Followers

Saturday, August 28, 2010

Happy 1st Annivesary

Salam Alaik....

Waa... diam tak diam dah setahun usia blog SEVENOFUS.... 7 Ramadhan bersamaan 28 Ogos 2009 blog ni terbina dan Hari ini 18 Ramadhan bersamaan 28 Ogos 2010 genap setahun... semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya kepada kami dan mengurniakan kami ilham untuk terus berkarya dan memanfaatkan medan ini sebagai ruang dakwah-Mu. InsyaAllah.


Ya Allah sempena bulan Ramadhan nan mulia ni, aku bermohon kepada-Mu semoga Engkau Kekalkan kami dalam Iman, berikan kami kekuatan untuk sentiasa menjadi hamba-Mu yang redha akan segala ketentuan -Mu. dan hidupkan akan hatiku dan anak-anakku dengan Nur hidayah-Mu. Bukakanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan kami." AMIN...


Friday, August 27, 2010

InsyaAllah.

Why Shouid I Wear Hijab

Thursday, August 26, 2010

Berbuka di Masjid Besi!..


Salam alaik...

InsyaAllah hari ini sempena esok ialah Nuzul Quran kami sixofus (ikah kat asrama) akan berbuka di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya!.... Namun kena pergi jemput along dulu di Kolej Mara Banting!....

Semoga dapat mengamarahkan malam Jumaat ini di Masjid Besi. InsyaAllah

Wednesday, August 25, 2010

Ratapan Para Sufi

Salam 'alaik....

Monday, August 23, 2010

Program Sayangi Diri "Katakan Tidak" kepada Rokok, Dadah dan Zina

Salam alaik...

Dalam kesibukan program-program mengimarahkan ramadhan.... program-program lain tetap berjalan seperti biasa.... antaranya PROGRAM SAYANGI DIRI "KATAKAN TIDAK" KEPADA ROKOK, DADAH DAN ZINA....

Antara senario yang sempat cekgu_zalina rakamkan dengan 'camera nfon baru' yang picselnya lebih tinggi sikit... tapi masih low sebenarnya.....

Buku program dan cenderamata berupa penanda buku... tq unit kaunseling

matlamat, objektif dan aktiviti program.... baca sendiri.

Antara persembahan yang menarik.... kometmen para pelajar sangat dipuji... sanggup berkorban apa sahaja walaupun puasa... tahniah pelajar2 ting 4 yang membuat persembahan.

Pengetua yang merasmikan dengan setiausaha program yang bertungkus lumus menjayakan program!
Wah!... Yang DiPertua PIBGpun ada Tn Hj. Abrar! sangat mengambil berat... memberi ucapan motivasi sebagai "Pecutan Terakhir kepada calon-calon PMR dan SPM.


Aduhai...... bila pulak cikgu-cikgu Seri Indah dah bercucu... anak terbuang siapala tu?... comelnya!...


Semoga dengan adanya program-program murni seperti ini sahsiah para pelajar seri Indah terus dapat ditingkatkan. InsyaAllah.

Sunday, August 22, 2010

Solad Dhuha


doa solat sunat dhuha


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Saturday, August 21, 2010

Dialog Ramadhan di Hadapan Allah

Salam 'alaik

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.


Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.


Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan.

Saham Akhirat

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalamjangka masa dua-tiga minit?


Tiada seorang daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Syaidina Ummar telah mengatakan bahawa mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Syaidina Ali mengangkat tangannya.Syaidina Ummar bersuara kepada Syaidina Ali bahawa Syaidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Syaidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.



Wednesday, August 18, 2010

Keutamaan Berdoa

Salam 'alaik....