Followers

Tuesday, February 28, 2012

ULASAN ARKITEK KOTA

 TEMA

Keseimbangan dan keselarasan dititikberatkan dalam pembangunan bandar.


PERSOALAN

  1. Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik.
  2. Kepekaan perancang bandar terhadap keindahan alam semulajadi.
  3. Pengaruh perancang bandar dalam mewujudkan kesejahteraan hidup manusia, kesempurnaan, pelbagai penemuan, dan kemungkinan.
 Rangkap 1 : Hanya seniman yang peka terhadap alam sekitar dan banyak  pengalaman hidup yang berhak membina bandar.

MAKSUD RANGKAP 

Rangkap 2 : Perancangan bandar yang matang itu ialah pencinta alam, rajin mencari ilmu, pemerhati kehidupan, pengkaji masyarakat, bijak membuat penilaian, dan memiliki bakat sebagai pemimpin.
 
Rangkap 3 : Perancang bandar harus mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan alam semula jadi dan melindunginya daripada sebarang kerosakan
 
Rangkap 4 : Perancang bandar perlu berani mencipta pelbagai perubahan, bersedia menerima pandangan orang yang lebih berpengalaman, dan mengambil kira perasaan pihak lain.
 
Rangkap 5 : Perancang bandar bertanggungjawab mewujudkan  petempatan dan persekitaran kehidupan manusia melalui daya kreativitinya. Beliau juga membenarkan segala pembaharuan dan bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi.
 
Rangkap 6 : Penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati yang menilai pembinaan bandar dari jauh.



  1. Perlambangan
-          pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai

  1. Metafora.
-          bangku bijaksana ; ruang hidup.

  1. Unsur alam.
-          laut ; tasik ; bumi ; burung ; bulan.

  1. Personifikasi
-          jiwa laut, perasaan musim; fiil langit; sabar bumi.

  1. Asonansi
-          yang faham akan jiwa laut (pengulangan bunyi vokal a)

  1. Aliterasi
- kerana arkitek matang itu anak di taman. (pengulangan bunyi konsonan t)

 NADA

Sajak ini bernada melankolik


NILAI

  1. Cinta akan alam semula jadi. Contohnya, arkitek kota melaksanakan pembangunan tanpa mengorbankan alam semula jadi.
  2. Berhemah dan behati-hati. Contohnya, arkitek kota merancang pembangunan bandar secara berhemah dan berhati-hati.
  3. Bijaksana. Contohnya, arkitek kota bijak merancang pembangunan bandar untuk keselesaan penghuninya.

PENGAJARAN


  1. Janganlah mengorbankan alam semula jadi dalam melaksanakan pembangunan bandar.
  2. Perancang bandar perlu peka akan persekitaran dengan melakukan pemerhatian yang rapi supaya kota atau bandar yang dibangunkan lebih sempurna.
  3. Kita hendaklah melaksanakan pembangunan bandar dengan teliti kerana pembangunan bandar tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada penghuninya.
  4. Bandar atau kota yang dibangunkan hendaklah sesuai untuk semua peringkat umur.


               

ULASAN SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Tema

Kemanusiaan sejagat, iaitu semua manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana berada di bawah langit yang sama dan menghirup udara yang sama

Persoalan

1. Tanggungjawab semua manusia untuk mewujudkan keamanan dunia.
2. Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama.
3. Walaupun keadaan alam berbeza mengikut lokasi tempat, unsur alam yang asas adalah sama.

Maksud

i.       Rangkap 1 : Tidak kira sama ada di Beirut atau di Kuala Lumpur, semua manusia adalah sama. Mereka menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit yang sama.

ii.      Rangkap 2 : Penyajak menyatakan bahawa beliau suka akan hujan rintik-rintik di Kota London. Beliau terpikat akan kedinginan angin di Washington. Beliau mendapati pohon-pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanya dengan di tempat lain.

iii.    Rangkap 3 : Orang yang tinggal di Australia atau Afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama.

iv.  Rangkap 4 : Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan, melayari Lautan Teduh, dan merentasi Laluan Sutera. Penyajak ingin berkongsi siang dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada warga dunia.

v.    Rangkap 5 : Meskipun warga dunia dipisahkan oleh peta-peta,  tetapi penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia itu sentiasa dibuka. Visa dan pasport hanyalah dokumen rasmi bagi pengenalan diri. Atas dasar perpaduan sejagat, Manusia perlu membuang perasaan benci dan melupakan sengketa silam

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

  1. Perlambangan
 Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam

  1. Repitisi.
 Di bawah langit yang sama

  1. sinkof
-          Tanpa mengira Beirutmu, kita dakapi mimpi tak berbeza

  1. Hiperbola
 angin dingin tajam,  layari lautan teduh rentasi Laluan Sutera

  1. Asonansi
Siapa pun menghuni Australia, penghuni Afrika 
(pengulangan vokal bunyi i)

  1. Aliterasi
Anyam cinta pelangikan zaman
(pengulangan bunyi konsonan n)


Nada
Sajak ini bernada romantis

Nilai
  1. Kasih sayang. Contohnya, setiap insan adalah sama dan harus saling menyayangi atas nama kemanusiaan.
  2. Bersatu padu. Contohnya, perpaduan dalam kalangan masyarakat dunia menjamin keharmonian.
  3. Persahabatan. Contohnya, manusia di dunia boleh bersahabat baik kerana halangan yang ada adalah keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja.
  4. Berpandangan positif. Contohnya, sikap benci-membenci dan sejarah hitam dalam kalangan masyarakat dunia mesti dileburkan.

Pengajaran
  1. Kita hendaklah bersatu padu dan menerima antara satu sama lain tanpa mengira agam, keturunan, dan warna kulit.
  2. Kita hendaklah menghindari perasaan benci-membenci bagi mewujudkan keharmonian hidup sejagat.
  3. Kita mestilah menguburkan sejarah hitam dan menggantikannya dengan harapan baru yang baik untuk dunia.




Sunday, February 26, 2012