Followers

Wednesday, January 12, 2011

Laporan Interlok ke Kabinet

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Laporan kajian semula penggunaan novel Interlok oleh pelajar tingkatan lima yang bermula tahun ini, akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet esok atau selewat-lewatnya minggu depan.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Kabinet akan membincangkan laporan tersebut sebelum membuat keputusan berhubung penggunaan novel yang menjadi sebahagian daripada komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima itu.


Katanya, beliau yakin Kabinet akan mengekalkan penggunaan novel Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu setelah meneliti laporan yang disediakan oleh panel penilai semula, termasuk hasil pertemuan dengan penulis semalam.
"Kita sudah jumpa Abdullah dan mendengar penjelasan beliau yang memberitahu perkara sebenarnya.

"Dalam pertemuan itu, ada beberapa perbincangan yang dipersetujui bersama tetapi saya tidak boleh dedahkan hari ini. Laporan itu telah siap dan akan dikemukakan di mesyuarat Kabinet sama ada esok atau minggu depan setelah Timbalan Perdana Menteri pulang daripada lawatan rasmi di Amerika Syarikat," katanya.

AIR MATA SASTERAWAN..

ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat
menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang
novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
 – UTUSAN/HAFIZ JOHARI
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

La Tahzan

Sunday, January 9, 2011

Polemik: Novel Interlok Dibakar

Sumber: Mingguan Malaysia

KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 penduduk berketurunan India hari ini mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Mereka yang mendesak kerajaan agar mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima di sekolah, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya.Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.

Syair Makna Riak

 MAKSUD
  • Rangkap 1: Sair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.
  • Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira
  • Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduaniaan.
  • Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas  dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.
  • Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui  percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu.
  • Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.
  • Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya  adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh.
  • Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.
TEMA
·        Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PANTUN LAPAN KERAT

MAKSUD

  • Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang  beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.
  • Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.
  • Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.
TEMA
·        Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

PERSOALAN:
·        Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.
·        Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.
·        Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya Barat.

Saturday, January 8, 2011

GAPENA Pertahankan INTERLOK

Oleh HATA WAHARI

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menegaskan, Kementerian Pelajaran hanya boleh mengubah teks novel bertajuk Interloksekiranya penulis buku itu Abdullah Hussain bersetuju untuk berbuat demikian.

Setiausaha Satu Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan bagaimanapun memberitahu, pihaknya mempertahankan kedudukan buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima itu tidak boleh diubah kerana ia merupakan tindakan memperkecilkan penulis terbabit.
''Gapena sama sekali tidak boleh menerima sebarang perubahan kepada teks novel dan jika perubahan dilakukan gabungan akan bertindak balas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Rumah Gapena untuk menyatakan pendirian gabungan itu mengenai tindakan penggunaan novel itu sebagai buku teks di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Dua Gapena, Profesor Madya Dr. Hashim Ismail; Bendahari Gapena, Hamzah Hamdani dan Ketua Media Gapena, Borhan Md. Zan.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Thursday, January 6, 2011

Pantun Enam Kerat

PANTUN ENAM KERAT


Maksud

  • Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri  dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

  • Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung.
  • Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak  disayangi atau dihiraukan lagi..

Tema

Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.

Persoalan
  1. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercinta
  2. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
  3. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.
  4. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.

Wednesday, January 5, 2011

Lawatan ke Kellie's Castle

Setelah  menghantar Ekah ke asrama pada Ahad lepas, sevenofus sempat melawat Kellie's Castle yang telah tertangguh semasa sevenofus melawat ke Cameron Highland. Memandangkan asrama Ekah berhampiran dengan istana ini kami ambil peluang ini untuk singgah!..

Kellie Castle atau Istana Kellie yang terletak beberapa kilometer dari bandar Ipoh mengamit  kami mendekati istana lama di negeri Perak ini. 
Kallie's Castle yang masih gah berdiri menyimpan
seribu rahsia..



Sejarah Kellie Castle ini menarik perhatian kami kerana  seperti sejarah pembinaan Taj Mahal di Agra, India, sepertimana Shah Jehan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz begitu juga dengan William Kellie Smith, seorang peniaga yang berasal dari Scotland membina istana ini untuk isterinya Agnes. Istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu Alma Baker yang merupakan rakan perniagaannya.
Ruang di tingkat dua istana, di sini 
dikatakan roh Kellie kelihatan

Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari Madras, India. Kellie mengagumi budaya Hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari India.

Ain dansyukri tekum membaca sejarah Kallies.. tapi
dalam kereta masih tak puas hati, pelbagai kemuskilan
diajukan!


 Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.

Ruang lif yang gagal melakar sejarah!



Pada tahun 1926 ketika Kellie berkunjung ke Portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di Istananya , beliau mengalami masalah radang paru-paru dan meninggal dunia di Portugal. Lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di Malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di Malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke Malaya. Isterinya yang masih berada di Malaya pada masa itu terus berpindah ke Scotland dan Kellie's Castle dijual kepada syarikat Harrisons & Crossfied.


Di tingkat 3.. istana.



Kini, Kelly Castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri. Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dalam kalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.


Ruang/tingkat paling atas... kalau tak berani jangan cuba..
tengok Sakinah merangkak...
Rumah lama Kallie yang telah roboh kesan peperangan.


Setelah beberapa jam, kami menghantar semula ekah ke asrama. Lawatan sejarah yang sungguh menarik dan meniggalkan kesan di hati kami khususnya Ain dan Syukri. Keciwa tak dapat jumpa... hehehe.. Kellie.

Wassalam


Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Salam 'alaik.

2010 yang menghilang dan 2011 yang menjelang...



Ya ALLAH,

KAU ciptakan masa dalam dua sisi,
Siang & malam ... keduanya tetap dalam ritma
Nafs kehidupan.
Bagi-MU tidak ada Tahun Baru ...
Yang ada adalah
Hari esok dan esok,
yang tiap ritmanya
Mengertikan berkurangnya usia kita

(Untuk semua yang kukasihi dan kusayangi)