Followers

Wednesday, February 24, 2010

Pura-pura

Sajak ini telah lama bersemadi di bawah cermin atas meja abah. Entah kenapa tetiba sahaja umi tertarik nak menghayatinya dan kongsikan dengan para pembaca. Semoga kita sama-sama mendapat sesuatu yang bermanfat daripada sajak ini.

Ada pura-pura ibadah
Ada ibadah pura-pura

Ada pura-pura pasrah
Ada pasrah pura-pura

Namun ingatlah hujung perjalanan ini

bila saatnya tiba
tiada duka pura-pura
tiada lara pura-pura
tiada sedih pura-pura
tiada dalih pura-pura
bila saksi perilaku kita adalah
segala anggota
segala indera
segala dosa
segala....

Iskandar Dzul kanain H.M
Kolej Tun Perak, UPM
1 Ramadan 1416

No comments:

Post a Comment