Followers

Monday, December 7, 2009

Ahlan Wassahlan Al Mak Su n Famili!

Alhamdulillah setelah lama bercadang, merancang dan bertangguh, akhirnya sampai juga Mak Su dan keluarganya..... ke mahligai kami di Desa Damai. Bandar Baru Bangi ... Anak-anak yang paling seronok! Dapat bercerita, bermain dan sambil tu melawat tempat-tempat yang sebelum ini tak berpeluang untuk dilawati walaupun sebenarnya dekat dengan rumah je... Hari pertama dan kedua Farhan dan Hafiz nampak tak berapa ceria kerana kawan baiknya Syukri takde di rumah. Syukri umi hantar ke kelas Tahfiz sepanjang cuti ini. Tapi bila umi dah jemput Syukri pada hari sabtu mereka nampak sangat seronok!


Ours Famili!.....

Seminggu sebelum kedatangan mak Su, kami telah merangka tentatif.... Alhamdulillah semua tentatif dapat dilaksanakan walaupun ada sedikit pindaan pada saat-saat akhir kerana nak sesuaikan dengan situasi semasa. Dan cuaca pun begitu indah merestui dan mewarnai sepanjang program ukhuwah kami..



Amira n Along Najihah







BBQ









Umi dan Along Najihah






Maghrib di Masjid Sultan Mizan.

















Sakinah, Umi dan Mak Su.







Enjoynya Swiming !






Hafiz, syukri farhan dan Ain.






KHAMIS (3 Dis 2009)
  • Petang - Ketibaan Mak Su dan famili. Abah jemput di tol Karak
  • Malam - Makan malam di rumah sambil berihat dan bemesra. Mak su keletihan kerana berjalan jauh.

JUMAAT (4 Dis 2009)

  • Pagi - Sarapan, Berihat dan bermesra rumah ( hehehe... umi ada mesyuarat pentadbiran di sekolah)
  • T/ hari - Makan tengah hari di rumah (Mak Su masak!)
  • Petang - menziarahi along di KISAS. (SPM tak habis lagi...huhu kesian along.)
  • Malam - BBQ di rumah. (Lam turut datang bertandang dan berkenalan dengan keluarga Mak Su)

SABTU (5 Dia 2009)

  • Pagi - bersarapan dan bersiap-siap ke KLIA ( pergi dengan ERL dari stesyen ERL transit Putrajaya)
  • T/Hari - Makan t/hari di KFC di KLIA. Solat zuhur di KLIA
  • Petang - Swiming di Komplek Kejiranan Putrajaya
  • Malam - Solat Maghrib di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, dan solat Isyak di Masjid Putra putrajaya. Makan malam di Taman Pertanian Putrajaya.

AHAD (6 DIS 2009)

  • Pagi - Joging di Taman Tasik Cempaka....
  • T/hari - Makan tengah hari di rumah.
  • petang - Mak Su dan famili bersiap-siap nak balik ke Jengka Pahang! Abah temankan sampai Stesyen LRT Sungai besi. (bimbang sesat)

Makan-makan di KLIA

Mak Su dan famili berangkat balik lebih kurang pukul 4.00 petang.... selepas Maghrib Mak Su masej dah nak sampai rumah. Alhamdulillah! terima Kasih Mak Su, Pak Su, Along Najihah, Hafiz dan Farhan kerana sudi bertamu ke rumah kami. TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU ADA KELAPANGAN DATANGANLAH LAGI! Akhir sekali farhan bertanya, Umi bila nak datang rumah Farhan pulak?.... InsyaAllah! Umi selalu datang rumah Farhan, Farhan je yang jarang datang rumah umi!




Berihat selepas joging


Wassalam........Sayonara!....


Thursday, December 3, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta


www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009

Hari Tasyrik - Antara hari yang diharamkan puasa!!...

"Na, bangun dah pukul 5 pagi", kejut suamiku.
Aku bingkas bangun.... selalunya aku bangun dahulu daripada suami.... tak tahu kenapa hari ini perlu dikejut baru aku terbangun...
"Along Biologi ada tiga paper ari ni", suami mengingatkanku.
"Kita sahur simple je la ye.. dah lewatni", aku mohon persetujuan suamiku.
"Takpe... rotipun cukup".

Aku beredar dari bilikku lantas mengejutkan Amira dan Syafiqah. Merekapun ingin berpuasa hari ini. Aku menyediakan juadah sahur ala kadar sahaja.... nak masak pastinya dah tak sempat kerana waktu imsyak sekarang awal. Hampir 5.20 suami dan anak-anak turun. Kami sahur bersama-sama. Seperti biasa waktu makan suamiku akan buka satu topik untuk dibincangkan. Pagi ini dia memulakan ceritanya dengan mengingatkan kami bahawa hari ini hari terakhir hari tasyrik!

"Betul ke bang?" tanyaku sekali lagi meminta kepastian.
Dia membilang hari semula, "Jumaat, 10 Zulhijjah so betullah hari ini 13 zulhijjah! masih hari Tasyrik," balas suamiku penuh keyakinan.
"Kalau macam tu hari ni hari yang diharamkan puasa!..." Balasku.
"Wah, kita breadfast awal la hari ni!" sambung Amira.
"Takpe nanti Iqah cek dalam buku," celah Iqah pula yang sedang menyuapkan roti ke dalam mulut...
"kalau macamtu baiklah umi solat tahajjud dulu". Aku meninggalkan meja makan lalu mengambil air wuduk.

Pagi itu along menelefon umi. Rutin biasa along kalau ada exam. Terutama paper yang along rasa sangat sukar. Maka restu umi perlu didengarinya dahulu sebagai penguat semangat sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Umi menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah awal pagi tadi. rupanya alongpun sama!....

"So, hari ini along periksa tapi umi dan abah tak boleh puasa.... Takpe nanti dalam solat Dhuha umi , umi akan buat solat hajat juga untuk along macam selalunya, InsyaAllah"

SEMOGA ALONG BOLEH JAWAB DENGAN BAIK DAN ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA UNTUK ALONG! AMIN

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Kepada semua umat muslim,



Kepada yang sedang menduduki SPM banyak-banyakkan bersabar.....

Monday, November 23, 2009

4 ALL MUSLIM !!!!!

cuma gambar hiasan


Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika bagItau pada 21-12-2012 planet X akan linTas kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba k ita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Sunday, November 22, 2009

Tanbighul Ghafilin (Peringatan kepada Orang Yang Lalai)

Salam,
Sebelum ana melangkah ke Pulau Pangkor, cikgu Linda telah membelikan ana sebuah buku yang sangat simple dan nipis sahaja.. Cara kebetulan ana memang sedang mencari-cari buku yang hendak ana bawa ke Pangkor. Dalam perkiraan ana biarlah buku itu nipis dan semestinya menarik serta memberi input kepada ana. Memang ana sedang membaca buku Yakjud dan Makjud , tetapi buku itu tidak sesuai di bawa ke mana-mana kerana agak tebal dan berat!

Walaupun buku ini nipis sahaja, iaitu 70 muka surat tetapi kandungannya sangat padat dan memberi suatu keinsafan kepada diri ana.... Bila dah mula membaca sukar hendak berhenti!.

Akhirul kalam, buku ini sebuah bahan bacaan yang amat sesuai dan berguna untuk semua. Semoga selepas membaca buku ini kita akan segera sedar tentang kelalaian kita dan segera bangkit daripada kelalaian tersebut. InsyaAllah.

Indahnya Pulau Pangkor


Teksi di Pulau Pangkor!
Peserta kursus bersedia hendak pulang


Bos PPD Petaling Perdana.

Pemandangan di Pulau Pangkor pada waktu awal pagi.




Nelayan yang baru pulang dari Laut, melabuhkan bot di pantai

Salam...
Pada 18 hingga 20 November lepas ana buat pertama kalinya telah menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor... Kalau dalam sevenofus ana antara yang agak terkemudian menjejakkan kaki ke pulau ini berbanding suami dan anak-anak. Tak kisahlah, akhirnya dapat juga ana sampai ke pulau ini. Seperti kebanyakan pulau yang ana pernah sampai memang pulau-pulau di Malaysia ini cantik-cantik. Anugerah Allah s.w.t ini masih terpelihara alam semulajadinya.

Mesyuarat kali ini memang padat!... Nak jejakkan kaki ke air lautpun tak sempat. Kami cuma perkesempatan ke bandar dalam sejam (5.30 hingga 6.30) pada hari kedua mesyuarat. So apa lagi "Touch n Go" je la...

Hari ketiga, selepas sarapan pagi kami sempat berjalan-jalan ke pantai sekejap sementara tunggu mesyuarat semula jam 8.00 pagi. Ingatkan boleh shoping masa balik rupa-rupanya pun tak sempat, habis mesyuarat kul 11.30, kul 1.00 mesti ada dalam feri dan kul 1.30 mesti dah ada dalam bas!... Bila ana cerita dengan suami tenang betapa padatnya program kami hingga tak ada peluang nak menghayati keindahan pulau Pangkor, suami kata, "kalau macam tu baik buat mesyuarat kat Shah Alam sahaja, tak payah penat jalan jauh-jauh, kena naik feri lagi!... "

Tak kisahlah yang penting ana dah pernah sampai ke pulau ni walaupun tak sempat ke mana-mana.

Awal pagi sebelum memulakan mesyuarat.

Tuesday, November 17, 2009

Monday, November 16, 2009

Kasih Ibu Tiada Nilainya

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayang Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang sama ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudaraterdekatmu."

Kasih ibu itu tiada taranya. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Jangan sampai ibu kita menyesal kerana melahirkan kita.