Followers

Friday, August 13, 2010

BULAN TERAPI USIA

Salam alaik...

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban. Bulan Ramadan datang kembali. Bulan yang Allah hadiahkan khusus kepada umat nabi Muhammad SAW untuk diberikan keampunan, diberikan penghormatan dengan pelbagai darjat asal sahaja manusia mahu patuh segala perintah_Nya sepanjang Ramadhan. Allah sendiri yang mengatur program tentatif di dalamnyanya.

Bulan yang dijannikan awalnya rahmat, perteengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka.

Sebab itu Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya, supaya dalam bulan Ramadhan ini perbanyakan:

  1. Mesti pohon redha Allah dengan menguatkan Tauhid dan keyakinan beriman kepada Allah.
  2. Mesti banyak beristighfar - bulan Ramadhan pintu pengampunan terbuka seluas-luasnya.
  3. Mesti pohon supaya dapat syurga Allah - Sesungguhnya jaminan Allah kepada sesiapa yang mencontohi kekasih-Nya pasti syurga.
  4. Mesti minta sungguh-sungguh dilindungi daripada api neraka. berazam dalam diri agar sifar dosa kerana kita tidak tahu berapa lama lagi umur kita di atas dunia ini.
Anggaplah Ramadhan yang kita sedang lalui ini sebagai Ramadhan terakhir. Motivasi mengingatkan dekatnyaa kematian akan menjadikan kita serius beramal ibadah dan serius berbuat kebajikan dalam bulan al-Mubarak ini.

Andai umur melangkau Syawal, bersyukurlah banyak-banyak atas usia bonus itu.
Salam Ramadhan al-Mubarak.



No comments:

Post a Comment