Followers

Wednesday, December 15, 2010

Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Esok Khamis, 10 Muharram... Jom puasa semua!

3 comments:

  1. salam wbt cikgu..saya x kenal dengan cikgu tapi saya suka akan blog cikgu..saya masih baru dlm blog..saya harap cikgu boleh bagi saya kredit untuk kolaborasi dalam perkenalkan blog saya..saya amat berterima kasih jika cikgu sudi msukan blog saya dalam list blog cikgu..huhuhuhu..saya juga mahu kreditkan blog cikgu dalam blog saya..boleh x?..ini adalah url blog saya: http://blogmelayu-frustasi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam...
    ok...cikgu dah buat....
    harap dapat muatkan sesuatu yang bermanfaat & dapat dikongsi bersama ^_^

    ReplyDelete
  3. tq cikgu.saya akan kreditkn cikgu dlm blog list saya..saya gak harapkn sesuatu yg sama..best la bkak blog cikgu dgr lgu cat steven..hahahaha..tq sekali lg cikgu..

    ReplyDelete