Followers

Monday, May 17, 2010

Doa Hari Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabat dan anbiak

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Sattar, Ya Fa’alullima yurid,

Ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, sekalian muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru kurniakan kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongakan hati kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata.

Ya Allah, Ya Mudabbiral amri

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar engkau anugerahkan kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri, kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar kami di arena pendidikan perdana.

Berikan jua kami kesihatan yang baik, akal fikiran yang tajam, semangat yang iltizam serta istiqamah dalam perjuangan membina anak bangsa tercinta.

Ya Allah, Ya Mukawwiral laili wan nahar.

No comments:

Post a Comment