Followers

Friday, July 2, 2010

JULAI: BULAN MEMBACA

Salam alaik...
Julai ialah bulan membaca Kebangsaan. Masyarakat yang maju akan dikaitkan dengan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca. Dengan lain perkataan membaca menjadi cara hidup masyarakat maju.

Kita lihat dalam masyarakat kita, membaca masih belum menjadi darah daging atau budaya. Amat jarang kita lihat rakyat negara ini membaca di tempat-tempat awam seperti di perhentian bas, sambil menunggu giliran berjumpa doktor atau sebagainya! memandangkan hal ini maka Bulan Membaca yang telah diadakan lebih seabad lamanya di negara kita masih perlu diteruskan demi menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita.

Budaya membaca amat senonim dengan budaya ilmu, justeru jika kita ingin mewujudkan budaya ilmu dalam masyarakat kita maka budaya membaca haruslah berakar umbi dalam masyarakat kita.
Umat Islam sendiri seharusnya mengambil iktibar betapa Islam sendiri amat menitikberatkan umatnya supaya membaca. Hal ini terbukti apabila ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ialah Iqrak! iaitu bacalah...

SELAMAT MEMBACA. membaca jambatan ilmu.

No comments:

Post a Comment