Followers
Saturday, October 31, 2009
Nak Kongsi Buku.
Musim Haji Datang Lagi...
Di Masjidil Nabawi
ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Umipun sebenarnya belum sempat baca. Tapi dah go throw la... Buku yang ikah beripun belum abis lagi...
Berikut Intisari buku tersebut.
Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Harga : RM17.00
Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Pengarang : Dato' Dr. Haron Din
Mukasurat : 176 halaman
Cetakan Pertama : 2007
Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.
Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.
Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.
Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, “Ada apa dengan Islam?” Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.
Majlis "Hi-Tea" Akhir Tahun 2009
Dengan bertemakan pakaian Merah Hitam... guru-guru dan kakitangan SMKSI dengan gaya tersendiri telah hadir di Grand Ballroom Equatorial Hotel BBB. Seronok tengok gelagat mereka. Cikgu lelaki, biasalah Cikgu Abdul Haris akan menarik perhatian hadiran yang lain.Dengan berblezer Hitam dan bertali leher hitam beliau muncul sebagai MC cabutan bertuah.Telatah mencuit hati beliau memang menjadi.
Hehe.. penulis pun kenalah ikut juga tema. Pakai jugalah baju Merah hitam yang cik abang cayang belikan di Trengganu. Satu Pasar Payang cari baju merah hitam.
En. Amin Minhad mempersembahkan gurindam 1Malaysia.
Biasalah program-program macam ini pastinya akan didahulukan dengan ucapan-ucapan panjang... Mula-mula Pengerusi KKGK, Datin Aniza. Okeyla.. alu-alukan tetamu. ringkas tapi menarik. Lagipun ucapn mula-mula masih boleh dengar dan perut masih boleh menahan lapar. Ucapan kedua, puan Pengetua. Mukadimahnya beliau berkata tak akan cakap panjang-panjang sebab beliau maklum ramai yang dah lapar.... tapi nya dalam kata nak berhenti cepat tu setengah jam tak jugak berhenti. Huhu.. cikgu Fadzilah dan kak yati dah sibuk lapar. Penulis pun sama jugak. Encik Loh dah buat muka seposin tapi pengetua buat macam ak faham je... hehehe.. nak tergelak ada jugak. bincang pulak perkara yang heavy2, kesian pengetua.. kasian cikgu.. Yang best dan kelakarnya dah hampir setengah jam berucap baru pengetua nak keluar teks yang En.Amin tulis untuk majlis petang itu.. lagila cikgu-cikgu 'bengkek'... nak buat macam mana dapat pengetua yang memang suka bercakap.. Kami para pentadbir dah lali dalam mesyuarat pentadbir, Kalaulah tak sebab Solah Zuhur nak habis waktu, pukul 5 pun belum tentu habis lagi dari pukul 12 tengah hari.
Akhirnya, majlis berakhir pukul 5.15. Okeyla... timeing pukul 5.00.
Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa.
Semasa di sekolah kami duduk sebelah menyebelah. Di mana ada aku pasti ada dia. Hubungan kami seperti isi dengan kuku. Kawan-kawan juga sering melebelkan kami seperti belangkas. Hubungan kami sangat akrab dan bahagia sehinggalah kemunculan rakan baru dalam kelas kami. Guru telah memperkenalkan rakan baru kami itu di hadapan kelas. Kartina namanya. Kebetulan di belakang tepat duduk kami ada satu tempat duduk kosong. Maka Fasha mengalu-alukan Kartina untuk duduk di situ. Sampai sahaja waktu untuk pulang kami berangkat pulang bersama-sama sambil berbual-bual. Kami bertanyakan serba-serbi tentang dirinya. Hari demi hari hubungan kami semakin rapat. Khususnya Fasha kerana rumah Fasha hampir dengan rumah Kartina.
Kehadiran Kartina telah merenggangkan hubungan aku dengan Fasha. Fasha lebih banyak besama-sama kartina berbanding aku. Suatu hari Fasha tidak hadir ke sekolah. Tetapi anehnya kartina sangat baik dengan aku pada hari itu. Malah dia menawarkan dirinyan untuk duduk di sebelahku bagi menggantikan tempat Fasha yang tidak hadir ke sekolah hari itu.
Dalam perbualan kami, dia banyak menyentuh tentang keburukan Fasha. Dia juga menyatakan bahawa sebenarnya Fasha berpura-pura baik denganku.. Lebih memedihkan hatiku dia memberi tahu bahawa aku tidak layak disukai oleh Afri iaitu pelajar lelaki yang meminatiku di kelas. Mendengarkan hal itu hatiku menjadi panas. Perasaanku bagai dihiris sembilu. Aku begitu ikhlas dengan Fasha. Kenapa Fasha memperlakukan aku begini? Itulah fikirku waktu itu. Perasaan marah dan sedih menguasai diriku. Aku hilang pertimbangan.
Pulang dari sekolah aku terus berkunjung ke rumah Fasha. Aku pergi dengan perasaan marah dan langsung tidak memperdulikan Kartina. Seribu persoalan bermain-main di fikiranku. Benarkah Fasha benci akan aku?Benarkah dia tidak hadir ke sekolah kerana tidak mahu berjumpa dengan diriku seperti yang dimaklumkan oleh Kartina?
Setibanya aku di rumah Fasha aku lantas memberi salam. Fasha datang untuk membukakan pintu. Sebaik sahaja Fasha membuka pintu, aku terus memarahinya dengan kata-kata yang kesat dan kasar. Aku langsung tidak memberi peluang kepada Fasha untuk membela dirinya. Setelah puas, aku terus pergi meninggalkan Fasha termangu-mangu. Fasha terkejut dan menangis mendengar kata-kataku.
Setelah beberapa jam keseorang di rumah, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon yang membuatkan aku berasa bersalah seumur hidupku. Ibu Fasha telah menghubungiku. Dia memaklumkan aku bahawa Fasha mendapat kemalangan. Aku lantas terkenangkan perbualanku dengan Katina di sekolah tadi dan tindakan aku menyerang Fasha di rumahnya.
Aku lalu bergegas ke hospital. Aku terkejut melihat sekujur tubuh Fasha terbaring di atas katil hospital sambil memakai alat bantuan pernafasan. Menurut cerita ibu Fasha, selepas aku meninggalkan Fasha tengah hari tadi, Fasha terus muram dan sedih. Fasha minta izin keluar untuk menemuiku. Walaupun ibu melarang kerana bimbang dengan keadaannya tapi Fasha berkeras juga mahu keluar kerana mahu menjernihkan semula keadaan yang sedang kusut katanya. Waktu itulah Fasha terlibat dalam kemalangan. Basikal yang dikayuh oleh Fasha telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang.Mendengarkan hal itu aku terus menangis tesedu-sedu.
Tiba-tiba Fasha sedar dari pengsannya. Fasha memanggil namaku. Dia seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu. Fasha bersuara dengan nada yang amat perlahan sehinga aku terpaksa mendekatkan telingaku ke mulutnya. Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana deman. Dia juga mengatakan bahawa dia sangat menyayangiku. Semua yang Kartina nyatakan adalah dusta semata-mata. Setelah itu Fasha tidak sedarkan diri semula. Beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Fasha telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, ampunkan aku, Aku telah menyebabkan kehilangan nya seorang rakan yang sangat aku sayangi. Aku menyesali perbuatanku. Kalaulah aku tidak mempercayai kata-kata Kartina, Fasha tidak akan mati. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa! Aku menyesal....
Markah: 77/100
Karangan hasil karya
Wan Nur Amalina
4SG (Kumpulan 2)
Sek. Men. Keb. Seri Indah
Saturday, October 24, 2009
Friday, October 23, 2009
Hadiah Buku dari Ikah.
InsyaAllah umi pasti akan baca.
"Sebuah karya berupa pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama Al-Quran, Taurat dan Injil dan dikupas secara tematik ilmiah. Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya teruja pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang. Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini malah yakin mereka memperolehi maklumat baru dalam menafikan tuduhan terhadap Al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah lampau. Kupasan pengarang menjadi lebih menarik apabila berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti pembentang surah al-Kahfi sebelum sampai kepada natijah interpretasi Yakjuj dan Makjuj".
- Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Universiti Malaya
KANDUNGAN
Bab 1: Mengenali Inskripsi Yahudi
Bab 2: Suara-Suara Dari Padang Gurun Tentang Zulqarnain, Yakjuj Dan Makjuj
Bab 3: Genealogi Yakjuj Dan Makjuj Dalam Inskripsi Yahudi
Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia Adalah Gog Magog
Bab 5: Sejarah Timur Tengah Dan Yahudi: Penglibatan Bangsa Barbar Scythia
Bab 6: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Kerajaan Hitti, Urartu
Bab 7: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Samaria, Israel
Bab 8: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Nineveh, Assyria
Bab 9: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Jerusalem
Bab 10: Nabi Ezekiel Memaklumkan Kedatangan Gog Magog
Bab 11: Nabi Yunus Mengingatkan Tentang Yakjuj Dan Makjuj
Bab 12: Nahum Dapat Melihat Dekatnya Kehancuran Nineveh
Bab 13: Amos Dan Joel Mengibaratkan Keluarnya Gog Magog Seperti Serangan Belalang
Bab 14: Peringatan Nabi Jeremiah Dan Kebebalan Bani Israel Tentang Bahaya Gog Magog
Bab 15: Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Pada Akhir Zaman Dalam Inskripsi Yahudi
Bab 16: Jawapan Atas Putar Belit Evangelis Barat Tentang Gog Magog
Harga = RM31.50 (Sem) RM34.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 564
Penulis = Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd
Hehe... umi dah tahu harganya.. beriya-iya nak sorok harganya daripada Umi. Tahu jugak.
Peranan Ibu Bapa Mengatasi Masalah Sosial Remaja
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang baru lahir dalam bilik air di sebuah sekolah menengah di Gurun. Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan bakal mencorak kegemilangan negara kelak. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini. Namun, masalah ini masih gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa selaku golongan yang paling hamper dengan remaja perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah remaja pada masa ini.
Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun, sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi pusat-pusat hiburan.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2007, 90 peratus daripada pelajar yang bermasalah mempunyai latar belakang keluarga yang juga bermasalah. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana `Rumahku Syurgaku’ supaya anak-anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada menyatakan ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Masalah dalam keluarga memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga.
Di samping itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa. Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita turut berbau harum dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga akan turut terkena percikan apinya. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang positif dan berminat untuk belajar. Sifat lepas tangan sesetengah ibu bapa yang tidak menghiraukan keadaan anak-anak, mereka akan mendedahkan remaja tersebut untuk berkawan dengan mereka yang bersifat negatif dan terdorong untuk terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, dan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan jenyah.
Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyarakat kini yang semakin buas seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah dan harus diubah. Sesungguhnya, tamadun Rom yang pernah gah suatu ketika dulu mampu membina tamadun dan melakar sejarah yang agung kerana rakyatnya mementingkan kestabilan antara unsur rohani, mental, dan fizikal. Sesungguhnya, didikan agama penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif.
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa haruslah menyedari bahawa anak-anak ibarat pohon kecil yang perlu sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan semangat dan harapan agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja yang mampu menggalas aspirasi negara pada masa hadapan.
Markah: 76/100
Karangan hasil karya;
NUR SAKINAH BINTI MUHAMMAD FAIZAL
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG
Kepentingan Mempelajari Sejarah Negara.
Markah: 25/30
Karangan hasil karya;
NUR SAKINAH BINTI MUHAMMAD FAIZAL
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG (KISAS)
Monday, October 19, 2009
Sambutan Deepavali dengan keluarga Abah..
Kad ucapan daripada Ain untuk amama
Amama paling sibuk!.
Noalin, Ain dan Daean. Ain memanjakan diri.. biasala tu
Dua menantu amama... kedua-duanya guru!.. yang berbezanya seorang Portugis, seorang Melayu... One Malaysia
Amama di samping cucu-cucu dan menantu tersayang! perasan...
Setiap tahun kami sekeluarga pasti tidak ketinggalan memariah sambutan deepavali di rumah Amama. Amama kata kalau kami tak datang perayaan akan berasa hambar. Pernah satu tahun tu apabila Hari Raya dan Deepavali disambut hampir serentak dan masa tu kami di kampung so mama sambut deepavali tanpa kami. Keluarga kami menyumbang cucu paling ramai bagi Amama sebab tu bila kami tak ada Amama akan rasa tak lengkap Deepavali dan terasa kurang mariah...
Juadah yang paling special masa Deepavali ialah tose (tak pasti ejaan), kari kambing, candy, maruku dan lain-lain. Hehe tahun ni kak Poni dah pandai buat biskut. Best ar biskut kak Poni... Tapi tahun ni tak dapat jumpa kak Poni dia balik rumah father dia..
Tak ketinggalan main bunga api dengan Joel, Noelin dan kak Daein. mereka semua sangat baik dan mesra. Uncle Siva begitu sabar melayan kami.
Akhir sekali dapat duit Deepavali.. daripada uncle Vijee dan Amama. Tq semua; Untie Jeri, Untie Bhawani, uncle Vijee, uncle Siva, Kak Poni, Kak Daein, Joel, Noelin kerana menjadi saudara kami dan special sekali Amama kerana menjadi Grandma kami yang sangat careing dan penyayang. Semoga Allah memberi hidayah kepada semua dan dapat bersama-sama di syurga nanti. Amin ya Rabbil alamin.
Saturday, October 17, 2009
A STAR FOR SPM???
Balik Lagi
Tuesday, October 13, 2009
Syair Beriman dan Bertakwa
Wahai manusia yang berakal
Hidup ini tidak kekal
Ilmu dan amal jadikan bekal
Kepada Allah hendaklah bertawakal.
Sementara hidup diberi nyawa
Kuatkan tekad azam di jiwa
Jangan cuai sambil lewa
Kepada Allah beriman bertakwa.
Berusaha beramal janganlah malas
Berbuat ibadat dengan ikhlas
Jangan merewang leka dan culas
Usaha yang baik akan dibalas
Kepada Allah beriman sentiasa
Tidak sesekali berbuat dosa
Ingat-ingatlah akan seksa
Azab Allah amatlah bisa.
Jika nafsu menyerang datang
Kita lawan kita tentang
Dengan gigih mengalah pantang
Bersama iman tinggi ditatang.
Jangan sesekali menyerah kalah
Teruskan bertakwa kepada Allah
Mengikut amalan sunnah Rasulullah
Bukan mengikut jalan yang salah.
Hendaklah mengadu kepada allah
Cari di mana silap dan salah
Bukan berbalah salah-menyalah.
Jangan lalai membuang masa
carilah ilmu beramal berjasa
Demi agama, nusa dan bangsa
Kelak baktimu dikenang sentiasa.
Diubahsuai daripada,
Pelita Bahasa
Oktober 2009
Eksplorasi Hati
Hati yang bercahaya adalah hati yang diterangi dengan sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat seperti sabar, redha, tawakal, tawaduk, berbaik sangka dan suka memaafkan orang lain. Eksplorasi ke dalam hati sendiri untuk menemui jawapan?.. Terokai sisi-sisi di dalam sama ada hati itu bercahaya atau zulmat!
Untuk memelihara kesucian hati akhlak Islamiah menganjurkan sesuatu yang sangat berharga,
"Ingatlah dua dan lupakan dua. Ingatlah kebaikan orang kepadamu dan lupakan kesalahan orang lain serta lupakanlah kebaikan mu kepada orang lain dan ingatlah kesalahan mu kepada mereka."
Zikir juga dapat menyucikan hati... namun tindakan ini perlu selari.. kerana Islam mengajar kita, HabluminalAllah, di samping itu Hablum minannas! perlu dipelihara... (Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia)
WaAllahualam bissawab....
Monday, October 12, 2009
Jamuan Raya II
Dengan tawakal yang padu kepada Allah penulis teruskan juga rancangan nak buat opend house. Walaupun kalau ikut kudrat dan logik akal rasa macam tak mampu aje. Tapi dengan kata-kata semangat anakanda Amira dan Lam penulis tawakal teruskan juga. Alhamdulillah dengan menu yang tak seberapa, (yang penting masak sendiri) akhirnya majlis dapat berjalan lancar. Ramai pulak teman-teman yang hadir. Teman-teman satu U, satu sekolah dulu dan sekarang, kawan-kawan masjid suami, kawan-kawan sepejabat suami, kawan-kawan amira, kawan-kawan Lam, kawan-kawan setaman. Yang paling best kawan-kawan sebilik masa di Mekah dulu. Terharunya jumpa mereka..... rindu tak terkata.
Dr. Manaf dan Dr. Faezah; tetap datang walaupun dah berpindah jauh.
Geng UNITEN
Kepada suami dan anak-anak yang membantu, terima kasih sayang.... Kesian Amira walaupun arini ada exam, dialah yang paling sibuk menguruskan tetamu dan juadah. Ila sempat jugak menjengok walaupun sangat sibuk dengan kuliah dan palapisnya.
Tini dan keluarga; banyak berkongsi suka dan duka sejak dulu kala.
Dah nak penghujung, datang jugak kak Rusni sayang!
Syukran jazillan khasiran kepada semua datang.... sesungguhnya penulis amat tahu dan yakin bahawa tetamu yang hadir itu datang membawa rezeki.... Kesudian semua yang hadir sangat-sangat penulis hargai. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dapat kita bertemu lagi. InsyaAllah.
Sunday, October 11, 2009
LADAP 6
Slot pagi di isi oleh Encik Khalid M. Yusoff. Pegawai Kanan JPS yang memang tak asing lagi. Rasanya ini dah kali kedua dia beri pengisian dalam program LADAP kami. Tapi ceramahnya memang berisi dan penuh maklumat. Banyak maklumat-maklumat terkini yang kami peroleh... Hari ni beliau membincangkan Perundangan Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia... rupa-rupanya nak buat Alumnipun kena tahu dan baca akta... Teringat geng2 Peah dan Haq buat meeting di rumah nak tubuhkan Alumni SMKSI masa opend house baru-baru ni..
Slot kedua pula paling best. Pak Sheikh beri pengisian. Semua warga SMKSI yang senior tahu Pak Sheikh kalau beri ceramah memang sangat bersemangat. Kagum dengan Pak Sheikh, walaupun anaknya dah tak bersekolah di SMKSi tapi beliau sentiasa tak kedekut ilmu dan tenaga bila diminta beri ceramah. Prof Dato' Dr. Sheikh Omar walaupun telah berusia 63 tahun tapi masih bertenaga dan tak pernah kering idea. Terlalu banyak pengisian yang dicurahkannya. Antaranya yang dapat dituliskan di sini dalam apapun situasi, dalam kita membuat pertimbangan perlu merujuk kepada 4 perkara iaitu; Iman, Akal, Ilmu dan Ikhsan. Bukannya tepuk dada tanya selera! Sebaliknya tanyalah Iman, Akal, Ilmu dan ikhsan. Pada akhir ceramahnya beliau telah menyampaikan 2 buah sajak. Tapi penulis sempat kutip satu sahaja. Satu lagi agak panjang beliau janji nak e-melkan. Kita tunggu. Sajaknya begini,
One little bird was flying,
One man look up the sky,
suddently the little bird shed on his eye,
the man didn't cry,
but the man thanks god because the cow didn't fly!
Apa-apapun situasi kita jangan cepat melatah dan kena bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan. Pesanan terakhir dari Dato Sheikh We will do the best, lets Allah do the rest.
Dah nak abis la tuh!...
sekali lagi pengetua benarkan balik awal. untuk beraya katanya. penulispun pergilah beraya 2 buah rumah sekitar sekolah. Rumah En Khalid Lambak dan rumah Naqib. Lepas tu Jemput Ila di UPM...hehe esok 11/10/09 (cantik kan tarikh?) umi nak buah opend house untuk kekawan pulak. Student yang tak sempat datang dulupun dijemput datang! Kat rumah, beraya pulak sebuah rumah lagi (cikgu Akmal).. Sori ar kak Fauziah.. tak sempat dah nak gi rumah akak. Mun pun.. sori tak boleh datang, jauh sangat. Nak buat persediaan untuk esok jugak.
Wednesday, October 7, 2009
Sambutan Hari Lahir Boss, Pn. Haslina dan Kak Ty,
3 kek untuk 3 birthday girls
birthday girls...
Pn Haslina yang memang vouge!... jangan mare....
kak Ty, kak Omme dan Linda
Eik... terselit jugak penulis dengan kak ina, kak ty dan kak omme!
sambil tu, serius membincangkan hal-hal sekolah.
Wah ... kak ina, makan sambil menghayati dalam pinggan pun ada note!....
Pn Siti Hawa... Cooming Soon! 17 Okt...
InsyaAllah kalau ada rezki kita calebrate pulak!