Suatu Riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'im, daripada Abu Hurairah r.a dia berkata:
"Aku pernah datang daripada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka akupun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah kenapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?
Jawab baginda, "Aku lapar wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan baginda itu aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu, Baginda berasa kasihan melihatku menangis, lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia"
Assatagfirullah Halazim....
Semoga kisah dan teladan daripada sirah Rasulullah ini menguatkan iman kita menahan diri dari lapar dan dahaga pada bulan Ramadan Mubarak ini.
wassalam.
No comments:
Post a Comment