Setiap kali melalui hari guru pasti pelbagai perasan dirasa tak kurang juga pelbagai pengalaman baru di tempoh. Walaupun telah himpir 20 tahun aku menggalas tugas guru, namun pengalam baru yang mengusik jiwa guru pasti kurasa setiap kali datangnya hari guru.
Jika hari guru tahun lalu 2009, jiwaku terusik bila bekas pelajar ku Athirah dan pasukannya datang dengan sebiji kek ke Seri Indah untuk meraikanku… tahun ini lain pula ceritanya.
Semalam ketika aku, suami dan anak-anak sedang asyik megadap makan malam (walaupun petang sebenarnya) kami dikejutkan dengan bunyi loceng. Rupanya seorang ibu yang memang amat kukenali datang membawa bingkisan dan pesan.
“Nak sampaikan pesan dan bingkisan daripada Fatihah ni”, katanya ingin segera pulang untuk masak makan malam .
Rupanya sekotak ’cup cake’ yang sangat berwarna warni dan menarik. Anak-anakku menerimanya dengan rasa gembira... perasaan terharuku menyelubungi kalbu.. Tak pernah kupinta sebegini rupa. Terima kasih Fatihah... Aku latas mengirimkan SMS terima kasihku... rupanya kek itu buatannya sendiri. Sungguh bermakna.
Inilah "kek Fatihah". TQ.... boleh oder kalau teringin
Tapi apa yang lebih penting, yang ingin aku kisahkan di sini ialah tentang sepucuk surat. Di celah-celah longgokkan hadiah hari guru di atas mejaku terselit sepucuk surat tanpa nama. Aku tidak membukanya sehingga aku meminta kepastian daripada Amirah anakku ”surat siapakah ini?”. Bimbang jugak bukan untukku. Tapi akhirnya kubuka juga dengan hujah, terletak di atas mejaku, maka pastinya aku yang punya. Ya. Memang untukku!..
Bait-bait ayatnya aku baca… dua muka surat penuh. Ayatnya biasa-biasa sahaja. Aku tahu bukan dari pelajar yang mahir berbahasa. Namun, ucapanya telus, dan berterus terang... di akhir suratnya tertulis, “Daripada, Pelajar Rahsia.” Aku menyimpannya.
Usai beberapa ketika... dalam keadaan yang lebih selesa dan tenteram dari kebisingan di bilikku, surat itu aku buka semula. Aku meneliti semula baris kata-katanya. Menitis dan berderai air mataku.... Kuulang baca berkali-kali bukan kerana seronok dipuji tetapi kerana menyesali malangnya pelajar ini.... bait kata-katanya kuamati....
”seumur hidup saya di sekolah saya tak pernah dilayan baik...”
Benar-benar menguris jiwa guruku, Terpacol soalan ”Siapakah guru-gurunya selama ini?” Aku turus meneliti ayatnya lagi,
“Saya tak suka belajar sebab cikgu-cikgu dulu tak pernah ambil berat pasal saya...”
Kata-kata ini membuatkan saya malu menjadi seorang guru... ayat-ayat tersebut aku ‘hilightkan’ sebagai ingatan supaya aku tak menjadi antara guru yang dimaksudkan!..
Itulah kita.... minta dihormati, diingati, dan disanjung, terlalu ghairah menyambut hari guru... tapi pernahkah kita memuhasabah diri dan memikirkan ikhlaskah kita selama ini mendidik anak-anak murid kita?. Pernahkah terlintas dipemikiran kita bahawa ada anak didik kita yang keciwa dan putus asa dengan gurunya.... begitu culasnya kita!... yang cuai dan lalai dengan tanggungjawab kita.
Warkah tersebut menjadikan aku insaf tentang tugas guru.... Ada kalanya kita terlalu memberi lebih ruang kepada pelajar yang pintar hingga terlupa kepada pelajar yang lemah. Sedangkan mereka juga ada cita-cita dan keinginan untuk berjaya. Merekalah sebenarnya yang lebih memerlukan bimbingan dan mahu dibelai jiwanya...
Walaupun cikgu masih belum dapat mengesan pelajar rahsia ini tetapi cikgu berjanji untuk menebus kembali kesilapan cikgu-cikgu mu dahulu.
Nasihat cikgu untukmu pelajarku.... Jadilah kita seperti kura-kura dalam ‘perlumbaan kedua’.. kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalan itu terlalu jauh baginya sebab memang jauh. Jika dekat masakan arnab tertidur di tengah perjalanan. Walaupun begitu kura-kura mencuba juga. Kura-kura tetap terus berusaha meneruskan perjalanan walaupun dia tidak nampak arnab di hadapan. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi kerana tetap menyahut cabaran arnab dan tak mahu dihina. Mungkin inilah padanan hidup kita.... yang akhirnya kura-kura tetap berjaya menjadi JUARA!
Seperti permintaanmu memohon cikgu mendoakan kejayaanmu... pastinya tak akan pernah cikgu lupakan. InsyaAllah.
Wahai murid-muridku... kaulah inpirasi kerjayaku, memberiku ilham dan suntikan semangat ....untuk menjadi guru yang lebih baik!
Wassalam
No comments:
Post a Comment