Followers

Sunday, August 15, 2010

Solat Tarawikh di Kampung dan di Bandar....

Rumah Atok n Wan kembali suram.... bila anak cucu pulang semula ke sarang!


Salam alaik....

Alhamdulillah hari telah lima hari umat Islam mengerjakan solat tarawikh, dan telah 6 malam umat Islam mergejakan solat Tarawikh. Alhamdullillah sepanjang tempoh itu ana masih diberi peluang untuk mengerjakan ibadah tersebut di 3 buah masjid.

Pada malam pertama, Oleh kerana tidak ada kekangan masa ana dan keluarga melakukannya di Masjid Inst. Pendidikan Guru Bangi, solat bersama-sama anak muda yang masih kuat dan bertenaga. Memang auranya berbeza, anapun turut rasa muda dan bersemangat. Tetapi di sini buat 8 rakaat sahaja. Hal ini kerana pada permulaan dan akhirnya ada tazkirah.

Malam-malam seterusnya di masjid dekat kawasan perumahan ana sahaja...masjid yang sangat cantik dan tersergam indah. Baru beberapa minggu dirasnikan oleh Sultan Selangor.

Akhir sekali malam tadi ana telah berkesempatan melakukan Tarawikh di masjid Kampung ana di Kampung Baru Sungai Ling Temerloh Pahang.. Masjid yang sangat kecil (sebab dah biasa masuk masjid besar agaknya), banyak kekurangannya dari segi kemudahan namun di sinilah ana dapat kelainannnya. menurut ayah, semua masjid di negeri Pahang memang telah diarahkan supaya membuat tarawikh 20 rakaat.

Satu yang ana rasa terharu dan lainnya daripada masjid yang ana pergi sebelum ini ialah jemaahnya. Jemaahnya tidaklah ramai (jemaah perempuanla..) tidak melebihi 40 orang termasuk kanak-kanak... namun yang membangga ana ialah setelah 8 rakaat solat tarawikh tidak ada seorangpun jemaah yang meninggalkan solat tarawikh walaupun kanak-kanak. Hal yang sebaliknya berlaku di sini (taman perumahan ana) , setelah 8 rakaat masjid menjadi lenggang... mungkin penat bekerja di siang hari agaknya... Namun, alhamdulillah masih berusaha walaupun tak penuh.

Cuma ana kagum dengan makcik-makcik di kampung ana, sebahagian besarnya dah begitu tua, melihatkan mereka nak bangun daripada duduk begitu 'seksa'. namun tidak pula mereka mengalah... Melihatkan itu terasa hinanya diri ini. Masih mempunyai kudrat dan masa tapi masih berdolak dalih nak buat yang sempurna.... InsyaAllah ini memberi semangat untuk ana untuk lebih sedar akan diri ini.

Wahai desa yang terpaksa lagi aku tinggalkan, semoga makcik Esah, wak Ju , kak Sam, Kak Leha, Wak Timah, makcik Siti, Kak Mah, Kak Yok, Ida, yati, adik-adik dan anak-anak yang telah tak berapa aku kenali lagi sentiasa sihat sejahtera menjalani badah puasa ini.... terima kasih, kekuatan, semangat dan keramahan kalian sangat menginsafkan diri ini. Semenjak ana meninggalkan kampung kerana melanjutkan pelajaran di Universiti ana tidak pernah punya peluang lama berada di kampung.... Walaupun hasrat memang ada.


"Terima kasih Omak, ayah, hehe.... mak Alang. nanti rayo jumpo pulak."

Wassalam





No comments:

Post a Comment