Followers

Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Aduhai... Book Review

Salam alaik.....

Sebenarnya kena buat book review ni.... tapi tak tahu nak tulis apa.. Bukanya tak baca buku... memang banyak buku yang dibaca cuma nak tulis dalam book review tu teramatlah menyampah dan malasnya... Tapi macam manapun kenalah buat jugak.. sebelum ni suruh pelajar je yang buat kerja rumah. Sekarang rasakan pulak..

Sebelum akhir bulan ini ana kena hantar satu lagi book review yang kedua. Inilah kerjaya guru. Kalau mengajar di kelas tu memang tak menjadi masalah tapi bila kena buat kerja-kerja macam ni memang memeningkan kepala... Ini baru hantaran kedua.. menyusul ketiga, keempat hingga ketujuh... semoga ana dapat menyudahkannya... nak tak nak kena sudah jugak..

Nak buat macam mana... peruntukkan takde nak buat kursus LADAP kenalah buat book review.
Apapun, Kenalah fikir positif. Demi mertabatkan profesion perguruan kena banyak berkorban!

Pelajar-pelajar tengah exam... kertas banyak yang perlu diperiksa..

Semoga Allah melapangkan dada dan memudahlan segala urusan. InsyaAllah.

Wassalam

Thursday, April 22, 2010

Usai di 5MPV

Salam alaik...

Usai...
Pagi ini di 5MPV....
meneroka dan mentelaah,
Virus Zel Untk Abah.

Kelas ini memang sentiasa ceria!
Lihat sahaja pesanan yang di tinggalkan di "Shoutmix"
bebas bersuara,
kerana semuanya dara jelita...
satu-satunya kelas
yang hanya satu gender di sekolah ini!...


Kalian memang banyak potensi diri,
cuma ada sesetengahnya lalai dan khayal
dalam keseronokan usia remaja.
walaupun sering cikgu ingatkan
tapi kalanya, masuk telinga kiri keluar telinga kanan...
masih rasa SPM terlalu jauh untuk dijangkau!
Namun cekgu tetap berbangga...
tugasan sentiasa siap!
cikgu tetap menaruh keyakinan
Kalian akan berjaya!
GANDAKAN USAHA SEGERA!

salam sayang daripada,
cekgu_zalina