Followers

Showing posts with label analisis spm. Show all posts
Showing posts with label analisis spm. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Waa.. Berakhir sudah BM SPM 2010

Salam alaik..

Waaa.. Alhmadulillah lega rasanya Kertas Bahasa Melayu SPM telahpun lepas! Rasanya macam cikgu pulak yang ambil SPM. Biasanya cikgu sangat 'excited' sebab nak tahu soalan apakah yang keluar? Yang paling bimbang ialah soalan karangan atau kertas 1. Hal ini kerana ada dua soalan sahaja dalam kertas ini yang pelajar perlu  dijawab,  jika calon tidak tahu jawab atau tersalah jawab maka peluang untuk lulus cemerlang amat tipis. Berbanding kertas 2 ada banyak soalan agihan markah terhadap setiap soalan tidak terlalu banyak.

Memandangkan resiko ini cikgu-cikgu berpengalaman akan cuba meneka isu-isu apakah yang akan keluar. Memanglah cikgu tidak akan cakap secara pasti tetapi pelajar seharusnya sedar apakah penekanan yang cikgu beri semasa di dalam kelas... Alhamdulillah satu tajuk yang memang sangat dijangka dan telah cikgu tekankan di dalam kelas, pastikan pelajar jawab dalam masa yang ditetapkan, dan cikgu letak juga dalam blog cikgu akhirnya keluar sebagai soalan Bahagian A seperti yang dijangka! (Suka klik untuk lihat) Selain itu isu perpaduan, penyakit berjangkit juga telah kita bincangkan di dalam kelas secara terpeinci juga telah keluar. 

Seperti yang cikgu jangka dan kata selalunya soalan BM1 tidaklah susah kerana itulah kertas pertama yang calon SPM duduki. Jika terlalu susah ini akan memberi impak yang besar kepada kertas-kertas lain. Dalam pada itu ada juga seorang calon SPM kita yang sampai sakit jantung dan meninggal dunia kerana mungkin terlalu gemuruh kerana hendak menduduki SPM... Siapakah yang harus disalahkan? Sedihnya cikgu mendengarnya. Takziah kepada keluarga tersebut.

Kepada semua pelajar cikgu... cikgu harap kalian dah buat yang terbaik. Sesungguhnya kejayaan kalian ialah hadiah paling berharga bagi cikgu. Selamat meneruskan peperiksaan.

Do the best let Allah do the rest!

Tuesday, November 16, 2010

Soalan Fokus BM SPM 2010

Salam 'alaik,

Ramai yang bertanya cikgu apakah soalan yang mungkin keluar dalam Bahasa Melayu SPM. Walallah 'hualam. Allah sahaja yang maha Mengetahui. Seperti yang cikgu selalu kata, soalan SPM ni macam turun dari langit tak siapapun yang tahu, tak siapapun  boleh tahu.... kalau tahu boleh masuk penjara. Namun kita bolehlah mengagak-agak berdasarkan analisis soalan-soalan tahun-tahun lepas. Terutamanya soalan-soalan KOMSAS. dan memang soalan itupun yang kita nak tahu sangat.

Tak tahulah calon SPM 2010 beruntung atau rugi kerana ini tahun terakhir kita menggunakan Teks KOMSAS yang telah digunakan semenjak 2001. Sebenarnya, hal ini  ada kekurangan ada kelebihan. Tapi  hal itu tak penting, yang penting, bersedia semuanya. InsyaAllah Allah akan membantu orang yang berusaha dan Allah akan memberi ganjaran atas usaha-usaha kita. Justeru berusahalah.

Selain soalan-soalan latihan yang kita telah buat di dalam kelas, mungkin laman web ini dapat membantu,
Sedikit panduan daripada Cikgu Ghalib tentang soalan-soalan BM  SPM  2010.. Mohon manfaatkan.


Bina Ayat- bahasa Istana
Bina Ayat- perkataan Berimbuhan sisipan
Fokus Tatabasa - ayat pasif
Fokus tatabahasa- menyambung ayat
Fokus tatabahasa - ayat susunan songsang
Fokus Peribahasa SPM
Fokus Puisi SPM- Di Ruang Gemanya
Fokus Puisi SPM- Syair Jong Pecah
Fokus Pemahaman Prosa Moden- Cerpen Sebutir Pasir di Kaki
Fokus Pemahaman Prosa Moden- Cerpen Tragedi
Fokus soalan SPM 2010 - tip terakhir
Soalan Karangan


Itulah sahaja yang dapat cikgu kumpulkan. Semoga dapat memberi sedikit panduan dan bermanfaat kepada semua calon SPM 2010.

Selamat menghadapai SPM... kertas BM pada 23 November ini.

Wassalam.

Thursday, June 24, 2010

Soalan Peperiksaan BM Julai 2010

Salam, alaik..

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Soalan Bahasa Melayu SPM 2010 Ulangan boleh dimuat turun:

SOALAN BM1 JULAI 2010.... Klik di sini
SOALAN BM2 JULAI 2010.... Klik di sini

Harapan cikgu, para pelajar dan para guru dapat menyusun strategi untuk meyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM November 2010.

Monday, May 3, 2010

Analisis Soalan Peribahasa SPM

SOALAN-SOALAN PERIBAHASA SPM 2004-2009

TAHUN

PERIBAHASA

NOVEMBER 2004

Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi

  1. bersatu teguh bercerai roboh.
  2. bagai tanduk diberkas.
  3. kalah jadi abu, menang jadi arang.

JUN 2005

Bina ayat

  1. seperti ikan pulang ke lubuk.
  2. muafakat membawa berkat.
  3. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

NOVEMBER 2005

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat

  1. berat mata yang memandanga, berat lagi bahu yang memikul.
  2. seperti burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
  3. ukur baju di badan sendiri.

JUN 2006

Isikan tempat kosong-petikan

  1. seperti ular kene palu.
  2. air dicincang tidak akan putus/ carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula juga.
  3. hendak seribu daya, tak hebdak seribu dalih.

NOVEMBER 2006

Isikan tempat kosong- dialog

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. usaha tangga kejayaan.
  3. alah bisa tengal biasa.

JUN 2007

Peribahasa yang sesuai dengan ayat

  1. seperti kacang lupakan kulit.
  2. ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki / hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  3. berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

NOVEMBER 2007

Nyatakan maksud peribahasa

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. bagaikan dakwat dengan kertas.
  3. seperti air dalam kolam.

JUN 2008

Nyatakan peribahasa berdasarkan maksud ayat

  1. durian runtuh.
  2. berani kerana benar.
  3. sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

NOV 2008

Tulis ayat berdasarkan peribahasa.

  1. bagai menatang minyak yang penuh
  2. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
  3. hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

JUN 2009

Berikan maksud peribahasa di bawah

  1. tiada rotan, akarpun berguna.
  2. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
  3. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

NOVEMBER 2009

Isi tempat kosong dalam dialog

  1. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
  2. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
  3. Jauh berjalan luas pemandangan.

Apa yang cikgu dapati peribahasa yang telah pernah keluar dalam SPM tidak akan keluar lagi untuk tahun berikutnya, kecuali pada SPM November 2006 dan November 2007. (Bahasa Jiwa Bangsa).

SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh,

Pn. Zalina bt. Darus

SMK Seri Indah,

Serdang.