Followers

Monday, April 4, 2011

DRAMA: TIANG CENGGAL DINDING SAYUNG


DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
(Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis

            Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti. Sebaliknya Sani menyuruh Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegor oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya.Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk  menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu dan mencuri barangan mangsa tsunami.

            Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya tertutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.


Pemikiran

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak tehadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggunghjawab mereka sebagai anak-anak.


Persoalan

  1. Persoalan kasih sayang isteri terhadap suami yang tidak berbelah bagi.
  2. persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga
  3. persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang
  4. persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
  5. persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
  6. persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Jimah
-         isteri Jumaat, berusia 55 tahun.
-         Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
-         Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.


Watak sampingan

  1. sani
-         Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri
-         Seorang yang bertanggungjawa dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.

  1. Sabri
-         Anak sulung Jimah
-         Mengetuai ahli keluarga
-         Penyabar. Sabri mahu semua adik-beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.

  1. Sabariah
-         Graduan ekonomi bekerja di London.
-         Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
-         Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan bahawa sani bukanlah ahli keluarga mereka.

  1. Shahrul
-         anak ketiga dalam keluarga.
-         Seorang akauntan di Kuala Lumpur
-         Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.
-         Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir-menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

  1. Salmah
-         seorang pereka fesyen
-         Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.
-         Lebih mementingkan kerjanya. Salmah pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

  1. Wan Malini
-         Isteri Sani.
-         Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malini berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

  1. Man Bengap
-         Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak Mat ketawa.
-         Cucu angkat Pak Man.

  1. Pak Man
-         Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.
-         Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.

  1. Mak Jah
-         Isteri Pak Man
-         Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenagkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

  1. Wahid dan Senin
-         Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereke berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa tsunami.
-         Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.


Nilai
-         Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.
-         Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.
-         Nilai menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
-         Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menasihati Sani, anak-angkat emaknya.
-         Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.


Pengajaran

  1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
  2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.
  3. kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
  4. Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
  5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.
  6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.


No comments:

Post a Comment