Salam 'alaik
Alhamdulillah setelah lama dirancang, akhirnya program sembilihan berjaya juga diadakan.. Walaupun awalnya program ini ingin diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4, namun pelajar-pelajar tingkatan 3 pula yang berpeluang. itulah dinamakan "kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". Semoga mereka ini mendapat pendedahan awal.
Yang paling seronok dan sesuatu yang sangat tak disangka-sangka ana juga turut berpeluang menyembelih seekor ayam... alhamdulillah halal di makan. Harap-harap ini bukan first n last. Macam-macam peristiwa dan gelagat lucu yang dapat dilihat dan didengar... kepala ayam yang langsung putuspun ada... namun alhamdulillah semuanya halal dan boleh dimakan....
Ustaz memberi pendedahan awal tentang sembelihan. |
Pelajar lelaki dengan beraninya menyembeleh ayam. Harap-harap mereka akan sentiasa ke depan bila dalam masyarakat nanti. |
cikgu-cikgu juga mengambil peluang menyembelih... tuhan je yang tahu.. tapi kalau tak cuba sekarang bila lagi? |
Keberanian pelajar-pelajar perempuan sangat dibanggakan. Yang menyembelih dan memegang ayam perlu ada kemahiran.. InsyaAllah lepas ni boleh. |
Ayam-ayam yang bergelimpangan setelah disembelih. 30 ekor menjadi korban. InsyaAllah Rabu depan kita karikan dia. |
Keseluruhannya semua seronok dan sesuatu yang jarang-jarang dapat kita lakukan. Pelajar bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi juga mendapat pengalaman dan pendedahan sebenar. Semoga kita mendapat sesuatu daripada program ini. InsyaAllah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment