Followers

Thursday, July 1, 2010

HADIAH ISTIMEWA AEROBIKTHON...

Salam alaik...

Hadiah istimewa yang berjaya mengumpul jumlah terbanyak!..


Hadiah saguhati....

Merujuk kepada isian cikgu yang lalu... (Klik sini) tawaran yang istimewa kepada para pelajar yang berjaya mengutip sejumlah wang yang terbanyak. Hadiah tersebut ialah motorsikal Modenas.... Wah!.. jangan lupaskan peluang ini. Namun penganjur telah mengenakan syarat.

Sayaratnya ialah jumlah kutipan semua, termasuk guru-guru, ajak PIBG dan para pelajar mestilah melebihi RM100,000.00. Jika melihat sasaran sebenarnya ialah RM150,000.00.

Rasanya, hal ini tak mustahil unutk berjaya dicapai sekiranya, bak kata pengerusi PIBG dalam ucapannya semasa mengumumkan tawaran hadiah tersebut, jika semua pelajar SMKSI yang berjumlah lebih kurang 2000 pelajar mengutip sekurang-kurangnya RM75.00 seorang.

Cikgu mengambil peluang ini menyeru pelajar-pelajar SMKSI, marilah kita bersatu hati, gerakkan usaha, buktikan cinta kita kepada sekolah...

SELAMAT MENGUTIP DERMA

wassalam



No comments:

Post a Comment