Dirawayatkan daripada abu Sa'id al-Khudri r.a katanya;
Suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Baginda bersabda, "Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah mejoriti penghuni neraka".
"salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab, Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghalang akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang daripada kalian."
Mereka bertanya lagi, "Apakah yang dmaksudkan dengan kekurangan agama dan akal wahai Rasulullah?
Baginda menjawab, "Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki? Mereka menjawab, "Benar". Baginda berkata lagi,"Bukankah apabila wanita mengalami haid maka mereka tidak melakukan solat dan puasa? Mereka berkata, "Benar". Baginda berkata; "Itulah bukti kekurangan agamanya."
Oleh sebab itu, suami yang mencintai isterinya, pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Maka di bahu suamilah letaknya tangungjawab menyelamatkan isterimu yang suka melaknat dan tidak bersyukur. Selain istiqamah mendidik dan memberi peringatan si suami haruslah tidak jemu-jemu mendoakan isteri menjadi lebih baik. Dan yang paling penting bantulah mereka agar selalu bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka.
Jika bersedekah niatkan atas nama isterimu. bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai isteri yang akan menjadi penghuni neraka.
bersedekahlah kerana cinta. si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cinta akan isteri agar terselamat daripada neraka. InsyaAllah, Allah akan "menyedekahkan" nereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!
Walallah 'alam.
No comments:
Post a Comment