Shawn, Fatin, Amira Intan, Amylia dan Razin (AAG`10) dibantu oleh Nabila |
Salam, sekolah pada hari Sabtu , memang memenatkan.... tapi kali persekolah hari sangat meriah... paginya, di tapak perhimpunan guru-guru dan para pelajar dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dan drama yang memang hebat dan tengah harinya pula guru-guru dijamu oleh AAG`10 (anak-anak guru yang mengambil SPM pada tahun 2010) dengan hidangan yang sangat istimewa. Istimewa kerana satu sekolah merasai aromanya. Apa lagi Satey dan Laksa.
Memang menu ini dipilih khas supaya semua warga SMKSI dapat merasai kemeriahan dan kehangatannya dengan hanya merasai aromanya. AAG yang terdiri daripada Razin, Amira, Shawn, Intan, Fatin, Amylea telah bertungkus lumus hampir seminggu gak... menbuat persiapan untuk meraikan guru-guru mereka dan sebagai tanda dan ucapan terima kasih setelah lima tahun menimba ilmu di SMKSI.
Memang sesuatu yang sangat berbeza, kali ni jamuan diadakan secara santai di perkarangan sekolah. Pondok Ilmu, yang sebelum ini tempat para pelajar melepaskan lelah sambil menunggu ibu bapa, tapi pada hari ini telah dihias indah dan selesa khas untuk menanti kedatangan guru-guru SMKSI yang telah banyak berjasa kepada AAG`10
Pondok Ilmu yang dihias indah... tapi dah memang cantikpun. |
Pokok yang mendapat perhatian pengunjung: pokok pinang berbuahkan pisang... monyetpun hairan! |
Uniknya jamuan ini AAG sendiri yang melayan guru-guru yang hadir dengan layan istimewa.Guru-guru duduk sahaja juadah siap hidangkan oleh AAG sendiri.Panas-panas lagi. |
guru-guru yang hadir memeriahkan suasana |
abang satey dibantu setia oleh AAG . |
Wassalam
Salah seorang EEAG
No comments:
Post a Comment