Followers

Monday, May 17, 2010

Doa Hari Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabat dan anbiak

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Sattar, Ya Fa’alullima yurid,

Ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, sekalian muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru kurniakan kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongakan hati kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata.

Ya Allah, Ya Mudabbiral amri

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar engkau anugerahkan kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri, kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar kami di arena pendidikan perdana.

Berikan jua kami kesihatan yang baik, akal fikiran yang tajam, semangat yang iltizam serta istiqamah dalam perjuangan membina anak bangsa tercinta.

Ya Allah, Ya Mukawwiral laili wan nahar.

Sejenak Pada Hari Guru

Kepada Semua Guru-guru yang mengajar ku....

Sek Ren. Keb. Paya Pasir Temerloh ( Pra Sekolah)
Sek. Rendah Keb. Sg. Merab Luar
Sek. Men. Keb. Seri Indah


Halalkan segala ilmu yang dicurah....
Nur Amirah bt Muhammad Faizal.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

salam alaik

Kepada semua warga guru sama ada yang mengenali atau tidak mengenali ana....

Tentunya keoada semua guru ana tercinta. Jasa guru tak akan ana lupa... apatah lagi anak murid mu ini amat memahami betapi perit getir dikau wahai guru mencurah ilmu dan membentuk insan berilmu...

Guru-guru tak kira di mana berada. Ramai juga yang telah oergi mengadap Ilahi. Kepadanya Al Fatihah sahaja yang dapat ana lampirkan, Semoga roh dakau sentiasa dicucuri rahmat. InsyaAllah.

Guru-guru Sek. Keb Paya Pasir (1974 hingga 1979)
Guru-guru Sek.Men. Tengku Ampuan Afzan Chenor (1980 hingga1982)
Guru-guru Sek. men Teknik Johor Bahru ( 1084 hingga 1084)
Guru-guru Sek. Men. Keb. Temerloh (1985 hingga 1986)

Begitu juga pensyarah-pensyarahku di Universiti kebangsaan Malaysia (1987 hingga 1992)

"Ya Allah berkati dan cucurilah rahmat kepada semua guru yang telah mendidiku menjadi insan berguna"

Wassalam

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana dan Hari Guru 2010

Salam alaik....

Maka hari yang dinanti-nantipun sampailah..... Gotong Royong Perdana dan sekali gus sambutan hari guru kecil-kecilan.... lain-lain cerita telah dimuakan dalam hantaran sebelum ini... so.. takde apa dah yang hendak diceritakan... lihat je senario.


hehee.... ada kek jugak!.....

Bilik GKMP turut mendapat sentuhan... hari-hari biasa tak sempat nak kemas.



Tengah membina landskep baru.... En Loh and team!

Anggota bomba turut membantu!.... ingat padam api je panggil bomba, rupanya gotong royong pun boleh?.

Bersemangat nya En. Loh.... sampai lupa nak makan...

Inilah anggota bomba... memancut air pada apa yang perlu.

Pn. omme... di mana-manapun tetap Bosss.....


Para pelajar menjamu selera semasa rihat!... kesiann atas lantai je...

Setelah penat berkerja...... kita menjamu selesa dengan pelbagai juadah yang dimasak sendiri oleh guru.... yang pastinya sangat sedap sebab dimasak dengan limpahan kasih sayang dan jampi serampah agar guru-guru dan murid terus maju dan iltizam dengan semangat juang mencurahkan ilmu dan sebagai murid menimba ilmu!..

Salam.... bertemu pula esok... eh... Isnin. Dengan upacara kemuncak dengan pelbagai perutusan! Pelbagai amanat kepada guru sebagai pembakar semangat dan pembaharuan tekad...

Wassalam....

Rewang Hari Guru

Salam Alaik

Sempena Hari guru yang akan disambut pada 16 Mei, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan satu Gotong-royong Perdana di semua sekolah di negara ini pada 15 Mei 2010. Walaupun cadangan/arahan ini telah menimbulkan pelbagai kontrovesi dalam kalangan guru namun guru-guru di SMK Seri Indah dengan senang hati, semangat ukhuwah dan kerja sama meneruskan program ini dengan pelbagai aktiviti.
Di samping bergotong-royong membersihkan dan menceriakan sekolah Kelab Guru telah mengadakan satu gotong-royong masak memasak bagi menjamu guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang hadir pada hari gotong -royong tersebut...
Alhamdulillah rezeki guru agaknya ada sahaja individu yang telah sudi mensponser bahan-bahan mentah yang hendak di masak pada hari tersebut. Antara yang disponser ialah seekor kambing, 50 ekor ayam, berekor-ekor ikan tenggiri di samping kemudahan memasak dan bahan-bahan utama untuk memasak.. manakala rempah ratus dan keperluan yang kecil-kecil guru-guru telah bermurah hati membawa apa yang perlu...

Menempel dengan pengetua yang turut turun padang....


membantu marenade ayam..

Aktiviti rewang.... guru-guru pelatih yang sangat rajin membantu.

Marinade ayam... umi sebagai ketua. Tak tahulah jadi ayam apa esok!..


Cikgu Aziz dan Cikgu Nizam yang kuat kederatnya turut membantu..



Sambil tu sembang-sembang ilmiah.... hehehe, Subhi penuh perasaan.


Semangat seperti ini memang sangat dikagumi di SMKSI. Tahniah guru-guru ... dengan sokongan pentadbir juga. Semoga hasrat kita mendidik dan membentuk anak bangsa menjdi lebih mudah dengan semangat kerjasama seperti ini.

"Ya Allah satukan hati-hati kami dalam Ukhuwah serta istiqamah untuk memikul beban dakwah-Mu"


Friday, May 14, 2010

Menjelang hari guru....

menjelang hari guru....
tentunya banyak perkara yang mengusik jiwa..
sentuhan hati yang kekadang tak terduga
oleh gelagat anak-anak didik tercinta.

manakan tidaknya
dulu kaulah membuat tidor ini tidak lena
memikirkan kaedah terbaik
menambat hati mu
agar tidak jemu menuntut ilmu..

manakan tidak terusik dan terharu...
bila dikau mengatakan selamat hari guru..
dengan hadiahnya..
"kasih sayang saya terhadap cikgu...."

cikgu tahu ungkapanmu itu ikhlas..
kerna dulu cikgu tahu
engkaulah wira ponteng sekolah
kaki lawan guru...
segala kejengkelan ada padamu
tak pernah terbayang
hadiah sedemikian rupa...
terima kasih anak muridku...
tak pernah cikgu minta semua itu.
cikgu mahu kalian
lebih dariku.


wassalam

cekgu_zalina
14 Mei 2010

Tuesday, May 11, 2010

Seorang ibu...



Monday, May 10, 2010

Video Istimewa Buat Umi


Salam alaik....
Video ini umi terima sempena Hari Ibu. Sangat istimewa dan bermakna....
Tentunya daripada seseorang yang juga istimewa. Terima kasih. Sungguh terharu!..
Semoga ikatan kita berpanjangan dan berkekalan.

21 NASIHAT BERGUNA


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. iaitu ketika rupa bukan lagi menjadi suatu faktor penyeri mata.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.kerana kebanyakkan yang anda sekadar dengar itu belum pasti kesahihannya.


KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

(yang ini saya kurang pasti apa kebenarannya...berkemungkinan penulis bermaksud pentingnye mengenali pasangan terutamanya berkaitan hal agamanya sebelum mengambil kata putus untuk bertunang dan seterusnya menikahinya)

KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.

erm..malas nak commen banyak2 pasal ni.sbb masing-masing ade cara tersendiri Allah temukan dengan jodohnya. saya pun belum ade pengalaman.tapi macammana sekalipun...saya percaya cinta pandang pertama orang beriman dan orang yang kurang beriman itu tentunye berbeza.baiki diri dahulu, kerana itulah yang terbaik

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang( yang dibenarkan syarak) dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian atau marah, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
.
Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

===sakinah====

Cicit Yang ke-11

salam alaik...

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami telah sempat singgah melawat lahirnya seorang lagi cicit Atuk dan Wan yang ke-11... Anak abang Ngah (Pak Ngah) yang sulong... hehe.. comel!.... Cucu Atok?, umi pun dah tak sempat lagi nak hitung berapa?.... rasanya lepas ni tak de cucu dah kot... semuanya cicit. Sebab anak-anak atok semuanya dah tak produktif!



....Kasih, baru 17 hari.

Anak darah kacaukan Cina Melayu ini diberi nama, Azuna Nurdayini!.... susahnya nak ingat... akhirnya neneknya panggil Kasih je....

Semoga terus menjadi pengikat Kasih ibu dan ayahnya. Amin

Wassalam