Followers
Monday, April 29, 2013
Monday, November 8, 2010
1 Dzulhijjah
Thursday, July 8, 2010
HIKMAH SUJUD

- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
- Meringankan bahagian PELVIS.
- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..
Friday, March 5, 2010
TEKNIK BELAJAR: GUNAKAN MASA YANG SINGKAT

Alhamdulillah, cikgu terjumpa bahan yang berkaitan kaedah belajar dan juga untuk mempertingkat daya ingatan. Insya Allah, semoga ilmu ini bermanfaat bagi kita untuk menghafaz ayat al-Quran dan pelajaran yang lain.
kadang-kadang kita mungkin berpendapat bahawa jika semakin banyak masa yang digunakan untuk terus menerus membaca atau belajar, maka semakin banyak input yang dapat kita terima.
Namun begitu, pendapat sedemikian adalah tidak begitu tepat. Ahli motivasi menyatakan bahawa masa singkat yang digunakan untuk tujuan belajar adalah lebih produktif.
Peruntukkan masa yang pendek/sekejap bagi setiap sesi belajar atau ulang kaji kita. Kajian yang dilakukan mendapati tempoh belajar yang optimum adalah antara 25 minit hingga 30 minit bagi satu sesi, dengan lima minit rehat di antaranya.
Masa belajar keseluruhannya sebaik-baiknya tidak melebihi dua jam. Jika lebih daripada tempoh dua jam tersebut, susah bagi kita untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan.
Kesannya, kita tidak dapat mempelajari banyak perkara walaupun kita kelihatan menghabiskan banyak masa untuk belajar. Sebagai contoh, jika kita ada masa dua jam untuk belajar, kita boleh membahagikan masa tersebut kepada empat sesi setengah jam ( 4 x 30 minit ).
Dalam sesi pertama, kita boleh belajar Sejarah, kemudian kita boleh buat latihan Matematik dalam separuh masa kedua. Dalam sesi ketiga, kita boleh buat latihan menulis dan pada akhirnya kita boleh mempelajari bahasa Arab.
Keempat-empat subjek yang disebut sebentar tadi adalah sekadar contoh sahaja. Kita boleh menyesuaikan dengan keperluan dan suasana pembelajaran kita.
Antara faedah yang dapat diperoleh daripada kaedah ini ialah minda kita tidak menjadi bosan. Pada masa yang sama, kita sebenarnya merangsang semua jenis kebijaksanaan yang kita ada.
Selepas kita belajar selama dua jam, adalah patut bagi kita untuk berehat selama setengah jam sebelum menyambung uji kaji.
Rujukan: Teknik Belajar, Abdul Aziz U. Chulan, FOKUS SPM Januari 2006.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
Sunday, February 21, 2010
Senarai 40 individu terkaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:
- Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
- Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
- Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
- Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
- Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
- Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
- Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
- Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
- Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.
Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.
beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. [2] Info dipetik daripada dua sumber;Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.
Friday, September 25, 2009
10sion

