PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. iaitu ketika rupa bukan lagi menjadi suatu faktor penyeri mata.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.kerana kebanyakkan yang anda sekadar dengar itu belum pasti kesahihannya.
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
(yang ini saya kurang pasti apa kebenarannya...berkemungkinan penulis bermaksud pentingnye mengenali pasangan terutamanya berkaitan hal agamanya sebelum mengambil kata putus untuk bertunang dan seterusnya menikahinya)
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
erm..malas nak commen banyak2 pasal ni.sbb masing-masing ade cara tersendiri Allah temukan dengan jodohnya. saya pun belum ade pengalaman.tapi macammana sekalipun...saya percaya cinta pandang pertama orang beriman dan orang yang kurang beriman itu tentunye berbeza.baiki diri dahulu, kerana itulah yang terbaik
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang( yang dibenarkan syarak) dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian atau marah, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
===sakinah====
Satu lagi nasihat umi.... hidup kena bijak menilai. Tak semua nasihat itu betul. Boleh dengar tapi tak semestinya ikut.
ReplyDeleteumi.