Followers

Monday, December 27, 2010

Karangan Contoh: Gaya Hidup Sihat


CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT.

Mahfum daripada sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit”. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita meneruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera

Sunday, December 26, 2010

Cameron Highland Sevenofus Datang Lagi...


Salam 'alaik..

kabus tebal menyambut kedatangan
kami...
Pelbagai pertimbangan telah dibuat untuk naik ke bukit Cameron ni.... faktor cuaca, faktor keselamatan, faktor kesihatan dan macam-macam lagi... Beberapa kali sevenofus meeting tapi tak dapat juga penyelesaiannya. Dan hampir-hampir sahaja tak jadi bila sebuah bas terbalik di CH mengorbankan 28 nyawa dua hari sebelum kami bertolak ke Camaron...

Memandangkan keinginan anak-anak yang tinggi terutamanya Amirah dan Ain juga syukri dan syafiqah, along je yang tak berapa mahu akhirnya Umi buat keputusan abah menurut je...

dengan keluarga dari Itali
di ladang BOH
Oleh kerana jadual perjalanan kami selari dengan hari ambil result PMR ekah, maka umi memutuskan "kalau result ikah semua A, kita naik Cameron, kalau tak kita pergi telaga air panas sahaja... Akhirnya inilah keputusannya. Dapatla Amirah menggunakan Camera DSLR nya sepuasnya. Nak tengok lebih banyak tengok je la Facebook dia. Sejak jadi peminat Saiful Nang [Candid Syndrome] Amirah semakin aktif mengambil gambar! Tu yang nak sangat pergi Cameron Highland. Kalau ikutkan dia nak pergi Taiping semula... mujur adik beradik yang lain tak setuju...




strawberi coklat pasti tak ketinggalan
pemandangan depan Villa Dahlia tempat kami menginap.
Kesegaran daun teh...
Kellie's Castle ... sempat singgah dalam perjalanan balik
InsyaAllah datang pulak sebab tak sempat masuk.
Semuanya tinggal kenangan. Indahnya alam ciptaan tuhan. Segarnya udara yang Allah beri percuma sahaja... fakta, 12 pokok sama dengan 1 alat pendingin hawa... So jangan tebang pokok sewenang-wenangnya jika ingin udara bumi ini terus nyaman.

InsyAllah jika ekonomi, kesihatan, dan keselamatan mengizinkan kami ingin datang lagi ya Allah. Amin.
Wassalam.

PMR: KH ekah B?

Salam alaik,

Syafiqah.... kenapa KH awak B ni?
Okey lepas ni... no Komputer, no FaceBook, no cerita korea, no Camera2 dah....

Terkedu Ekah bila cikgu dia kata macam tu....
Huhuhu... habisla impian nak naik Cameron highland...
Sebab Umi dah janji Kalau dapat Streight A sahaja dapat naik Cameron. Kalau tak Umi rendam dalam Air Panas Sungai Klah sahaja....

So Syafiqah membawa harapan yang besar kakak dan adik2nya...

Ekah depan guru-guru. Terima kasih cikgu SBPI gopeng!

Abah paling happi....

Selepas tu baru ekah perasan.... KHB memang ar.... Mana ada KHA... hehe.. Gugur jantung Ekah sekejap!..Dahla memang subject itu yang paling dia takut/bimbang.

Papapun tahniah la ekah dari semua seisi keluarga dan sanak saudara serta rakan2 umi dah abah yang menanya... Yang paling bersyukur sevenofus sebab dapat naik Cameron Highland, Tak jadilah rendam dalam air panas!

Wassalam.

Sunday, December 19, 2010

Bahang X-Mas Kian Terasa

Salam 'alaik....

Lamanya umi tak menulis. Yang sebelum-sebelum nipun anak-anak yang masukkan atau paste je dari mana-mana.

Nak cerita, semalam sempat umi dan anak-anak pergi bertandang ke Alamanda. Memandangkan skrip SPM dah tinggal sedikit dan Ain pulak beria-ia sangat nak pergi ke Alamanda semenjak hari Jumaat lagi akhirnya pergi dan sampai jugak ar..

Kali ni keinginan ain nak ke Alamanda tak boleh disekat-sekat lagi. Merengek sepanjang petang. Umi tahu apa sebenarnya yang dia mahu... Beria-ia Ain mengumpul wang untuk mencapai hasratnya. Uma kagum melihat kegigihan Ain mengumpul lebih RM130.00 dalam masa sehari. Kakak2 dan abangnya dia pun segigih macam dia. Yang pastinya cara halal. Hehehe... Bila duit dah terkumpul, maka kehendaknya tak dapat terhalang lagi...

Kami pergi tanpa Abah (tak berapa sihat) dan Amira (gi Universiti Fair di Mid Velly) Sampai di Alamanda dalam 11 lebih. Tempat parking dah mulai penuh. Kana parking aras paling atas. Sesampai di sana Alamanda dah di penuhi salji... Waaaa.... baru umi teringat Krismas dah hampir.... Ain dan Syukri excited habis. Umipun teruja. Apatah lagi budak-budak ni. Patutlah ramai sangat orang....

So pemandangan-pemandangan selanjutnya pun macam duduk di negeri Mat Salleh la. Tapi tak kisahla tu... dalam hati umi berkata-kata, mungkin inilah 1Malaysia. Sebenarnya pemandangan-pemandangan ini bukannya asing, cuma sesekali teruja gak. So kelihatanla di sana sini Mr. Santa Clause dan Mrs. Santa Clause (tak pasti) di kelilingi peminat-peminat. Berposing2, memberi hadiah2 dan sebagainya. Semasa di tempat makan Sakinah bertanya umi,  

possing gak ar...
"Umi boleh ke kita terima hadiah daripada Santa Clause?" Lama umi termenung memikirkan jawapannya. Kalau Ain yang tanya tu umi taklah pelik sangat jawab je pape... tapi bila along ni kena jawab betul-betul sikit... Akhirnya "Umi rasa along lebih arif daripada umi. Kenapa along nak ke?.. hehe pertanyaan semula umi  itu  membuatkan along senyum sahaja..  Memangla yang ramainya umi nampak di sekeliling Santa Clause itu ialah orang Islam, besar kecil sama je... Memang la.. Kalau Puterajaya memangla orang Islam mejoriti, so apa signifikennya Mr dan Mrs Santa Clause itu di sini... umipun tak tahu nak  cemment  ape?

Kita cerita lain la...

Akhirnya, ainpun capaila apa yang dihajatinya...apa lagi mainan diala.. Tambah koleksi watak berimaginasinya. Dekat-dekat RM100 gak. Dengan berat hari akhirnya along aprov dengansyarat "NO FAMOUS AMOUS"... Setelah bersetuju baru belikan...

Lalu depan Famous Amous Ain buat hal lagi... tapi sebab dah janji mesti ditepati. Kami singgah MPH, carefour dan Zuhur balik.

Hehe... itulah sahaja. Maaf bahasa rojak... jangan ambil iktibal
Wassalam..

Wednesday, December 15, 2010

Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Esok Khamis, 10 Muharram... Jom puasa semua!

Tuesday, December 7, 2010

Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam / Cat Stevens

Cat Stevens / Yusuf Islam


Dipetik dari ( EDITOR: KASIHSAYANG , Artikel iluvislam.com )



Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Selamat Tahun Baru Hijriyah 1342H


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 H ......


Semoga ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan & meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini agar dapat dijadikan seperti penghijrahan yang sebenar seperti Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga Tahun Baru Hijrah 1432 ini juga menjadi titk permulaan yang baru kepada kita semua.

R A P U H

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Opick - Rapuh

Sunday, December 5, 2010

Hambatan Waktu..

Salam 'alaik..

Sudah masuk minggu ketiga cuti persekolahan akhir tahun. Namun kami masih belum boleh merancang ke mana-mana. Hal ini kerana Amira masih belum habis SPM , Along masih belum habis peperiksaan Akhir semesternya, Syukri baru nak bermula kelas tambahan, manakala umi pulak tugasan berat rutin tahunannya baru bermula. Kalau tugas umi ini dah bermula bermakna kita tidak akan kemana-mana sehinggalah kerja-kerja tersebut selesai pada 22 Disember nanti.

Kesian umi,  perancangan Sevenofus plus One untuk menonton Teater Natrah di Istana Budaya semalampun terpaksa pergi tanpa umi. Perancangan  ini  telah dibuat sebulan yang lalu tetiba umi kena pergi mesyuarat pada tarikh yang sama. Sedihnya umi. Dah lama umi berhajat menonton teater ini.

Kini, umi harus dikejar 'hambatan waktu'. Kerja-kerja berat mesti disiapkan sebelum 21 Disember ini. Nampaknya Bisnes umi yang baru brmula dan baru nak maju kenalah ditangguhkan dahulu sebelum ada anak-anak umi yang sanggup mengambil alih. Umi hanya menaruh harapan kepada Along untuk membantu umi.

Walau bagaimanapun, perancangan untuk balik ke kampung memang masuk dalam takwim cuti persekolahan ini. Tetapi tempat-tempat lain tu masih belum pasti. Semuanya bergantung kepada kesempatan waktu. InsyaAllah jika ada rezki, kesempatan masa, sevenofus will go together soon!

Dalam hambatan waktu ini juga umi berharap masih dapat melapangkan waktu untuk masak, menjahit dan enjoy, bersama famili dan menulis dalam blog kesayangan umi ini, InsyaAllah.

Wassalam

Thursday, December 2, 2010

PERSONALITI DISEMBER

Salam alaik..

DISEMBER 

* Sangat setia dan pemurah. 
* Bersifat patriotik. 
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. 
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. 
* Seronok bila didampingi. 
* Suka bercampur dengan orang. 
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. 
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. 
* Tidak pandai berpura-pura. 
* Cepat marah. 
* Perangai yang mudah berubah-ubah. 
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. 
* Benci pada kongkongan. 
* Suka berlawak. 
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik