Followers

Tuesday, July 6, 2010

Kesan Sujud Kepada Jiwa.



Salam alaik...

"Sujud seseorang kepada Allah Taala menghakis sifat sombong, takabbur dan bongkak"

Pernahkah kita melihat seseorang sujud terlalu lama ?Jauh dalam fikiran , mungkin ada berfikir bahawa sujud lama akan menyebabkan seseorang pening kepala. Namun , syariat Islam pasti ada matlamat mengapa disyariatkan ibadah sujud.....

Ketahuilah bahawa sujud adalah gerakan terbaik dalam solat. Cuba kita bayangkan wajah manusia yang berbagai darjat dan keturunan tiba-tiba direbahkan ke atas lantai setaraf dengan tempat kaki memijak.... Bayangkan ia merupakan sifat ubudiyyah yang tinggi di hadapan Allah...


Di dalam Islam ada beberapa jenis sujud. Ada sujud dalam solat, ada sujud syukur dan sujud tilawah...mengapa Allah sbt mensyariatkan sujud... Ia adalah sebagai tanda ibadat kepada Allah.


KELEBIHAN SUJUD

1. Sujud Memberi Ketenangan Jiwa

Kita sebagai manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Orang mukmin berhajat kepada satu ketenangan jiwa dalam menghadapai ujian yang sering mendatang dalam hidup mereka.Kekuatan jiwa ini terkandung dalam gerakan sujud kita kepada Allah sbt. Hanya mereka yang menghayti hakukat sujud dapat memahami maksud ketengan jiwa.

2. Sujud Penghapus Sunyi
Sujud dapat menghapuskan rasa keseorangan dalam diri. Nabi saw bersabda " sedekat-dekat hamba dengan TuhanNya adalah ketika ia bersujud", maka perbanyakkan lah doa semasa bersujud".( riwayat Muslim )

3. Sujud Sebagai Tanda Syukur.

Dan apabila Baginda Rasulullah saw di datangi berita baik dan gembira, baginda akan sujud Syukur kepada Allah sbt.(riwayat Abu Daud)

Jelas menunjukkan Sujud sangat disanjung tinggi dalam Islam. perbuatan itu mempunyai kedudukan yang mulia kerana mempunyai maqassid yang murni dalam pensyariatannya.

Maka ayuhlah kita , sama ada sihat atau sakit, tua atau muda, miskin atau kaya, sujudlah kepada Allah sbt kerana tentu ada ketenangan yang menanti...

Sujudlah... selagi kita masih ada peluang dan kemampuan untuk melakukannya...


Rujukan Solusi: isu 18

2 comments: