Followers

Sunday, April 10, 2011

Persembahan Nasyid dan Drama Tun Fatimah

Sekadar nak beri penghargaan kepada kumpulan Nasyid Sekolah yang berjaya bertanding sehinga peringkat daerah... Walaupun tidak berjaya melangkah jauh tetapi kumpulan nasyid yang di bawah bimbingan ustazah Aisah Ismail ini sangat gigih dan dedikasi berlatih... cikgu kagum dengan semangat kalian cuma nasib yang tidak menyebelahi kita. Kitapun kena akur sekolah-sekolah di daerah petaling ni memang hebat-hebat...


Tak lupa juga sekalung penghargaan dan tahniah kepada kumpulan drama bahasa Inggeris yang telah memantaskan sebuah drama sejarah yang sangat hebat dan menarik. Kumpulan drama yang di bawah bimbingan cikgu Marfuzah ni memang hebat kerana para pelakonnya hanya pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sesi petang. Tapi jurulatihnya pun memang hebat. Pasangan suami isteri yang memang Artis terkenal gak. Yang cikgu ingat nama adik dia je.. Ana Rafali. Abang ana Rafali. Isterinya cikgu tak ingat tapi artis jugak. Kebetulan, kakak kepada cikgu Marfuzah. So nak jadi cerita... panjang nak cerita sebenarnya.. tapi dipendekkan cerita cukuplah sampai di sini sahaja... nanti jadi cerita lain pulak. 
jurulatih profesional yang melatih kumpulan drama Tun Fatimah
dan pentadbir



Akhirnya, pelajar yang jumlahnya tak seberapa, lumrah biasa jika bersekolah pada hari sabtu, amat terhibur dengan dua persembahan hebat iaitu persembahan drama Tun Fatimah dan persembahan kumpulan nasyid. Selepas tu.. tengah harinya cikgu-cikgu dijamu pula oleh AAG!


1 comment:

  1. Terima kasih. Setelah setahun, terjumpa blog ini. Nama saya SHAHRIZA MAHMUD pelakon Pendekar, Spektra dan sebagainya sejak 1986. Nama suami saya SADDIQ RAFFALI. Tentu semua sudah maklum, Alhamdulillah tahun ini 2012 kita telah melangkah kehadapan dgn menjadi Johan peringkat zon dan daerah bagi drama MELAKA 1511. Doakan kemenangan juga bagi peringkat negeri yang akan berlangsung pada 10 April 2012 di Sekolah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam...walaupun terpaksa bertarung dengan 10 daerah yang hebat-hebat belaka termasuk sekolah sains sendiri...

    ps: Nama adik saya MARHAFIZA MAHMUD bukan MARFUZAH.. ;)

    Jemput ke fb saya:
    http://www.facebook.com/shahrizamahmud

    ReplyDelete