Followers

Showing posts with label KOMSAS T5. Show all posts
Showing posts with label KOMSAS T5. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

AIR MATA SASTERAWAN..

ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat
menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang
novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
 – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Sunday, January 9, 2011

Polemik: Novel Interlok Dibakar

Sumber: Mingguan Malaysia

KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 penduduk berketurunan India hari ini mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Mereka yang mendesak kerajaan agar mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima di sekolah, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya.Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.

Saturday, January 8, 2011

GAPENA Pertahankan INTERLOK

Oleh HATA WAHARI

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menegaskan, Kementerian Pelajaran hanya boleh mengubah teks novel bertajuk Interloksekiranya penulis buku itu Abdullah Hussain bersetuju untuk berbuat demikian.

Setiausaha Satu Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan bagaimanapun memberitahu, pihaknya mempertahankan kedudukan buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima itu tidak boleh diubah kerana ia merupakan tindakan memperkecilkan penulis terbabit.
''Gapena sama sekali tidak boleh menerima sebarang perubahan kepada teks novel dan jika perubahan dilakukan gabungan akan bertindak balas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Rumah Gapena untuk menyatakan pendirian gabungan itu mengenai tindakan penggunaan novel itu sebagai buku teks di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Dua Gapena, Profesor Madya Dr. Hashim Ismail; Bendahari Gapena, Hamzah Hamdani dan Ketua Media Gapena, Borhan Md. Zan.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.