Setiap kali kita melihat seseorang melakukan kesalahan, maka fikiran kita tidak segera membuat penilaian sebelum menyebut puluhan "jangan-jangan". untuk menerima perlakuan itu secara positif. "Jangan-jangan dia tidak tahu, jangan-jangan dia tengah ada uzur, jangan-jangan saya salah faham..." dan pelbagai andaian lain...
..... Ana kira bertepatan dengan berita hangat di dada akhbar hari ini tentang kematian dua orang umat Islam lelaki dan wanita (bekas ahli politik dan bekas setiausaha kanannya) dalam sebuah kereta yang mengikut laporan dan andaian awal berpunca daripada membunuh kemudian membunuh diri sendiri. Berita ini memang menyedihkan dan lebih menyedihkan pelbagai spikulasi dan andaian yang rata-ratanya tidak baik. Ke mana sahaja ana berada, heboh membincangkan hal tersebut.... berita yang belum ditentukan kesahihannya atau tidak sempurna versinya kalau dinilai secara negatif maka tentu kita akan memusuhinya....
Ana pernah ditegur oleh seorang pelajar....."cikgu dalam segala hal kita mestilah husnuzon atau bersangka baik dan berlapang dada...." Takziah kepada keluarga terlibat... Hanya Allah yang maha mengetahu. Dan siapalah kita untuk membuat penilaian tanpa mengetahui apa-apa.
Wallahu a'alam.