Followers

Sunday, May 9, 2010

Cerita Kampung lagi!

Salam alaik....

Setiap kali ada kesempatan dan kesesuaian umi pasti akan bercerita tentang kampung dalam kelas-kelas yang umi ajar.

Setiap kali ada kesempatan dan peluang umi pasti akan mengajak anak-anak murid umi datang bertandang ke kampung terutama semasa musim buah-buahan.... agar mereka tahu indahnya kampung...

Dan setiap kali ada kesempatan dan ruang umi pasti akan muatkan cerita tentang kampung yang sangat umi sayangi ini dalam blog umi untuk tatapan anak2 dan murid2 umi... umi ingin mereka tahu betapa indahnya suasana dan harmoninya tinggal di kampung....

Tentunya umi sebagai anak kampung yang lahir, membesar bersama alam , menimba ilmu di kampung tentu berasa bangga menjadi anak kampung. umi juga telah lama tinggal di bandar besar ini .. berkahwin juga dengan orang bandar tulin tapi kasih dan cinta umi tetap tumpah dan tak pernah berubah kepada kampung.... dan tentunya sehingga saat ini umi masih berhajat untuk menetap di kampung semula suatu hari nanti.....
Cuti hujung minggu... beserta Hari Ibu, umi ambil peluang ini bersama-sama ibu bapa dan keluarga tercinta... ramai pulak yang turut balik.. Kakak di Raub dan adik di Jengka 20... serta semua anak-anak abang. memang meriah!.. Ila yang kebetulan menghabiskan cuti semestarnya di rumah umi turut pulang ke kampung.

Sepupu sepapat sesekali berkumpul.... banyak cerita tentunya.

Syukri.. bakal pemain badminton negara belum sempat menjejakkan kaki ke rumah, terus ke gelanggang badminton

Tenang di kampung... ingin selalu di sini.
Ayah yang tak pernah duduk diam....petani moden. Sedang memproses rumput alfalfa untuk diberi kepada kambing!




Pengembala kambing..... dengan kambing-kambingnya....


Rumput alfalfa yang hidup sebur!... tenggelam pokok-pokok dukong!

Alhamdulillah.. buah-buahan dan ,mula berputik... durian, mangis.

Suatu hari Ain pernah berkata dalam perjalan balik daripada kampung...

"Adik bangga jadi cucu atok, atok adik kaya!..", kata ain.

"Atok tak kaya harta tapi atok kaya budi bahasa", kata umi membetulkan fahaman ain.

Macam mana ain bangga jadi cucu atok umi tentu lagi lebih bangga jadi anak atok!

"Ya Allah pelihara dan kasihilah kedua-dua ibu bapaku seperti mana mereka memelihara dan mengasihi aku sedari kecil. Amin."

Wassalam

Friday, May 7, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY



the Prophet s.a.w told us that we must obey Allah s.w.t & his Massenger at all time..But after that..who must we listen to and be close to?your mother!!..

- ekah-

Latihan Kebakaran SMKSI

Salam alaik...
Latihan Kebakaran Program Tahunan, cuma tahun lepas (2009). Saat akhir latihan tidak dapat dijalankan kerana semasa tarikh yang ditetapkan pihak bomba tidak dapat datang kerana kebakaran yang sebenar telah berlaku di tempat lain....

Maka tahun ini alhamdulillah pada 6 Mei 2010, jam 9.00 pagi, akhirnya latihan ini telah dapat diadakan dengan jayanya dengan bantuan pihak bomba yang sangat dedikasi. latihan ini memang telah dirahsiakan tarikh dan masanya daripada para pelajar..

pada tahun ini sedikit peningkatan, masa yang diambil oleh para pelajar dan para guru untuk turun berkumpul di padang lebih singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini mendapat pujian daripada pihak bomba! Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu ditingkatkan pada masa hadapan.


Cikgu Teo bersedia memadamkan api...

Anak-anak di Taska turut perlu di selamatkan!

Guru dan para pelajar ...

Latihan memadamkan api.....

Taklimat oleh pegawai bomba.....

Anggota bomba bersedia menyelamat...





Anggota bomba yang sangat dedikasi...

Pelajar yang terperangkap diselamatkan oleh anggota bomba

Semoga SMKSI sentiasa selamat daripada mara bahaya...

Monday, May 3, 2010

Usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara.



Usaha-usaha kerajaan meningkatkan mutu sukan Negara

  1. Membawa jurulatih sukan dari luar Negara.
    1. Yang ada belum mencukupi

§ sedikit sebanyak dapat mengetahui corak dan jenis latihan yang diterima oleh pihak lawan.

i. Cth: Luis Fellipe Scolari (bola sepak), Rexy Maniarky (Badminton)

    1. Dalam masa sama tidak boleh ketepikan jurulatih tempatan

§ Mempunyai pengalaman yang luas.

i. Cth : Misbun Sidek (badminton), Lee Chong Wei.

  1. Kesatuan sukan / Kementerian Belia dan Sukan menghantar para atlet ke luar Negara untuk belajar
    1. Menyertai kelab sukan luar Negara
    2. Atlit mendapat didikan terus dari luar Negara
    3. Mereka berpeluang melihat kegigihan atlet luar negara-menaikkan semangat

  1. Menganjurkan lebih banyak perlawanan persahabatan dengan negara luar
    1. ’curi’ kepakaran dan corak permainan
    2. Menguji kehebatan stratergi sedia ada

i. Cth : Air Asia dan Kementerian belia dan sukan telah menganjurkan perlawanan persahabatan (bola sepak) dengan Manchester United

  1. Sekolah sukan
    1. Bina di setiap negeri
    2. Didikan awal-biasa dengan suasana

i. Cth : Sekolah Sukan Bukit Jalil berjaya melahirkan ramai atlet yang berbakat seperti Daniel Bego (renang), Zakwan Adha, Aidil Zafuan (bola sepak), tan Boon Heong, Koo Kien Kiat (badminton)

  1. Khidmat pemain import
    1. Kutip pengalaman
    2. Menaikkan semangat pemain tempatan apabila melihat mereka bersemangat bermain untuk negara-sedangkan itu bukan negara mereka!

i. Cth : Marlon Alex James (bola sepak-kedah), Muhammadou Mustapha (bola sepak-kelantan), Phillemon Chipeta (bola sepak-Perlis)

  1. Cari bakat baru
    1. Gilap mereka sedari kecil.
    2. Pertandingan program realiti Tv

i. Cth : Soccer Kids (bola sepak), Jaguh (badminton)

  1. Memberi insentif kepada ahli sukan yang berjaya memenangi sebarang pingat dalam mana-mana kejohanan sukan dalam dan luar negara. Insentif boleh berupa wang ringgit mahupun bentuk lain.

Analisis Soalan Peribahasa SPM

SOALAN-SOALAN PERIBAHASA SPM 2004-2009

TAHUN

PERIBAHASA

NOVEMBER 2004

Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi

  1. bersatu teguh bercerai roboh.
  2. bagai tanduk diberkas.
  3. kalah jadi abu, menang jadi arang.

JUN 2005

Bina ayat

  1. seperti ikan pulang ke lubuk.
  2. muafakat membawa berkat.
  3. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

NOVEMBER 2005

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat

  1. berat mata yang memandanga, berat lagi bahu yang memikul.
  2. seperti burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
  3. ukur baju di badan sendiri.

JUN 2006

Isikan tempat kosong-petikan

  1. seperti ular kene palu.
  2. air dicincang tidak akan putus/ carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula juga.
  3. hendak seribu daya, tak hebdak seribu dalih.

NOVEMBER 2006

Isikan tempat kosong- dialog

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. usaha tangga kejayaan.
  3. alah bisa tengal biasa.

JUN 2007

Peribahasa yang sesuai dengan ayat

  1. seperti kacang lupakan kulit.
  2. ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki / hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  3. berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

NOVEMBER 2007

Nyatakan maksud peribahasa

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. bagaikan dakwat dengan kertas.
  3. seperti air dalam kolam.

JUN 2008

Nyatakan peribahasa berdasarkan maksud ayat

  1. durian runtuh.
  2. berani kerana benar.
  3. sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

NOV 2008

Tulis ayat berdasarkan peribahasa.

  1. bagai menatang minyak yang penuh
  2. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
  3. hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

JUN 2009

Berikan maksud peribahasa di bawah

  1. tiada rotan, akarpun berguna.
  2. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
  3. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

NOVEMBER 2009

Isi tempat kosong dalam dialog

  1. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
  2. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
  3. Jauh berjalan luas pemandangan.

Apa yang cikgu dapati peribahasa yang telah pernah keluar dalam SPM tidak akan keluar lagi untuk tahun berikutnya, kecuali pada SPM November 2006 dan November 2007. (Bahasa Jiwa Bangsa).

SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh,

Pn. Zalina bt. Darus

SMK Seri Indah,

Serdang.

Sunday, May 2, 2010

Shoping Kat Korea

Salam...
Amboi ! anak umi dua orang ni.... beranganlah nak gi shoping kat korea. inilah dia kalau suka sagat tengok cerita korea. Khususnya ekah yang kat Gopeng tu... balik je dari gopeng pastinya ada je cerita tentang "hal korea". Amira sampai dah hafal ayat-ayat yang akan dilafazkan oleh ekah!.. Wal hal masa bila lah dia tengok cerita Korea di asrama tu?


Cara kebetulan semasa bawa ekah outing semalam, singgahlah shoping ket TESCO gopeng je... tapi berangan shoping kat Korea! Sempat possing pulak tu!...


hehe.... ikah n along shoping kat Korea

Tapi yang paling seronok bagi umi dapat tengok bunga cantik-cantik....







salam daripada,

REVIVING THE ISLAMIC SPIRIT (RIS)


Reviving the Islamic Spirit is an annual Islamic conference typically held during the winter holiday season in Toronto, Ontario, Canada.

The first conference was held in 2003, and has since become one of North America's largest Islamic conferences, rivaling the ISNA convention in the United States. The conference has grown from 3,500 attendees in its first year to over 15,000 in 2006, making it the largest Islamic conference in Canada.[1] Since RIS 3, conferences have generally been structured around a specific central theme, which have included the life of the prophet Muhammad, Canadian-Muslim identity, and Islamic civilization. While criticism of the event is seen from both anti-Islamist observers and fundamentalist Muslims, organizers maintain that the event as an attempt to revive Islamic traditions of education, tolerance, and introspection.[2] In May 2010, the RIS series will come to the United States for its first conference to be held in Long Beach, California.http://www.longbeachcc.com/events/may.htm http://www.revivingtheislamicspirit.com/


SPEAKER

Each year distinguished scholars from different parts of the world come to the conference to share their knowledge and wisdom through a series of lectures. Three scholars have made an appearance at the conference every year since the start of RIS: Imam Zaid Shakir, Sheikh Hamza Yusuf, and Tariq Suwaidan. Other notable speakers who have appeared over the years include:



PERSONALITI BULAN MEI


• Keras hati dan degil

• Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

• Pemikiran yang tajam

• Mudah marah apabila tidak dikawal

• Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

• Perasaan yang mendalam

• Cantik dari segi fizikal dan mental

• Tidak perlu dimotivasikan

• Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

• Mudah dipujuk

• Bersikap sistematik

• Suka berangan

• Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang
lain

• Mudah diserang penyakit pada telinga kiri dan kanan

• Daya khayalan yang tinggi

• Pemikiran yang tajam

• Pandai berdebat

• Fizikal yang baik

• Kelemahan pada system penafasan

• Suka sastera, melancong seni dan muzik

• Tidak beberapa suka duduk di rumah

• Rajin dan bersemangat tinggi

• Agak boros (hahahhaa….yg ni paling tepat!! )

Saturday, May 1, 2010

Resepi kuih Seri Muka

Nak kata teror sangat tak la juga. Resepi ini umi ambil daripada Kak Midah. Kawan Umi semasa pergi Mekah dahulu. Dah banyak kali cuba. dan dah pernah bawa untuk pot luk di sekolah. Ramai yang kata sedap dan nak kan resepinya. Sooo, umi letaklah resepinya di sini...

Untuk dulang 26 cm...
Bahan-bahannya;
setengah kilo pulut
3 cawan santan pekat
5 helai daun pandan / pewarna hijau
setengah cawan tepung gandum
setengah cawan tepung jagung
3 biji telur
1 setengah cawan gula (sesedap rasa)
sedikit garam.

cara-cara.
rendam pulut sekurang-kurannya setengah jam.
kukus pulut dengan santan cair (paras air dengan santan sama atau lebih sedikit sahaja)
setelah kukus 20 minit - 25 minit, biarkan sejuk. Seterusnya mampat dan ratakan.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, telur, pewarna hujau dan gula. Kacau, kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati, masukkan sedikit garam dan tapis.
Setelah itu panaskan sehingga likat.

Setelah itu curahkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
Lalu kukus semula 20 hingga 25 minit... InsyaAllah jadi.

Setelah bancuh ramuan serikaya nya... kenalah kacau/masak dahulu di atas dapur!..

pulut yang dimampatkan... sebelum curahkan serikaya hijau! (betul ke istilah tu?)

Kenalah kukus....

Seri Muka yang dah siap. gambar yang dah siap potong blum ada lagi sebab baru ju masak tadi.... ingat nak bawa untuk Ikah kat Gopeng dan kawan-kawan Ya esok siang.

SELAMAT MENCUBA!

KALAU SEDAP BERI TAHU KAWAN-KAWAN, KALAU TAK SEDAP BERI TAHU UMI!... HEHEHE.... (mungkin ada tersilap menu di mana-mana)

Umi tahu ada orang tu suka sangat kuih ni... tapi masa dia masukkan cerita tentang kuih ni dalam blog dia, Seri Muka nya tak berapa menjadi! Lepas ni buat sendiri!...