Followers

Sunday, April 10, 2011

Persembahan Nasyid dan Drama Tun Fatimah

Sekadar nak beri penghargaan kepada kumpulan Nasyid Sekolah yang berjaya bertanding sehinga peringkat daerah... Walaupun tidak berjaya melangkah jauh tetapi kumpulan nasyid yang di bawah bimbingan ustazah Aisah Ismail ini sangat gigih dan dedikasi berlatih... cikgu kagum dengan semangat kalian cuma nasib yang tidak menyebelahi kita. Kitapun kena akur sekolah-sekolah di daerah petaling ni memang hebat-hebat...


Tak lupa juga sekalung penghargaan dan tahniah kepada kumpulan drama bahasa Inggeris yang telah memantaskan sebuah drama sejarah yang sangat hebat dan menarik. Kumpulan drama yang di bawah bimbingan cikgu Marfuzah ni memang hebat kerana para pelakonnya hanya pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sesi petang. Tapi jurulatihnya pun memang hebat. Pasangan suami isteri yang memang Artis terkenal gak. Yang cikgu ingat nama adik dia je.. Ana Rafali. Abang ana Rafali. Isterinya cikgu tak ingat tapi artis jugak. Kebetulan, kakak kepada cikgu Marfuzah. So nak jadi cerita... panjang nak cerita sebenarnya.. tapi dipendekkan cerita cukuplah sampai di sini sahaja... nanti jadi cerita lain pulak. 
jurulatih profesional yang melatih kumpulan drama Tun Fatimah
dan pentadbir



Akhirnya, pelajar yang jumlahnya tak seberapa, lumrah biasa jika bersekolah pada hari sabtu, amat terhibur dengan dua persembahan hebat iaitu persembahan drama Tun Fatimah dan persembahan kumpulan nasyid. Selepas tu.. tengah harinya cikgu-cikgu dijamu pula oleh AAG!


Saturday, April 9, 2011

AAG`10 Meraikan Guru-guru SMK Seri Indah

Shawn, Fatin, Amira
 Intan, Amylia dan Razin (AAG`10) dibantu oleh Nabila

Salam, sekolah pada hari Sabtu , memang memenatkan.... tapi kali persekolah hari sangat meriah... paginya, di tapak perhimpunan  guru-guru dan para pelajar dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dan drama yang memang hebat dan tengah harinya pula guru-guru dijamu oleh AAG`10 (anak-anak guru yang mengambil SPM pada tahun 2010) dengan hidangan yang sangat istimewa. Istimewa kerana satu sekolah merasai aromanya. Apa lagi Satey dan Laksa. 
Memang menu ini dipilih khas supaya semua warga SMKSI dapat merasai kemeriahan dan kehangatannya dengan hanya merasai aromanya. AAG yang terdiri daripada Razin, Amira, Shawn, Intan, Fatin, Amylea telah bertungkus lumus hampir seminggu gak... menbuat persiapan untuk meraikan guru-guru mereka dan sebagai tanda dan ucapan terima kasih setelah lima tahun menimba ilmu di SMKSI.
Memang sesuatu yang sangat berbeza, kali ni jamuan diadakan secara santai di perkarangan sekolah. Pondok Ilmu, yang sebelum ini tempat para pelajar melepaskan lelah sambil menunggu ibu bapa, tapi pada hari ini telah dihias indah dan selesa khas untuk menanti kedatangan guru-guru SMKSI yang telah banyak berjasa kepada AAG`10
Pondok Ilmu yang dihias indah... tapi dah memang cantikpun.

Pokok yang mendapat perhatian pengunjung: pokok pinang
berbuahkan pisang... monyetpun hairan!

Uniknya jamuan ini AAG sendiri yang melayan guru-guru
yang hadir dengan layan istimewa.Guru-guru duduk sahaja
juadah siap hidangkan oleh AAG sendiri.Panas-panas lagi.

guru-guru yang hadir memeriahkan suasana




abang satey dibantu setia oleh AAG .
Tahniah AAG`10, kalian sebagai barisan perintis untuk AAG yang mendatang untuk meraikan guru-guru yang juga ibu dan bapa kalian di sekolah ini. Semoga AAG`10 akan terus cemerlang dalam mengapai impian.

Wassalam
Salah seorang EEAG

Thursday, April 7, 2011

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Salam,

Khas untuk pelajar-pelajar Pendidikan Moral tingkatan Satu Ibnu Bhatutah (1 IB)

Monday, April 4, 2011

DRAMA: TIANG CENGGAL DINDING SAYUNG


DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
(Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis

            Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti. Sebaliknya Sani menyuruh Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegor oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya.Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk  menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu dan mencuri barangan mangsa tsunami.

            Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya tertutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Friday, April 1, 2011

SINOPSIS NOVEL INTERLOK


Seman anak kepada Pak Musa dan Mak Limah rasa tertekan setelah bapanya meninggal dunia. Dia baru mengetahui semua harta peninggalan bapanya sebenarnya milik Cina Panjang atau Cing Huat. Mereka hanya menumpang di tanah itu. Hal ini demikian kerana Pak Musa telah mengadaikan segala hartanya termasuklah rumah dan tanahnya kepada Cina Panjang.

            Cing Huat ialah tauke sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Cing Huat yang berasal dari China datang ke Tanah Melayu bersama-sama dengan bapanya, Lee Kim Lock. Setelah melalui pelbagai dugaan akhirnya bapanya telah membeli sebuah kedai runcit di pekan Simpang Empat. Sejak itu, kehidupan Cing Huat dan bapanya bertambah baik. Apabila bapanya meninggal dunia, Cing Huat mewarisi perniagaan kedai runcit tersebut.

            Lebih dua puluh tahun dahulu, Maniam telah meniggalkan isteri dan keluarganya di India menuju ke Pulau Pinang. Sesampainya di Pulau Pinang, Maniam telah bekerja sebagai kuli di pelabuhan Maniam terlalu kecewa menerima berita bahawa isterinya, Ambika telah mengikut Pillay, seorang lelaki kaya di kampung mereka. Dia telah membuat keputusan untuk ke seberang. Setelah berbulan-bulan bekerja dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya Maniam bekerja di sebuah kebun kelapa di Cangkat Lima