Followers

Sunday, February 21, 2010

Cuti Panjang yang Singkat

Salam alaik,
Bila baca tajuk coretan ana kali ini nampak macam paradok pulak!. Tapi itulah yang ana rasa. Ramai yang kata cuti panjang, tapi sebenarnya sangat singkat seandainya kita gunakan semaksimun mungkin. Alhamdulillah cuti kali ini ana telah dapat penuhi dengan pelbagai aktiviti, jika difikir semula macam tak percaya je.. itulah hakikatnya.
  • menjahit 9 pasang baju kurung; memang hobi yang sangat digemari!
  • membaca dua buah novel Sejarah Islam iaitu, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Bilal Bin Rabah.
  • menghabiskan bacaan Al-Quran (Khatam al-Quran) dan mula ulang semula.
  • menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pn. Hadhariah (rakan setugas)
  • balik kampung di Temerloh, menziarahi ayahanda dan bonda serta sanak saudara, kebetulan kakak di Raub dan adik di Jengka serta anak-anak arwah kak long semuanya balik. rasa macam raya pulak ramainya.
  • bawa anak-anak pergi swiming di Putrajaya; dua kali.
  • menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid Sg Merab. (ustaz Farid Ravi beri ceramah) Nanti ana akan minta Sakinah tuliskan pengisiannya.
  • hehe... gi shoping dengan suami.. abis gak hampir 10k.
  • akhir sekali... hantar ikah balik Gopeng..

Esok dah mula kerja... cuti-cuti macam ini sahaja ana berpeluang melakukan semua perkara yang ana suka yang susah untuk dilakukan semasa hari kerja!

Astagfirulallahalazim...bukan nak riak tetapi nak nyatakan di sini, khususnya kepada anak-anak dan student ana... tidak ada yang mustahil jika iltizam dan istiqamah!... Alhamdulillah semuanya dapat ana lakukan dengan izin Allah, yang memberikan ana kesihatan yang baik dan tentunya bantuan anak-anak khususnya Sakinah, Amira dan Ikah.... segala urusan rumah dan mengajar adik2 (Ain dan syukri ) anak-anak yang besar urusan.... Umi cuma masak!.. itupun dibantu oleh anak-anak. Terima kasih anak-anak kerana membantu!

Wassalam.

2 comments: