Followers

Monday, October 5, 2009

Happy Belated Birthday Pn Haslina

Maaf ye.....


Sunday, October 4, 2009

LADAP 5

Inilah tugas guru..... cutipun kena gi kursus. Redha je. Demi anak bangsa, kenalah berlapang dada.

Mood raya masih kuat. Sabtu minggu pertama sepatutnya kakitangan kerajaan berihat di rumah sahaja... Kena gi kursus pulak. Nak kata ape... Nak ikut mood memang tak berapa nak ade. Suami pulak gi out station. Kuatkan jugakla semangat. Penceramahnya pulak sangat penulis kenal. Kawan sama sekolah masa di Gombak Setia dulu. Walaupun tak berapa rapat tapi baik jugak la. Satu yang penulis paling ingat tentang dia, dia pernah tolong penulis carikan gong (alat muzik tradisional) untuk kegunaan Majlis Perasmian Bulan Bahasa Melayu. Terima kasih En Dawi.

Ceramahnya memang menarik. Guru-guru yang hadir sebelum ni takde mood macam penulis jugak, akhirnya nampak seronok dan gelak ketawa. Penulis biasa sahaja sebab dah pernah dengar ceramah yang sama oleh orang yang sama sebelumnya. Isupun sama, Masalah Desiplin Pelajar. Sesekali tu senyum jugakla. Nanti apa pulak kata En Dawi. Dah dia mention nama kita sebagai rakan sejawatnya pada awal ceramahnya. Tapi nak wat camne... sorila.... takleh nak fokus sangat. Tak mengantukpun cuma takde mood!..

Satu je yang penulis paling ingat tentang kata penceramah. "kALAU KITA TERLALU BERTOLAK ANSUR, KITA AKAN DITOLAK BERANSUR-ANSUR, KALAU KTA TERLALU BEKERJASAMA, KITA AKAN DIKERJAKAN BERSAMA-SAMA".... Penulis no comment... fikirlah sendiri, nak menerima atau sebaliknya.


Akhirnya, pengetua sangat bermurah hati mengizinkan kami pulang awal daripada masa yang sepatutnya iaitu pukul 3 petang. Sebaik je lepas zuhur semuanya dibenarkan balik... huhu.. yang pastinya penulislah antara kalangan pentadbir yang balik paling awal. Tak kisahla nak kata ape.... Sori kak Ty tak tolong susun kerusi meja. Penat sangat.Penat Solat Hajatpun belum relise lagi. Balik rumah nak tido puas-puas... akhirnya, satu opend house pun tak pergi....

Birthday Anak Bongsu Umi

Ain genap 8 tahun pada 29 September 2009.
Kecoh bagai nak Rak!
celebrate potong kek je...
along dan angan jangan jelous tau!





Abah sedang berbuka puasa enam... hari akhir!

Saturday, October 3, 2009

Gambar raya lagi!....


Umi dan Wan menyiang daging untuk rendang

Umi dan Mak Lang menghias rumah.



Di rumah Tuk di Chenor.


Dengan sepupu sepapat di Gemas N9
Umi, Mak Su, Mak Lang dan Tuk Acik Di Gemas.

Gambar Berbuka Puasa Di Masjid Sultan Mizan

Hehe baru ni berkesempatan nak letak gambar berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya. Cuti nuzul Quran (17 Ramadhan) memberi kami peluang dan ruang untuk berbuka puasa di Masjid yang baru dibuka. Sesuatu pengalam yang sangat berbeza dengan berbuka di rumah.


Pemandangan dari dalam masjid.




Bersantai tunggu abah....








InsyaAllah nanti datang lagi...
dengan Along dan Alang pulak.

Thursday, October 1, 2009

Ramainya Datang Solat Hajat!

Alhamdulillah, terubat segala penat lelah menguruskan Program Solat Hajat untuk SPM dan PMR 2009 kerana ramainya ibu bapa yang hadir. Sehingga ada sebahagian yang terpaksa solat maghrib di surau dan sebahagian lagi di dewan. Majlis pula berjalan dengan lancar tanpa ada masalah serius. Pelajar pula nampak sangat gembira datang dengan baju raya masing-masing kerana hari ini baru 12 Syawal.

Mula-mula tu bimbang jugak kalau makanan tak mencukupi, tapi tindakan menambah lagi bilangan makanan pada saat-saat akhir tengah hari tadi memang wajar, walaupun mula-mula pihak kantin menyatakan kerisauan bimbang makanan berlebihan... Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk tambah jumlah makanan.

Jutaan kesyukuran, Allah permudahkan segala urusan, walaupun cuma bersedia dalam beberapa hari sahaja kerana cuti raya. Terima kasih semua guru yang sangat membantu. Tidak tersebut nama guru-guru di sini, baik yang menyumbangkan tenaga mahupun wang ringgit. Para pelajar yang hadir dengan ceria dan bergaya mengharapkan kurnia Ilahi agar mendapat kejayaan cemerlang. Kasih sayang ibu bapa yang sanggup mengorban masa yang sangat berharga sehingga sanggup datang memberi motivasi kepada anak-anak yang akan memduduki peperiksaan. Tidak lupa kepada penceramah, yang memang berkesan dan bersahaja serta memahami situasi di sekolah.

Satu yang penulis nampak, semenjak menguruskan segala program sekolah berbentuk keagamaan, Allah menampakkan kepada penulis banyak kekuasaan-Nya. Adakalanya tak terduga oleh akal pemikiran biasa. MasyaAllah, Alhamdulillah!. Hal ini memberi semacam inspirasi dan semangat kepada penulis untuk terus melaksanakan program demi menegakkan syiar-Mu di bumi Allah ini. InsyaAllah. Segalanya dengan izin dan kurnia-Mu jua ya Allah. Semoga Allah terus memudahkan segala urusan dan memberi petunjuk-Nya dalam melancarkan segala program yang dirancang.

Karangan Contoh: Semangat Patriotik

BAHAGIAN B: Soalan 4 (Percubaan SPM)

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Karangan dipetik dengan pengubahsuaian daripada,

Hew En Yi
Tingkatan 5IK1 (2009)
Sek. Men. Keb. Seri Indah

Markah 83% Cemerlang Bawah

Karangan Contoh: Kesan Pemanasan Global



Bahagian B: Soalan 4 ( Percubaan SPM)


Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.


Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.


Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.


Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.


Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.


Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.


Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.


Karangan dipetik dengan pengubahsuaian daripada karangan,

Massarah binti Sharif,

Tingkatan 5 Sains,

Sek. Men. Keb. Seri Indah.

Markah 82/100 - Cemerlang Bawah


Wednesday, September 30, 2009

abah yg RAJIN! [PELIK PENUH HAIRAN]

pada,

hari Rabu,
30 september 2009,
pukol 9.00 malam,

abah: [yg baru abes tgk buletin utama]
amira,kain[dah basuh] dalam washing machine tu.

amirah: [Ya tgh buat lab report yg da lme t'tangguh]hah?

abah: umi asked you to sidai kan?

amirah: huh? xde pun, umi suroh angkat kain je td

abah: abes tu x kan nk bia sampai pagi esok?
kain kotor banyak nak latak mane?

amirah: letak je dlm bakul kat tepi washing machine 2.

abah: ha. x pe la


Agak2 pukol 9.15;
abah kuar darr tempat sidai kaen.
then, Ya pegi kt washing machine sbb nk ltk bju kotor.tibe2..

amirah: [dn muke pelik penuh hairan]
hah?bju dah tersidai la..
washing machine suda kosong!
wah rajennye abah!

hahahhaha.
-TQ ABAH SBB SIDAI BAJU!-

Karangan Contoh Percubaan SPM: Amalan Rumah Terbuka






Pelbagai kaum sedang menikmati hidangan ketika menghadiri rumah terbuka.



Karangan Bahagian A:

Marcapada kini penduduk Malaysia telah sekian lama mengetahui amalan rumah terbuka dalam kalangan masyarakat sering dilakukan terutama sekali pada musim-musim perayaan. Rumah terbuka sering diadakan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, atau lebih dikenali masyarakat majmuk.

Amalan rumah terbuka sering diadakan kerana pelbagai perayaan yang wujud di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia, hal ini dapat mengeratkan ikatan yang sedia terjalin. Selain itu, dengan slogan Perdana Menteri kita, "Satu Malaysia" hal ini amat sinonim sekali untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Selain itu, amalan rumah terbuka dapat menyuburkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga. Kesibukan bekerja adakalanya kita tidak mengenali jiran tetangga, maka inilah ruang dan peluangnya kita mengenali mereka. Di samping itu amalan tolong-menolong,dan bergotong-royong dapat disuburkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hal ini sangat perlu, kerana bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai kita roboh.

Selain itu,dengan adanya rumah terbuka, kita dapat melihat dan merasai kepalbagaian aneka masakan yang disajikan kepada tetamu. Kita juga dapat melihat keunikkan adat dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu kaum. Adat dan budaya ini masih dipertahankan dan menjadi pegangan dan amalan kepada setiap kaum di negara kita. Bagi mereka, biar mati anak, jangan mati adat.Kepelbagaian adat dan budaya serta amalan pelbagai kaum di negara kita menjadi satu daya tarikan kepada masyarakat luar, khususnya para pelancong.

Pada pendapat saya, amalan rumah terbuka banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat kita. Oleh itu amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini perlu supaya amalan yang baik ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Dipetik dengan pengubahsuaian daripada karangan,

Norwahyuni binti Mohd Yusuf
Tingkatan 5 IK 1
Sek. Men. Keb. Seri Indah.

Markah: 26/30 - Cemerlang bawah.