Followers

Sunday, February 27, 2011

PROGRAM MAULIDUR RASUL SMK SERI INDAH

salam 'alaik,



Lamanya tak menulis tentang program2 sekolah, walaupun dah banyak program sekolah berlangsung tahun ini. Program Maulidur Rasul program Panitia Pendidikan Islam yang memang setiap tahun disambut meriah di sekolah.. Walaupun pada perancangan awal akan diadakan waktu siang hari tetapi beberapa masalah di buat pada Jumaat malam. (25 feb 2010). 

Ibu bapa dan pelajar menjamu selera.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun malam tu hujan agak lebat tetapi kehadiran ibu bapa, guru dan pelajar tidak mendukacitakan... Alhamdulillah. Kini Panitia pendidikan Islam semakin matang dan boleh bergerak sendiri. Maulidur rasul kali ini membawa kenangan yang amat sukar dilupakan... mengajar ana banyak tentang ragam manusia. Hal ini menjadi teladan dan ingatan yang sangat berguna sepanjang kerjaya ana.  

Semoga Allah terus memberikan ana kekuatan untuk berjuang di jalan Allah. Amin.

penceramah dan jemputan menjamu selera
Wassalam

Saturday, February 19, 2011

Bawalah Hatimu Kepada Tuhan...



Jika engkau memberi hatimu kepada kekasih nescaya dia akan menghancurkannya...

Sebaliknya
jika engkau bawa hatimu
yang hancur kepada Tuhanmu
nescaya Dia akan
 mengubatinya...





Ulasan Sajak Pasar Perasaan


Maksud


Rangkap 1: Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

Rangkap 2: Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

Rangkap 3: Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

Rangkap 4: Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

Rangkap 5: Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 6: Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

Rangkap 7: Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

Tema
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.

Syair Pemberontakan Patani



Makna

a)      Rangkap 1: Betara menitahkan Laksamana ke Patani untuk mendapatkan cogan Raja Senggora.
b)      Rangkap 2 : Hukum an terhadap yang bersalah itu kekal, walaupun ada permohonan maaf.
c)      Rangkap 3 : Laksamana tidak berani menunjukkan kebimbangannya setelah  menerima arahan daripada Betara kerana arahan itu berkaitan dengan tanggungjawabnya memelihara keamanan negeri. Sekiranya arahan itu diingkari, akan menimbulkan keadaan  huhu-hara di dalam negeri pula.
d)      Rangkap 4 : Ibu saudara Laksamana, iaitu Bonda Duli Mahkota Indera sedang  sakit tenat. Oleh itu, Laksamana berasa serba salah untuk meninggalkan ibu saudaranya itu.
e)      Rangkap 5 : Bencana yang bakal menimpa itu akan menyebabkan kemudaratan kepada negeri. Oleh itu, Betara bertitah agar orang yang bersalah itu dijatuhi hukuman bunuh
f)        Rangkap 6 : Setelah mendengar arahan Betara yang juga disebut sebagai Sang Nata, Laksamana telah membulatkan hatinya untuk melaksanakan arahan tersebut sambil menyerahkan segalanya  kepada Allah S.W.T..
g)      Rangkap 7 : Laksamana mahu menjunjung daulat raja. Dia sanggup menghadapi sebarang kesusahan demi memastikan keselamatan negerinya.
h)      Rangkap 8 : Laksamana berjalan dengan perasaan hampa. Dalam masa yang sama, dia tidak  melupakan ibu saudaranya yang sedang sakit itu. Laksamana juga yakin bahawa dia tidak akan berjumpa dengan ibu saudaranya itu lagi kerana beliau sakit tenat.
i)        Rangkap 9 : Laksamana mengutamakan  kepentingan negeri lebih daripada kepentingan diri. Hal ini demikian kerana yang sakit itu cuma seorang, sedangkan ancaman musuh akan memusnahkan seluruh negeri.
j)        Rangkap 10 : Titah Betara untuk mendapatkan cogan Raja Senggora dilaksanakan tanpa bertangguh-tangguh lagi.

Tuesday, February 15, 2011

Cintailah Rasulullah

Salam Maulidur Rasul





Hayati Sunnah Rasulullah... ingatkan cinta Rasulullah kepada umatnya.

Wednesday, February 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Hi.. kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina,


Khususnya kepada semua rakan-rakan sekerja, para pelajar cikgu yang tersayang dan jiran tetangga .. Semoga tahun ini
membawa kejayaan yang berganda!..