah. Yang lebih penting semoga kita dipanjangkan umur, sihat dan dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang. Amin.

Wassalam.

Thursday, September 2, 2010

I'M COMING BACK HOME!!!!!!!!!!!!!!


yAYYYYYyyy.......!!!!!!!!!! after dah baper bulan eka terperangkap kat bumi "GOPENG" nie
akhirnya berjaya melepaskan diriku dengan suksesnya .. Bila ikah balik esok pada 3 SEPTEMBER 2010.......heheheheh abis lah.....ble eka blk nnt x de masa lah ain,syukri,ya ngan along nak pegang komputer........hehehehe~  nnnt umi jgn lupe jmput ikah ........jgn lupe plak....kcian kat ikah dtg jauh2 tp x de org dtg jmput.........k pape pown jmpe esok k!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kat cni ad beberapa PLAN yg telah dibuat utk preparation 4 PMR 2010....

     1.Study......
     2.X nak tido lame2
     3.Raye biasa2 jer...jgn over sangat....
     4.seterusnya akan dipikirkan nnt........

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA & SELAMAT HARI LAHIR (IKAH&ABANG)

salam....
lama rasenye tak menulis disini.huhuhu..
harini hari apa ek??...buat tak ingat lah konon.harini hari bapa dan hari jadi abang.esok pulak hari jadi ikah.so...jamakkan jelah semuanye


&

to ekah and abang

disebabkan ini,kami sekeluarga telah pergi baramai2 menghantar ikah ke gopeng semula.(alahai...cuti dh habis..).Dalam perjalanan tu kitorang berhenti kat kawasan RnR kat TAPAH.mcm biaselah.


lepas solat.kami ramai2 berhenti makan kat

sempena nak meraikan tiga insan ni.hahha..seronok sangat.happening bak kate abah.tengah2 makan..ya buat surprise pulak.bagi handmade card kat ikah and abang.cute giller card tu.huhu..terharu kot abang ngan ikah.abah dapat card beli tapi card abah pun special sbb along tampal gula2 kat dalam card tu.sweet!!!

(kesian kat ain sbb tak dapat ape2.teka teki dalam kereta pun tak dapat.hahaha.tapi she manage to get RM5 from abah)

3 anak dara single lagi available

malu-malu konon.manyampah

diskusi ape penting sangat nie?

tada...nilah handmade cad tu.comel kan

abah with his card

nilah gula2 yang along tampal kat card abah.hahaha.

lagi foto malu2 konon

inilah penjaga kepada 3+2 kanak ribena

oklah..thats all..

"We are travel in the love lane,down the road we will meet again"
(",)

hehehe..no commen!!..untuk kite2 jek

ni lagi satu..try it! really work