Followers

Saturday, August 29, 2009

Sajak: Merdekakah Kita

Buat Renungan anak-anakkku tercinta



MERDEKAKAH KITA...

Merdeka,

Merdeka itu bebas,
Tidak lagi seperti 1511,
Hidup yang sentiasa rimas,
Ke sana sini dalam cemas,
Bila-bila masa hilang nafas,
Dikekang penjajah tanpa belas,

Kini,
Merdeka memang bebas,
Untuk berkelakuan ganas,
Buat jenayah dengan jelas,
Maksiat jadi lumrah,
Gejala sosial jadi barah,
Nafsu diikut-ikut,
Tiada wujud rasa takut..

Dulu,
Merdeka itu berdikari,
Tokoh-tokoh berjuang untuk negeri,
Membuktikan melayu boleh bawa diri,
Tak perlu Inggeris memerintah,
Tak ingin British menjajah,
Tak sanggup Jepun mengerah-ngerah,
Kerana kita boleh berubah,

Kini,
Merdeka itu tetap berdikari,
Anak-anak tak perlu patuh ibu bapa lagi,
Hukum-hakam tak payah dipeduli,
Adat budaya buang ke tepi,
Mengabdi kepada penjajah semula,
Hidup ikut barat punya cara,
Nak tiru semua gaya,
Tak kisah apa orang nak kata.

Aduh,
Merdeka disalah erti,
Setahun sekali sambut,
Hanya hangat-hangat tahi ayam.
Anak-anak yang mengaku merdeka,
Sedarilah fenomena realiti,
Usah terus diulit arus fantasi,
Bukalah mata,
Bersuaralah hati,
Jauh di sudut jiwa,
Merdekakah kita....


Selamat hari merdeka yang ke 52


"Satu Malaysia"

No comments:

Post a Comment