Followers

Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

Jamuan Berbuka Puasa

Salam `alaik..
Alhamdulillah ruang cuti Merdeka memberi ruang dan kesempatan kami mengadakan jamuan berbuka puasa kecil-kecilan. Tetamu taklah seramai mana, mungkin hujan lebat membataskan pergerakan khususnya anak-anak murid umi untuk datang. "Cikgu faham jarak menyukarkan".  Namun tak jadi halangan rezki mereka yang datang la...Doakan cikgu murah rezki, nanti kita buat pula selepas raya.. Kepada 5MPV, mohon maaf cikgu terlupa nak undang!... cikgu tahu ramai yang keciwa.


Nampak sama tapi tak serupa... sembang2 sebelum berbuka!...

Terima kasih zaid dan azre kerana sudi datang..

Maaf gambar tak seberapa... student IPG yang setiap tahun tak pernah ketinggalan  walaupun Sir Faizal dah bersara.

 
Menikmati juadah ringan sebelum solat maghrib...

Tq Sarah... the only girl from SMKSI...

Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang, terima kasih kepada yang membantu, Sara, Hani, Yus, Zai, dan Anis. Mukmin yang hadir, Zaid, Azre, Hafizul dan rakan-rakan dari IPG juga terima kasih. Semoga ibadah puasa kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah. 

Wassalam

Thursday, April 22, 2010

Selamat Kembali Bertugas Pn. Fadzilah Sirat.

gambar terkini

Salam alaik..

Semalam, Pn. Fadzilah Sirat telah kembali mengajar setelah berihat panjang kerana sakit. Kami semua warga SMKSI ingin merakam kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana beliau telah kembali sihat dan dapat mengajar semula, walaupun kesihatannya tidaklah pulih sepenuhnya seperti sebelumnya. Namun, dengan keadaannya yang seperti sekarang kita telah cukup bersyukur jika memandangkan keadaannya semasa sedang tenat diserang H1N1 dahulu.

Jika diingatkan semula kata-kata doktor yang merawatnya dahulu memang sukar untuk dipercayai apabila melihat keadaannya sekarang. Itulah kuasa Tuhan, doktor hanya manusia biasa yang terbatas ilmu dan akal fikiranya. Allah jua yang Maha Mengetahui dan berkuasa menentukan segalanya.. Doa boleh mengubah segalanya.

Tanda kesyukuran kembalinya beliau bertugas, rakan-rakan sekerja, khususnya Unit Peperiksaan telah mengadakan sedikit 'pot luck'.... terima kasih kak Zan, yang menjadi master mindnya!

Ketabahan beliau, suami tercita dan keluarga memang amat kami kagumi. Semoga Pn. Fadzilah akan terus sihat, tabah dan segera pulih seperti sedia kala... Amin.

Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Monday, October 12, 2009

Jamuan Raya II

Dalam kesempitan waktu dengan tugas-tugas sekolah dan urusan rumah tangga, ukhuwah dengan rakan-rakan juga satu keutamaan dalam hidup penulis. Tak sempurna rasanya kalau raya tahun ini penulis tak undang teman-teman datang bertamu ke rumah. Di sinilah ruang dan peluang penulis bertemu dan bermesra dengan teman-teman yang sekian lama tak bersua muka.. Alhamdulillah ramainya sahabat yang hadir... terharunya. Berbaloila dengan penat lelah.

Rakan-rakan setugas di SMKSI... yang banyak membantu.




pick hour....

Dengan tawakal yang padu kepada Allah penulis teruskan juga rancangan nak buat opend house. Walaupun kalau ikut kudrat dan logik akal rasa macam tak mampu aje. Tapi dengan kata-kata semangat anakanda Amira dan Lam penulis tawakal teruskan juga. Alhamdulillah dengan menu yang tak seberapa, (yang penting masak sendiri) akhirnya majlis dapat berjalan lancar. Ramai pulak teman-teman yang hadir. Teman-teman satu U, satu sekolah dulu dan sekarang, kawan-kawan masjid suami, kawan-kawan sepejabat suami, kawan-kawan amira, kawan-kawan Lam, kawan-kawan setaman. Yang paling best kawan-kawan sebilik masa di Mekah dulu. Terharunya jumpa mereka..... rindu tak terkata.

Kak Maznah; teman sebilik di Mekah dan Madinah 2007



Dr. Manaf dan Dr. Faezah; tetap datang walaupun dah berpindah jauh.

Geng UNITEN


Kepada suami dan anak-anak yang membantu, terima kasih sayang.... Kesian Amira walaupun arini ada exam, dialah yang paling sibuk menguruskan tetamu dan juadah. Ila sempat jugak menjengok walaupun sangat sibuk dengan kuliah dan palapisnya.


Tini dan keluarga; banyak berkongsi suka dan duka sejak dulu kala.

Dah nak penghujung, datang jugak kak Rusni sayang!


Syukran jazillan khasiran kepada semua datang.... sesungguhnya penulis amat tahu dan yakin bahawa tetamu yang hadir itu datang membawa rezeki.... Kesudian semua yang hadir sangat-sangat penulis hargai. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dapat kita bertemu lagi. InsyaAllah.

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Lahir Boss, Pn. Haslina dan Kak Ty,

Salam ukhuwah rakan-rakan setugas....

3 kek untuk 3 birthday girls


Dalam kesibukana, dan "ketensionan" kami para pentadbir SMKSI dalam melaksanakan tugas yang memang tak boleh dinafikan, dihangatkan lagi dengan hari ini hari pertama para pelajar ting 3 menghadapi PMR sempat juga kami meraikan hari ulang tahun Puan Pengetua (31 Ogos), Pn Haslina (30 Sept) dan Pn Norhayaty (6 Okt).

birthday girls...


Memanglah lumrah manusia ingin disayangi, ingin diraikan, ingin perhatian walau siapapun kita.... sesekali majlis-majlis sepontan sebegini memang amat perlu sebagai pelerai keserabutan minda dan pegerat ukhuwah....

Pn Haslina yang memang vouge!... jangan mare....

kak Ty, kak Omme dan Linda




Eik... terselit jugak penulis dengan kak ina, kak ty dan kak omme!


sambil tu, serius membincangkan hal-hal sekolah.


Wah ... kak ina, makan sambil menghayati dalam pinggan pun ada note!....

Pn Siti Hawa... Cooming Soon! 17 Okt...

InsyaAllah kalau ada rezki kita calebrate pulak!



Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Ty


Semoga kak ty sentiasa diberi kebahagian di dunia dan akhirat.
"Jangan marah saya selalu ehh... "
daripada Adik Su...

Monday, October 5, 2009

Happy Belated Birthday Pn Haslina

Maaf ye.....


Saturday, September 26, 2009

Meriahnya Jamuan Raya!...

Ahamdulillah, syukran jazilan khasira, selesai jugak jamuan raya umi... orang sekarang kata ape?... opend hause eh?!.. lebih kurang ar... entahlah. boleh pakai ke? Macam tak sesuai je....

Dengan segala kekurangan dan kedaifan umi nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada anak-anak umi dan suami tercinta kerana memberi sokongan + bantuan X pertolongan. hehehe... walaupun abah tengah puasa. Terima kasih along... penatnya umi sekiranya tanpa along membantu. terima kasih Ya... buat air jagung... sedapnya air jagung Ya. Student umi kata macam air pasar malam je sedapnya... Ekah... pembantu kanan umi bab masak-memasak dan gentel bergedil.. hehehe dari semalam lagi... student umi kata sedap ekah masak... tak taulah betul ke tak?. Ain jugak. Ain sangat bagus. Tak buat hal. Saayang Ain, sebab dengar dan ikut pesanan umi... Abang Ukie pun, hero umi satu-satunya, tolong kutip cawan dan pinggan. Alhamdulillah umi tak perlupun pembantu yang diimport dari seberang tapi semuanya beres.

Untuk student cikgu, jutaan terima kasih bebanyak. Terharunya cikgu... ramainya datang. Cikgupun tak sangka. Cuma student batch 06... tersalah maklumat, sorilah.. ingat cikgu buat hari sabtu...

Sukalah cikgu nak sebut jugak mereka yang hadir. Batch 04, Wan Fatihah dan Famili. Umi tak sangka sangat Fatihah datang... sori, tak selesa.

Batch 05.... Terima kasih, Al-Haq, Aimirul, Salleh, Ashraf, Athirah, Siti dan Adik, serta Peah.... eh lupa pulak, Lam dan Adik Mey Yen kerana hadir. Yang tak dapat hadir tapi turut berkirim salam dan sms, ramai sangat. Yang cikgu ingat... Rai, Hanif, Amira, Mun.. ada lagi... Yang best group ni siap buat mesyuarat Agung lagi kat umah umi... Cikgu doakan hasrat kalian nak tubuhkan Alumni Seindah berhasil.

Untuk batch 06... huhu kesian tersalah hari... sori izati, Mal, Atikah... lain kali eh... Fazilah masih kat kampung. Ezy, Parathaman, Aliah tak tahu cerita.

Batch 07...... sangat meriah... ramai hadir. Peah, Ella, Nwar, Nafis, Hasif, Kalam, Redir, Mustakim, Azureen, Wai Hoong, Leh Heng, siapa lagi ehh...? Kesian Henry dan Pavi tak sihat. tension nak STPM kot? Wai Sing kena anta adik balik asrama. Wafa klesh opend hause dengan cikgu. Seah Yen ,Sara,Shery,Lim dan kuyah kirim salam je... Terima kasih... U all memang tak berubah!.. masih mesra dan manja seperti dulu.

Tak lupe juga terima kasih pada Firdaus Jamaluddin, Zulhafiq dan Emran datang jugak walaupun sedang sibuk nak SPM beberapa hari je lagi... Yang lain tu kempunan je nak datang sebab takde transport. maklumlah belum ada lesen memandu... baru form 5....

Akhirulkalam, mohon doakan semoga Allah murahkan rezki, lapangkan masa dan berikan umi dan famili kesihatan serta kesempatan yang baik ... InsyaAllah agar tahun depan kalian dapat bertamu, bermesra dan bercerita sambil menjamu selera dan mensyukuri nikmat Allah yang melimpah ruah ini.... insyaAllah.

JazakalAllah hukhairan kasira.......

Friday, September 25, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI