Followers

Saturday, July 17, 2010

Program Solat Cemerlang 2010

Salam alaik...


Alhamdulillah Program Solat Cemerlang akhirnya telah pun bermula walaupun belum berakhir lagi.. cuma nak tulis dahulu apa yang telahpun berlalu... Alhamdulillah walaupun pelbagai kerunsingan dan masalah timbul akhirnya, semua dengan bantuan Allah SWT telah memudahkan dan memberi jalan kepada kami...

Sakinah turut menjadi Fesis.... nak wat camne.. baru 10 min sampai rumah terus tangkap dia. Tq. Along kerana memahami.


Program malam... dengan abang2 fesis

Fesis perempuan daripada Inst Pend Guru Bangi.... yang ramah dan mesa.

Fesis Lelaki... juga dari IPG Bangi... kecuali sorang tu.....


Pelajar-pelajar Ting. 1 yang sangat energetik dan ceria!...


Pelajar-pelajar yang turut membantu mencuci dewan...kecuali sorang diimport khas daripada UNITEN

Sukalah ana/cikgu/umi nak ucapkan jutaan terima kasih yang banyak membantu dan memberi sokongan, tak tertulis di sini rasanya.... InsyaAllah perjungan kita akan bersambung esok. Semoga Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan. Thankyou Allah.

Wassalam..

Wednesday, July 14, 2010

Kalau & Kalau....



Kalaulah Allah lihatkan amalan kita.
Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu.
Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit.
Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa,
dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka?
atau takut dan memusuhi mereka?
atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..
(tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.
Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana?
Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad, Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita
masihkah kita sanggup syirikkan dia?
Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia
dari terus teruk daripada syaitan.

Tuesday, July 13, 2010

Tanda-tanda Anda Dilamun Cinta


Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.
Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
Anda suka untuk bertemu dengan-Nya.
Tak sabar untuk bertemu.
Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu.
Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain.
Dia mengatasi yang lain.
Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
Gembira bila bersama-Nya.
Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada.
Susun kata indah hendak bertemu.
Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya.
Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam.
Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.
Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya.
Adakah cinta anda berbalas?
Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?
Moga kita mendapat cinta dari-Nya.
Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

TENTANG WAKTU

Salam alaik..


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan jiwa
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istemewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mengetarkan hatil
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuatkan hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju kesyurga.


Sekadar renungan bersama...


Monday, July 12, 2010

Program Motivasi Cemerlang Bersama Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor




Salam alaik...



Tarikh: 10 Julai 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat:Pusat Konvensyen
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Dr. Sheikh Dari Dekat... alhamdulillah duduk depan


Aksi-aksi Dr. Sheikh.... yang tak reti duduk diam.


Rakan-rakan yang turut hadir.

Pengalaman yang memang sangat sukar dilupakan dapat berjumpa dan mendengar kata-kata motivasi daripada seorang tokoh yang memang sangat dikagumi kerana kebijaksanaannya, kehebatannya dan tak kurang 'handsome'nya.

Kesian Along,... jelous habis sebab Ya dapat berjumpa dengan idola along sebelum along sempat berjumpa dengan Dr. Sheikh..

Semoga peristiwa ini akan membakar semangat kami untuk terus cemerlang seperti Dr. Sheikh! Amin.

By: Amira

Sunday, July 11, 2010

Pesta Floria '10


salam alaik..
Sempena pesta Flora yang diadakan di Putrajaya umi, abah yang memang minat sangat bunya pun mengambil peluang menjamu mata. Tidak ketinggalan Ain dan Amira juga ikut sama.





Memang tak tergambar di sini cantiknya bunga tersebut... Allahuakbar!... Yang masih belum berkesempatan berkunjung, masih ada banyak masa sehingga 18 Julai 2010... Tapi hari ini memang lautan manusia. Kami pergi pun sekejap sahaja selepas asar dan maghrib sempat ddi rumah.. Tak tahan ramai sangat. Pening kepala dibuatnya.. insyaAllah kalau ada kelapangan nanti datang lagi kerana tempatnya dekat sahaja..

Wassalam



Saturday, July 10, 2010

Berbunga-bunga

Salam.
Ha... tadi ada la flower show kat putrajaya. Ni lah antara gambar-gambar yang sempat diambil. Maaf atas low quality gambar-gambar ni. Papepun, cara penggubahan bunga di pameran tu tersangat2 menakjubkan.

Tip Kenali Lelaki Sudah Berpunya.


Salam alaik....

Anak-anak murid ana semakin ramai yang sudah akhir remaja dan mungkin berangan-angan nakmencari pasangan.. Ini ada bereapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan. Namun yang terbaik tentunya mengikut cara yang telah digariskan oleh Islam..

  1. Tidak akan mengajak kamu berjumpa dengan orang tuanya.
  2. Apabila berbual mengenai wanita, pengetahuannya cukup luas memandangkan dia sendiri pernah duduk serumah dengan wanita.. hem hem isteri.
  3. Miangnya memang luar biasa. Barangkali kerana dikongkong isterinya di rumah.
  4. Perutnya boroi kerana makan dan minumnya sentiasa dijaga oleh isteri di rumah.
  5. Akan menghubungi telefon bimbit kamu pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana waktunya banyak bersama isteri terutama pada waaaaaaktu malam.
  6. Semua panggilan telefon mengikut arahannya. hanya boleh buat panggilan pada waaktu-waktu tertentu sahaja.
  7. Sanggup menukar penampilan agar kelihatan menerik di hadapan kamu walaupun uban di kepala mulai tumbuh
  8. tidak akan munculkan dirinya berasama-sama kamu di hadapan orang ramai kerana bimbang tembelangnya pecah.
  9. Tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama-sama anda kerana waktu itu dia kan bersama keluarga. hehe yelah tuh?...
  10. Lelaki beristeri selalunya akan mengelak diri bila topik-topik keluarga dan anak-anak dibangkitkan..
Wahai anak-anak muda di luar sana.... berhati-hatilah kerana lelaki berhidung belang terlalu ramai.. Sentiasalah berdoa untuk mendapat suami yang soleh. Tapi sebelum itu kita juga mestilah menjadi wanita yang solehah. Kerana lelaki yang soleh hanya untuk wanita yang solehah.

19 HADITH MENGENAI WANITA



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-Anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

by:ekah@iGop

HARI TERBUKA SMKSI



Salam alaik...
ibu bapa yang sabar menanti....

Program tahunan yang bertujuan menemukan guru-guru dengan ibu bapa secara langsung bagi membincangkan masalah anak-anak. hehe... bagi yang ada masalah lah... nampaknya kehadiran ibu bapa agak mengalakkan. hal ini mungkin pada surat yang dihantar kepada ibu bapa pengetua telah meletakkan "kehadiran ibu bapa wajib"....


pelajar juga berdebar-debar menanti kehadiran ibu bapa mereka (bimbang kena basuh)...

Ramai gak pelajar-pelajar yang agak gerun dengan kedatangan hari ini bertanya "kalau ibu bapa tak hadir macam mana cikgu"... tepuk dada tanya akal... kalau nak datang tu tak perlu ungkapan "wajib" pun datang jugak. Tapi kalau dah niat tak mahu datang ungkapan itu tidak memberi makna apa-apa.

dengan guru kelas tersayang..... yang hampir sama perangai(menurut kata Amere la..).


Bagi pelajar-pelajar tingkatan lima, ini tahun teraklhir ibu bapa kamu datang ke sekolah. Maka peluang ini tak sepatutnya dilepaskan...

Kekadang rasa pilu dan sedih jugak minta ibu bapa datang tapi cikgu sendiri tak berkesempatan nak ambil report kad anak-anak cikgu di sekolah rendah kerana diadakan pada tarikh dan masa yang sama. Bekorban demi tugas!.



SEMOGA SERI INDAH TERUS CEMERLANG DENGAN KEPIMPINAN DAN KEWIBAWAAN GURU-GURUNYA. INSYAALAH.

Wassalam..