Followers

Saturday, March 26, 2011

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM: Pesanan kepada Anak dan Anak-anak Muridku...


Tahniah kepada anak dan anak-anak murid cikgu yang berjaya dalam SPM. Semoga kalian terus cemerlang. Aturlah langkah seterusnya sebaiknya agar kejayaan yang diperoleh benar-benar bermakna kepada kehidupan kita. Usahlah terlalu ghairah dengan kejayaan yang diperoleh sehingga terlupa diri. Aggaplah ini sebagai satu amanah Allah, keluarga, dan bangsa kepada kita yang perlu kita pikul.

Bagi yang kurang berjaya dan tidak berjaya jangan mudah berputus asa. Kegagalan dalam SPM bukan bermakna kegagalan dalam kehidupan. Anggaplah ini sebagai satu titik mula untuk satu perjuangan yang lebih mencabar untuk meraik kejayaan yang lebih baik.. Apa-apapun kehidupan harus diteruskan.

Kepada semua, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anda dunia dan akhirat.
Gembira dengan keputusan masing-masing


Wassalam

Thursday, March 17, 2011

Kundasang, Sabah..

ok murid2, karangan kita hari ni bertajuk..
PENGALAMAN SAYA DI KUNDASANG, SABAH..why so skema ha??hey,biarlah!

13 march 2011.
cerita dimulakan dgn perjalanan ke LCCT (tempat kitorang gather). nak tahu?punyalah susah nak sampai lcct ni..sampai terpaksa pusing satu sepang(sepang??)ok,idk.kenapa pusing sepang??sbb sessat la weii..first time pegi.namapun highway manada u-turn..mmg lah ada..tapi sikit dan asyik missed je..ngahahah..bila dah sampai n join participants yang lain,kitorang dpt barang yg sepatutnya kitorang dapt (2 tshirt+cap+magazine+4Rphoto album)lepastu dpt flight ticket dan check in luggage. FYI,this is my first time getting on plane ok.thulah it's like"what?first time?at ur age 18?"ngahaha..so what??ummi kata, kalau nk naik kapal terbang..kena belajo betul2 so that dpt further study overseas..ngahah..ni kira study betul2 lah kan?sampai everything sponsored by FUJIFILM...thank you!ingt senang ke nk capture those pics.bangun pagi2 buta(ini tipu) semata2 nak pegi taman botani..penat tau round2 taman botani tu..besau!I'm quite xcited when the plane is about to take off tapi control weeiii..malu nnt org nampak.dlm plane, ddk tengah2,17E.kanan(karl) kiri(xiaxun).ok la diorang friendly.karl, he's so so so banyak cakap.cakap 24/7.hahah and he's malay(looked like chinese)kureng bahasa melayu..dah lama2 dlm plane, agak boring.sempat la tido 20 mins..ngantok ok.haha.then arrive at KKIA. oh yea, we get nasi lemak+coffee for  lunch:
me and xiaxun(by:karl)


lepas tu terus naik bus ke kundasang. jalan dia ala2 nk gi cameron la.its like go up up up and round round round.temperature pulak decreasing..inilah gambarnya:

and it takes about 2 hours.dlm bus ada buat ice breaking sikit then buat la apa kau suka.lepastu sampai la rose cabin hotel.scenery dia gila lawa!!!!totally amazing!!beautifull!!SubhanAllah..then ada briefing kat lobby dan dpt kunci bilik(3 person/room)and here my roommate:

shimi & nana
diorang friendly,sporting,best.lepas dinner ada basic photography class.since we all using different type of camera,kitorang just buat sesi soal jawab like how to do this?how to do that and bla.bla.bla.then balik bilik tido.ssh nk tido sbb sejuk sangat and i'm having flu.erghh!

14 march 2011
morning!!2nd day.i woke up at 5.30am.mandi dan siap.6.30am breakfast.kat sana 6.00am matahari dah start naik.6.30am dah cerah.apa yg best dan xcitednya kat sini, kalau pagi/senja/malam,kalau cakap keluar asap!faham x?ala..mcm kat londonn tu..ngahahahah...then kitorang pegi NEW ZEALAND!!!!(malaysian new zealand!)haha.its Desa Dairy Farm.lawa gila tempat ni..lawa buat photoshoot utk wedding ke hape..lepastu pegi tgk rafflesia.the most yulkkkk place.we had to walk in the mud!btw,it's unexpected.jalan dlm 500 langkah ke dlm hutan jgk la utk tgk seketui bunga yg x de kt mana2.sini je ada ok!habis kasut I you!ngahah

kotor kan?!
lepastu pergi hot spring kejap.then balik Rose Cabin Hotel (makan+rest kejap) dan x lupa..i've to change my jeans+shoes since they are too dirty..geli nak pakai.alhamdulillah bwk spare shoe.(umi suruh bwk.tq!). then,kitorang pegi kinabalu national park.tempat ni lawa jgk ala2 hutan simpan(or mmg pun?) lepas dah snap snap snap balik la hotel.then,after dinner ada sesi print out 10 photo yg kita pilih dr banyak2 gambar yg dah kita ambil tadi utk ditampal atas black board.yg ni utk photo presentation esok.and this is mine:

by:karl

mlm tu jgk diorang ada ajar how to edit pics..cthnye kalau underexposure or overexposure..etc..lepastu blk bilik mandi.then,diorang2 ajak keluar jln2 kt hotel nk snap2 gambar.diorang buat ligt painting..tahu?best woo..lawa!pastu packing barang dan tido!

15 march 2011
last day ): woke up at 5.00am.it's soooo cold!!sangat tak cool dgn flu lagi..selekeh je pagi2 ni.ketar2 nak masuk bathroom!SEJUK!lepastu pkl 6.00am keluar jalan2 kt hotel tgk sunrise..snap2 sambil tunggu breakfast pkl 7.30..best..sangat freshh kat sini..then bwk beg2 turun ke dewan dan breakfast.pastu buat photo presentation.idk what am i talking about during that time..nagahaha..heyy..pictures speak for themselves tahu?heheh..then buat video interview dam ambil group photo dgn boss fujifilm yg baru sampai.mcm gambar ni tapi time ni boss tu tadak:

belakang tu Mt.Kinabalu

lepastu ada closing ceremony+prize giving.dapat sijil weiii!!!then masukkan beg dlm bus dan b'tolak ke KKIA sob2 nk balik dah..dlm bus,tuka2 email,tido..lama kot 2 jam.benti makan jap then terus ke KKIA.dah sampai check in sume,naik flight.sit with the same person,karl & xiaxun.seat18B.dlm plane no way lah nk tido kan..sume org pun bising je..yela..dah nak balik..lepas ni x tau bila lagi boleh jumpa..dan2 dapat lagi nasi lemak+coffee..tapi dah full la..suruh hafiz yg makan..ni bekas yang kitorang makan:

he's Cheah.(by:karl)

dah sampai LCCT,call ummi.then say good bye bye and bye...pastu tunggu abah fetch me up..tamat!

btw,ada x yg nak tanya..kau x solat ke??wei ckp kasi baik sikit aaa..saya solat!kena pandai cari masa la sbb x de peruntukan masa utk solat..most of them chinese..masa rehat tu solat la..buat jamak.waktu solat kat sana awal..makan pun alhamdulillah halal semua.

i enjoy every single moments there..
credit to FUJIFILM!

by:AmirahFaizal

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Hari nie......SEVENOFUS (except abah n ya) pergi tengok wayang HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dekat Alamanda.......Tuhh.....citer dyer mantap ....Tahniah lah diucapkan kpd KRU kerana berjaya mencipta sebuah filem yang setanding dengan filem-filem Hollywood....

Genre:

Action / Epic
Status:
Now Showing !!!
Director:
Yusry Abdul Halim
Language:
English
Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,
Gavin Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman,
Keith Chong, Keith Chong,
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,
Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam




Antara pelakon utama Hikayat Merong Mahawangsa















Sunday, March 13, 2011

Selamat Menjejakkan Kaki di Sabah!

Salam alik...

Alhamdulillah Amira telah pun selamat mendarat di Sabah....
Semua seisi keluarga mendoakan kesejahteraan Angah.

Seperti Along kata, Along dan Alang yang bertungkus lumus belajar nak gi luar negeri naik kapal terbang akhirnya Amira yang lepas dahulu... itulah orang kata kalau rezeki tak ke mana. Anak umi yang pertama dapat naik flight. Paling bagusnya semuanya ditaja. Sampaikan duit poketpun ditaja oleh seorang Datuk. Hehe datuk mana lagi kalau tak atuk dan wan di kampung! Cucu kesayangan Wan la katakan...


Sedang mendengar taklimat di pintu masuk
balai Pelepasan LCCT

Amira menlangkah masuk...

Amira merupakan satu-satu peserta perempuan Islam/Melayu. Tiga lagi peserta lelaki Melayu dan selebihnya  Chines.. Pandai-pandai menjaga diri dan kewajipan sebagai wanita muslim....

Wassalam.


Friday, March 11, 2011

NATURE IN GREEN!....

Salam...

Inilah gambar-gambar yang Amirah ambil untuk pertandingan Fuji Film Youth Photografy Camp.
Alhamdulillah gambar-gambar ini telah berjaya memenangi antara 15 yang terbaik... Sebagai hadiah Amirah telah diundang untuk turut serta dalam Camp Photografy di Kundasang Sabah....

Gambar ini diambil di Taman Botani Putrajaya.. khas
 untuk  pertandingan ini
Gambar ini pula koleksi lama semasa ke  Taiping tahun 2009. Gambar
ini umi yang ambil pada waktu awal pagi di Tasik Taiping.
Gambar ini sebenar hampir menyerupai gambar sebenar yang
dipertandingkan. Gambar sebenar lagi cantik tapi.... entah ke mana
Gambar ni juga diambil di Taman Botani Putrajaya..
Gambar ini sebenarnya tak hantarpun. Hanya simpanan.
Gambar satu lagi tak tahu kat mana Amira simpan... dia
kata dah delete...

Alhamdulillah, InsyaAllah pada Ahad ini Amira akan berlepas ke Sabah... tantatif seperti di bawah...

FUJIFILM YOUTH PHOTOGRAPHY CAMP @ KINABALU NATIONAL PARK, SABAH ITINERARY

Day 1:13th March 2011
Time                             Itinerary
11.00am                       Meet at LCCT(In front of McDonald Statue)
12.50pm                      AK 5106 Depart to Kota Kinabalu International Airport
03.20pm                      Reach Kota Kinabalu
04.00pm                      Proceed to Kundasang
06.00pm                      Reach Kundasang/Check in Kinabalu Rose Cabin
06.30pm                      Briefing
07.30pm                      Dinner
08.00pm-09.30pm       Basic Photography Class


Day 2:14th March 2011
Time                             Itinerary
06.00am                       morning call
06.15am                       Dairy Farm (morning shooting)
08.00am                       Breakfast
09.00am                       Visit Rafflesia +Kadasan-Dusun market (Outdoor shooting)                 
12.30pm                      Lunch
02.00pm                      Visit Kinabalu National Park (Outdoor shooting)
06.00pm                      Photography class II
07.30pm                      Dinner
08.00pm-10.00pm       Photo review/Print 4R photo with ASK printer /photo submission


Day 3:15th March 2011
Time                             Itinerary
07.00am                       Morning call    
07.30am                       Breakfast
08.00am                       Photo Review and presentation
09.30am                       VIP Arrive/Group photo
10.30am                       Closing ceremony and Prize giving
11.30am                       Check out hotel
11.45am                       Lunch
12.15pm                      Transfer to KK
02.00pm                      Check in at Kota Kinabalu International Airport
03.45pm                      AK5107 Flight return to Kuala Lumpur
06.15pm                      Reach LCCT

P/S: Flight duration for Kuala Lumpur (LCCT) to Kota Kinabalu International Airport is 2 hours 30 minutes.

Apa-papun TAHNIAH Amira daripada seisi keluarga... huhu Ain yang paling sedih sebab terpaksa ditinggalkan... Hajat dia nak sama-sama terbang dengan Angah tak tercapai.... InsyaAllah yang lain akan menjejaki Angah kemudian.. Yang penting, jangan sia-siakan DSLR yang umi belikan untuk Ya.. Namun Alhamdulillah dahpun balik modal.

Selamat mengikuti Camp dan bercuti ke Kundasan Sabah.... hehe lepas tu kena ingat result SPM nak kuar beberapa hari lagi dan selepasnya kena harungi PLKN.

Wasaalam.

Wednesday, March 2, 2011

GURU JUTAWAN AKHIRAT

Salam 'alaik..

Boleh didapati secara percuma. Terbitan Sektor
pendidikan Islam JPS

Sudah lama juga ana tidak menulis tentang buku di laman ini.. Asyik mengulas tentang pantun, sajak, cerpen , pendek kata tentang bahan KOMSAS.. Alang-alang baru-baru ni di atas meja ana terletak sebuah buku yang awalnya tak diketahui siapa yang beri, elok juga ana menulis sesuatu tentang buku ini. Terima kasih ustaz kerana memberi buku ini untuk ana baca!

Alhamdulillah ana bersyukur sangat dapat buku ini... sepanjang hampir 20 tahun kerjaya ana sebagai guru, buku ini memang banyak menyentuh hati ana. bukanlah sebelum ini ana tak pernah membaca buku-buku tentang profesion keguruan tetapi buku ini agak berbeza. Rakan guru semua kena dan mesti baca juga!

Banyak ketika kita berasa bahawa kita telah buat yang terbaik untuk para pelajar kita, tetapi sebaliknya dari sudut lain sebenarnya kita telah menghancurkan masa depan anak didik  kita, Na'uzubullahi min zaliq. Buku ini banyak memberi kekuatan dan kesedaran agar kita lebih tabah dan kental menghadapi pelbagai situasi anak didik kita yang ada kalanya tak kita duga. Sesungguhnya kekuatan rohani adalah jawapan kepada semua permasalah yang kita hadapi sekarang ini.

Bagi ana memiliki, membaca dan seterusnya menghayati buku ini satu kemestian kepada semua guru, khususnya guru muslim agar apa yang kita lakukan sepanjang perkhidmatan kita selama ini tidak berakhir di dunia sahaja sebaliknya berkekalan sehingga roh bercerai daripada jasad. InsyaAllah.

Seperti analogi yang  pernah ana ceritakan dalam satu pembentangan kertas kerja tentang guru, 
"Jika dahulu bila kita melalui  tanah perkuburan kita akan terhidu bau harum, dan pastinya bau harum itu datangnya daripada pusara seorang guru. Tatapi sebaliknya yang berlaku hari ini....hal ini  kerana gagalnya kita mendidik anak murid kita menjadi manusia dengan erti kata yang sebenar...."
Hal ini pastinya amat menyedihkan kita...

Bak kata pepatah Melayu, alang-alang meyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar sampai menjadi buku, alang-alang berdayung biar sampai ke pulau, alang-alang menjadi guru jagilah GURU CEMERLANG!. bukan sahaja cemerlang dari segi jawatan (GC) tapi yang lebih penting CEMERLANG di akhirat nanti. InsyaAllah kitalah JUTAWAN AKHIRAT. Amin.

Wassalam