Dah masuk waktu solat Zuhur.
Sevenofus berhenti di sebuah Rumah Allah untuk mengerjakan solat Zuhur. Semua turun daripada Unser untuk menunaikan tanggungjawab kepada Ilahi kecuali umi. hehe... umi ABC.
Setelah beberapa ketika tiba-tiba Ain masuk ke dalam Unser. Dari raut wajahnya umi tahu macam ada sesuatu yang tak kena dan kurang difahaminya. Umi buat tak tahu je..
Ain bersuara,
"Umi, adik ni pakai kasut ke seliper? tanya Ain penuh keraguan
"Kasut". Jawab umi ringkas kerana sedang khusuk membaca.
"Mujur kasut" jawab Ain penuh kelegaan. Wajahnya tampak lebih ceria. Seolah-olah baru terlepas daripada suatu hukuman.
"Kenapa?" tanya umi mohon penjelasan.
"Hemmm..... mujur adik pakai kasut, sebab kat bilik air tu tadi ada tulisan "Dilarang memakai seliper". Tapi adik pakai kasut. Mujur adik pakai kasutkan umi?". . Jawab Ain penuh keyakinan dan keikhlasan. Sedikitpun tidak tergambar rasa bersalah pada raut wajahnya.
"So.. adik pakai kasutke masuk ke dalam tempat wuduk tadi?"
"A'ah!"jawab Ain ringkas.
Umi terdiam sebentar....
Umipun memulakan kuliah dan tazkirahnya tengah hari tu........
Umipun memulakan kuliah dan tazkirahnya tengah hari tu........
Kesian Ain...
Selepas itu,
Abah pulak mulakan kuliah bahasa Inggerisnya....
"Itulah bahasa Inggeriskan lebih jelas. Clear!..."
hehe... umi no komen!
Anak pensyarah Bahasa Inggeris dan Cikgu Bahasa Melayu!
Akhirnya terperangkap dalam bahasa sendiri.
No comments:
Post a Comment