Followers

Thursday, July 8, 2010

HIKMAH SUJUD

salam alaik.....

solatlah kita sebelum kita disolatkan...

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah swt. Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bernaksud:" Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..."

Sujud tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan antaranya....

  • Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
  • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan...

  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
  • Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS.
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur .
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukkan (obesity).
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..
Allahuakbar!... Allah tidak akan jadi sesuatu itu dengan sia-sia.. kita sahaja yang tidak mengetahuinya...selamat beramal.

Wassalam

Rujukan: SOLUSI Isu 18.

No comments:

Post a Comment