Followers

Friday, January 21, 2011

CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG


Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.


Tema

Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (pungut)

Persoalan

  1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
  2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
  3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

Pedoman Hidup 3


CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG


Sinopsis

            Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Tema

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian

Saturday, January 15, 2011

Pedoman Hidup 2

Ulasan Sajak: BANGKITLAH

  1. Rangkap 1: Generasi muda yang masih leka diseru agar sentiasa bertindak kerana masa semakin pantas berlalu.
  1. Rangkap 2: Keindahan panorama dan kekayaan hasil bumi negara telah tersedia ada untuk diusahakan. Malangnya, generasi muda masih malas untuk merebut peluang tersebut.
  1. Rangkap 3: Generasi muda harus segera bertindak untuk menerokai hasil bumi yang banyaak sebelum habis dirampas oleh orang lain.
  1. Rangkap 4: Generasi muda akan berdepan dengan pelbagai masalah jika mereka terus leka. Mereka akan menangis kesal sepanjang hayat kerana kehilangan segala-galanya.
  1. Rangkap 5: Generasi muda diingatkan agar insaf dan tidak segera bertindak sebelum terlambat. Hal ini demikian kerana orang lain belum lagi menikmati hasil bumi tersebut.


Friday, January 14, 2011

Pedoman Hidup

ULASAN SAJAK: KECEK (v)

  1. Rangkap 1: Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.

  1.  Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ikhsan daripada orang lain meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.

  1. Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya.

  1. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat dilakukan    oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.

Ulasan Sajak: DIRGAHAYU BAHASAKU





MAKNA


  1. Rangkap 1: Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh dan setia.
  1. Rangkap 2: Bahasa Melayu merupakam maruh bangsa Melayu yang mesti (2)dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera
  1. Rangkap 3: Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia

  1. Rangkap 4: Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Melayu. Mereka Berjaya menjalinkan hubungan dengan Negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa ini.
  1. Rangkap 5: Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bahasa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru.

JANGAN LAYAN DESAKAN

BESUT 13 Jan. - Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia meminta supaya Kementerian Pelajaran tidak melayan sebarang desakan menarik balik novel Interloksebagai teks wajib Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar Tingkatan Lima.

Presidennya, Profesor Madya Dr. Hashim Othman berkata, pihaknya berpendapat langkah itu hanya akan menghakis peluang generasi muda memahami dan menerima perkembangan sejarah pelbagai masyarakat yang membentuk negara Malaysia.

Thursday, January 13, 2011

Isu Interlok: Berdialog dengan kementerian


Oleh ZULKIFLI JALIL, HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN


Pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 12 Jan. - Kabinet hari ini meminta masyarakat India memilih beberapa orang wakil mereka untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran bagi membincangkan kandungan novelInterlok yang dikatakan mempunyai elemen rasis seperti didakwa pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.