Followers

Wednesday, March 2, 2011

GURU JUTAWAN AKHIRAT

Salam 'alaik..

Boleh didapati secara percuma. Terbitan Sektor
pendidikan Islam JPS

Sudah lama juga ana tidak menulis tentang buku di laman ini.. Asyik mengulas tentang pantun, sajak, cerpen , pendek kata tentang bahan KOMSAS.. Alang-alang baru-baru ni di atas meja ana terletak sebuah buku yang awalnya tak diketahui siapa yang beri, elok juga ana menulis sesuatu tentang buku ini. Terima kasih ustaz kerana memberi buku ini untuk ana baca!

Alhamdulillah ana bersyukur sangat dapat buku ini... sepanjang hampir 20 tahun kerjaya ana sebagai guru, buku ini memang banyak menyentuh hati ana. bukanlah sebelum ini ana tak pernah membaca buku-buku tentang profesion keguruan tetapi buku ini agak berbeza. Rakan guru semua kena dan mesti baca juga!

Banyak ketika kita berasa bahawa kita telah buat yang terbaik untuk para pelajar kita, tetapi sebaliknya dari sudut lain sebenarnya kita telah menghancurkan masa depan anak didik  kita, Na'uzubullahi min zaliq. Buku ini banyak memberi kekuatan dan kesedaran agar kita lebih tabah dan kental menghadapi pelbagai situasi anak didik kita yang ada kalanya tak kita duga. Sesungguhnya kekuatan rohani adalah jawapan kepada semua permasalah yang kita hadapi sekarang ini.

Bagi ana memiliki, membaca dan seterusnya menghayati buku ini satu kemestian kepada semua guru, khususnya guru muslim agar apa yang kita lakukan sepanjang perkhidmatan kita selama ini tidak berakhir di dunia sahaja sebaliknya berkekalan sehingga roh bercerai daripada jasad. InsyaAllah.

Seperti analogi yang  pernah ana ceritakan dalam satu pembentangan kertas kerja tentang guru, 
"Jika dahulu bila kita melalui  tanah perkuburan kita akan terhidu bau harum, dan pastinya bau harum itu datangnya daripada pusara seorang guru. Tatapi sebaliknya yang berlaku hari ini....hal ini  kerana gagalnya kita mendidik anak murid kita menjadi manusia dengan erti kata yang sebenar...."
Hal ini pastinya amat menyedihkan kita...

Bak kata pepatah Melayu, alang-alang meyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar sampai menjadi buku, alang-alang berdayung biar sampai ke pulau, alang-alang menjadi guru jagilah GURU CEMERLANG!. bukan sahaja cemerlang dari segi jawatan (GC) tapi yang lebih penting CEMERLANG di akhirat nanti. InsyaAllah kitalah JUTAWAN AKHIRAT. Amin.

Wassalam

1 comment: