Followers

Wednesday, November 24, 2010

Waa.. Berakhir sudah BM SPM 2010

Salam alaik..

Waaa.. Alhmadulillah lega rasanya Kertas Bahasa Melayu SPM telahpun lepas! Rasanya macam cikgu pulak yang ambil SPM. Biasanya cikgu sangat 'excited' sebab nak tahu soalan apakah yang keluar? Yang paling bimbang ialah soalan karangan atau kertas 1. Hal ini kerana ada dua soalan sahaja dalam kertas ini yang pelajar perlu  dijawab,  jika calon tidak tahu jawab atau tersalah jawab maka peluang untuk lulus cemerlang amat tipis. Berbanding kertas 2 ada banyak soalan agihan markah terhadap setiap soalan tidak terlalu banyak.

Memandangkan resiko ini cikgu-cikgu berpengalaman akan cuba meneka isu-isu apakah yang akan keluar. Memanglah cikgu tidak akan cakap secara pasti tetapi pelajar seharusnya sedar apakah penekanan yang cikgu beri semasa di dalam kelas... Alhamdulillah satu tajuk yang memang sangat dijangka dan telah cikgu tekankan di dalam kelas, pastikan pelajar jawab dalam masa yang ditetapkan, dan cikgu letak juga dalam blog cikgu akhirnya keluar sebagai soalan Bahagian A seperti yang dijangka! (Suka klik untuk lihat) Selain itu isu perpaduan, penyakit berjangkit juga telah kita bincangkan di dalam kelas secara terpeinci juga telah keluar. 

Seperti yang cikgu jangka dan kata selalunya soalan BM1 tidaklah susah kerana itulah kertas pertama yang calon SPM duduki. Jika terlalu susah ini akan memberi impak yang besar kepada kertas-kertas lain. Dalam pada itu ada juga seorang calon SPM kita yang sampai sakit jantung dan meninggal dunia kerana mungkin terlalu gemuruh kerana hendak menduduki SPM... Siapakah yang harus disalahkan? Sedihnya cikgu mendengarnya. Takziah kepada keluarga tersebut.

Kepada semua pelajar cikgu... cikgu harap kalian dah buat yang terbaik. Sesungguhnya kejayaan kalian ialah hadiah paling berharga bagi cikgu. Selamat meneruskan peperiksaan.

Do the best let Allah do the rest!

No comments:

Post a Comment