

















cenderahati ku....
Wassalam

Inilah "kek Fatihah". TQ.... boleh oder kalau teringin
Tapi apa yang lebih penting, yang ingin aku kisahkan di sini ialah tentang sepucuk surat. Di celah-celah longgokkan hadiah hari guru di atas mejaku terselit sepucuk surat tanpa nama. Aku tidak membukanya sehingga aku meminta kepastian daripada Amirah anakku ”surat siapakah ini?”. Bimbang jugak bukan untukku. Tapi akhirnya kubuka juga dengan hujah, terletak di atas mejaku, maka pastinya aku yang punya. Ya. Memang untukku!..
Bait-bait ayatnya aku baca… dua muka surat penuh. Ayatnya biasa-biasa sahaja. Aku tahu bukan dari pelajar yang mahir berbahasa. Namun, ucapanya telus, dan berterus terang... di akhir suratnya tertulis, “Daripada, Pelajar Rahsia.” Aku menyimpannya.
Usai beberapa ketika... dalam keadaan yang lebih selesa dan tenteram dari kebisingan di bilikku, surat itu aku buka semula. Aku meneliti semula baris kata-katanya. Menitis dan berderai air mataku.... Kuulang baca berkali-kali bukan kerana seronok dipuji tetapi kerana menyesali malangnya pelajar ini.... bait kata-katanya kuamati....
”seumur hidup saya di sekolah saya tak pernah dilayan baik...”
Benar-benar menguris jiwa guruku, Terpacol soalan ”Siapakah guru-gurunya selama ini?” Aku turus meneliti ayatnya lagi,
“Saya tak suka belajar sebab cikgu-cikgu dulu tak pernah ambil berat pasal saya...”
Kata-kata ini membuatkan saya malu menjadi seorang guru... ayat-ayat tersebut aku ‘hilightkan’ sebagai ingatan supaya aku tak menjadi antara guru yang dimaksudkan!..
Itulah kita.... minta dihormati, diingati, dan disanjung, terlalu ghairah menyambut hari guru... tapi pernahkah kita memuhasabah diri dan memikirkan ikhlaskah kita selama ini mendidik anak-anak murid kita?. Pernahkah terlintas dipemikiran kita bahawa ada anak didik kita yang keciwa dan putus asa dengan gurunya.... begitu culasnya kita!... yang cuai dan lalai dengan tanggungjawab kita.
Warkah tersebut menjadikan aku insaf tentang tugas guru.... Ada kalanya kita terlalu memberi lebih ruang kepada pelajar yang pintar hingga terlupa kepada pelajar yang lemah. Sedangkan mereka juga ada cita-cita dan keinginan untuk berjaya. Merekalah sebenarnya yang lebih memerlukan bimbingan dan mahu dibelai jiwanya...
Walaupun cikgu masih belum dapat mengesan pelajar rahsia ini tetapi cikgu berjanji untuk menebus kembali kesilapan cikgu-cikgu mu dahulu.
Nasihat cikgu untukmu pelajarku.... Jadilah kita seperti kura-kura dalam ‘perlumbaan kedua’.. kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalan itu terlalu jauh baginya sebab memang jauh. Jika dekat masakan arnab tertidur di tengah perjalanan. Walaupun begitu kura-kura mencuba juga. Kura-kura tetap terus berusaha meneruskan perjalanan walaupun dia tidak nampak arnab di hadapan. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi kerana tetap menyahut cabaran arnab dan tak mahu dihina. Mungkin inilah padanan hidup kita.... yang akhirnya kura-kura tetap berjaya menjadi JUARA!
Seperti permintaanmu memohon cikgu mendoakan kejayaanmu... pastinya tak akan pernah cikgu lupakan. InsyaAllah.
Wahai murid-muridku... kaulah inpirasi kerjayaku, memberiku ilham dan suntikan semangat ....untuk menjadi guru yang lebih baik!
Wassalam














