“Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik itu jarang yang berbudi..” Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok apabila dikatakan cantik dan lawa.?
Begitulah resam manusia, seronok apabila dipuji dan keciwa apabila dikeji. Tetapi lain halnya bagi mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ’ditimpa perasaan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digengamnya. Hidup liar bak merpati, senang didekat ditangkap lari...
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatnya kepada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tingi ibarat Bunga Raya. Cantik warnanya harum tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan–Nya ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara cempaka dan bunga raya pastinya cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya ibarat gadis murahan yang dipertontonkan kecantiakan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik tetapi tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usahpula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Maka marilah berlumba-lumba untuk manjadi wanita yang bertakwa dan berakhlak mulia. Nescara disayangi Allah dan makhluk-makhluknya.
Seharusnya diri yang dukurniakan Allah dengan nilmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu daripada dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiaya atau menandingi kejelitaannya. Resah kerana menghitung-hitung pahala-pahla yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-gira bagaimanakah untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apatah lagi kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Bersyukur dengan nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama perlukan persediaan menemui kematian. Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju puncak taubat.
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu daripada Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl:53
Wallahu a’alam... semoga kita sentiasa dibimbingi-Nya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik... InsyaAllah. Amin.
No comments:
Post a Comment