Followers

Saturday, August 21, 2010

Saham Akhirat

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalamjangka masa dua-tiga minit?


Tiada seorang daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Syaidina Ummar telah mengatakan bahawa mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Syaidina Ali mengangkat tangannya.Syaidina Ummar bersuara kepada Syaidina Ali bahawa Syaidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Syaidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.





Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Syaidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana hal terseut sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala daripada bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas sama ada lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahadu' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 'Allahhus Somad' itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 'Lamyalid walam yuulad' tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 'Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment