Followers

Saturday, May 15, 2010

Rewang Hari Guru

Salam Alaik

Sempena Hari guru yang akan disambut pada 16 Mei, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan satu Gotong-royong Perdana di semua sekolah di negara ini pada 15 Mei 2010. Walaupun cadangan/arahan ini telah menimbulkan pelbagai kontrovesi dalam kalangan guru namun guru-guru di SMK Seri Indah dengan senang hati, semangat ukhuwah dan kerja sama meneruskan program ini dengan pelbagai aktiviti.
Di samping bergotong-royong membersihkan dan menceriakan sekolah Kelab Guru telah mengadakan satu gotong-royong masak memasak bagi menjamu guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang hadir pada hari gotong -royong tersebut...
Alhamdulillah rezeki guru agaknya ada sahaja individu yang telah sudi mensponser bahan-bahan mentah yang hendak di masak pada hari tersebut. Antara yang disponser ialah seekor kambing, 50 ekor ayam, berekor-ekor ikan tenggiri di samping kemudahan memasak dan bahan-bahan utama untuk memasak.. manakala rempah ratus dan keperluan yang kecil-kecil guru-guru telah bermurah hati membawa apa yang perlu...

Menempel dengan pengetua yang turut turun padang....


membantu marenade ayam..

Aktiviti rewang.... guru-guru pelatih yang sangat rajin membantu.

Marinade ayam... umi sebagai ketua. Tak tahulah jadi ayam apa esok!..


Cikgu Aziz dan Cikgu Nizam yang kuat kederatnya turut membantu..



Sambil tu sembang-sembang ilmiah.... hehehe, Subhi penuh perasaan.


Semangat seperti ini memang sangat dikagumi di SMKSI. Tahniah guru-guru ... dengan sokongan pentadbir juga. Semoga hasrat kita mendidik dan membentuk anak bangsa menjdi lebih mudah dengan semangat kerjasama seperti ini.

"Ya Allah satukan hati-hati kami dalam Ukhuwah serta istiqamah untuk memikul beban dakwah-Mu"


No comments:

Post a Comment