Followers

Wednesday, January 6, 2010

Kolam Air Panas Sg Klah

Bersiap sedia memakai gelongan tangan tanda anda masuk bukan secara haram!.... masuk dengan izin.


Abah paling seronok berendam... maklumlah dah kali kedua abah ke sini











Pemandangan di kolam air sejuk yang menjadi kegilaan kanak-kanak... dulu ada rupa sotong tapi kini sotongnya dah tak menyerupai lagi .. tak pasti kenapa?... mungkin kurang disenagi oleh penduduk setempat atau hasil vandalisme!





Aktiviti merebus telur sangat menyeronokan... tak sempat lak nak bawa telur... ada setengah tu bawa sampai 10 papan telur ... Nak kenduri kahwin apa!... Kalau nak beli telur dan rebus di sini pon boleh, tapi sangat mahal... cekik darah betul mereka ni!
Kolam air paling panas 60 hingga 70 darjah celcius.... tak ramai yang tahan!,,
Mulakan berendam dengan kaki sahaja dulu.... pastu baru badan! tak tahan ooo.... Panas!... pastu okeylah. Rasa tak nak keluar pulak.
Tempat kanak-kanak ada yang kurang panas sikit.... 30 - 40 darjah celcius.






Salam ,
Berjumpa lagi, Kami nak sambung cerita pengembaraan kami. Tempat terakhir dalam pengembaraan kami ke Perak ialah Taman Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Klau.

AllahuAkhbar!... dalam kawasan yang agak jauh di pedalaman, di kelilingi ladang kelapa sawit, Allah telah mengurniakan keunikan yang tak banyak diperoleh di tempat-tempat lain, sebuah kolam air panas yang bukan buatan manusia tetapi memang anugerah Allah semata-mata. Terlalu banyak nikmat dan hikmah yang tersurat dan tersirat dapat kita peroleh bila berkunjung di sini.
Tempat perlancongan yang sepenuhnya diusahakan oleh Felda ini telah membuka ruang pekerjaan dan seterusnya melimpahkan sumber rezki yang bukan sedikit kepada penduduk tempatan, khususnya kepada anak-anak muda di sini. Alhamdulillah, semoga diberkati Allah!
Dengan kesedaran masyarakat sekarang yang semakin mementingkan kesihatan, mereka pasti memilih tempat ini sebagai destinasi pelancongan keluarga kerana di samping boleh membawa anak-anak beriadah, golongan dewasa turut mendapat manfaatnya yang bukan sedikit... Pemerhatian dan tinjauan ke tempat ini, kami dapati tempat ini memang sangat diminati ramai. Pengunjungnya datang dari dalam dan luar negeri... manakala pengunjung tempatan sendiri yang datang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Cuma sedikit kekurangan, kemudahan yang disediakan untuk menampung jumlah pelancong yang memang ramai tidak memadai dan mencukupi... Pondok-pondok rehat juga amat berkurangan. Kolam air panas yang lebih digemari oleh golongan dewasa atau golongan berumur berada agak jauh dengan kolam air sejuk yang lebih digemari oleh golongan kanak-kanak, justeru, agak sukar untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam masa yang sama. Jalan yang selesa menghubungkan kolam air panas dan sejuk juga tiada, kami terpaksa berjalan agak jauh.... semoga sedikit kekurangan ini akan segera diatasi oleh pihak Felda.

Bayaran masuk sebanyak Rm10.00 untuk dewasa dan Rm8.00 untuk kanak-kanak dirasakan memang berbaloi. Datanglah sendiri untuk lebih merasai Kebesaran dan nikmat Allah ini, memang ada kelainannya setelah berendam lama di dalam kolam ini. Tapi kita dinasihatkan tak boleh berendam lebih lama daripada 30 minit... bimbang bila keluar nanti jadi macam telur rebus pulak!.... hehehe.... Wassalam....

Tuesday, January 5, 2010

Kuala Kangsar Bandar DiRaja Perak










Di hadapan Galeri Sultan Azlan Shah







Dalam perjalanan kami pulang dari Taiping ke Kuala Lumpur kami telah bermalam di Kuala Kangsar Bandar DiRaja. Bandar ini tidaklah
sesibuk Kuala lumpur namun sangat menarik untuk dilawati. Penghuninya amat mesra dan ramah menyambut kami...
Jambatan yang merentangi Sungai Perak.. berada di belakang hotel kami
Sesampainya kami di bandar ini kami terus 'check in' di Sungai Perak Resort. Kedudukannya betul-betul di tepi Sungai Perak. Di Kuala kangsar resort dikenali juga dengan nama Hotel Safari...
Hotel Safari atau Sungai Perak Resort

Pemandangannya sangat indah sangat sesuai untuk beristirahat . Pada petangnya, (24 Dis )setelah solat jamak takhir kami pergi ke Kampung Sayong untuk melihat labu Sayong dibuat.... Pengalaman yang menakjubkan!... inilah pertama kali kami menyaksikannya.
Gadis manis dan Labu Sayongnya....
di Kampung Sayong
Nampak mudah tapi amat unik. Kesempatan bermalam di Kuala Kangsar kami manfaatkan sepenuhnya. Masjid Ubudiah sungguh tenang berada di dalamnya.

Kami telah solat Maghrib dan Isyak di Masjid yang sangat Indah iaitu Masjid Ubudiah.... Berada di dalam masjid ini membuatkan anda ingin berada lama di dalamnya.... Tak dapat kami gambarkan perasaan kami. Pada awalnya "umi ingatkan umi sahaja yang berasa begitu. Tetapi bila umi suarankan perasaan umi pada anak-anak rupanya merekapun begitu"... kami telah berada lama di masjid ini. Umi dan abah bertekad untuk datang lagi pada awal pagi esok. untuk solad subuh .Alhamdulillah hasrat itu terlaksana, kami sempat berkiamullail... Alhamdulillah sungguh aman dan damai. Itilah pengalaman yang sangat menyeronokan dan paling tidak kami sangka-sangka dan rancang.
Pintu masuk Utama Istana... Kuala Kangsar
Tidak sah rasanya kalau ke Kuala Kangsar tetapi tidak menjejakkan kaki ke Geleri DiRaja Sultan Azlan Shah... banyak ilmu yang kami kutip di sana. Sakinah yang sangat minat sejarah membantu kami lebih memahami sejarah Baginda!
Aik?.... kat mana pulak ni?... British bawa dari London!
Pengembaraan kami akan bersambung di Kolam Air Panas di Sungai Klau.... nantikan!
Indahnya bumi ciptaan Allah ini!...
Wassalam....

Saturday, January 2, 2010

Panorama Lawatan Ke Taiping

Keindahan tasik Taiping memang tak terungkap dek kata-kata. Kami percaya tasik semula jadi antara yang tertua ini menyimpan seribu rahsia dan kisah sejarah. Kami sempat merakamkan beberapa panorama untuk tatapan dan sebagai perbandingan bagi membuktikan bahawa sememangnya tasik ini masih cantik seperti yang kami lihat panoramanya menerusi gambar-gambar yang kami cari melalui internet. Cuma, beberapa kemudahan awam khususnya untuk yang ingin melakukan riadah di sini kayu-kayu yang digunakan telah agak uzur dan membahayakan. Hal ini membayangkan keuzuran dan lanjut usianya tasik ini. Namun hal ini tidak sedikitpun mencacatkan pemandangan di tasik ini. Hal yang cukup menarik juga melalui pemandangan kami yang singgah sekejap pada lewat petang 23 Disember dan semasa joging seawal tujuh pagi pada 24 Disember, kami tidak nampak perbuatan sumbang anak-anak muda yang sedang mabuk bercinta yang biasa kita nampak di Tasik cempaka yang sangat popular dengan aktiviti ini sehingga menimbulkan kontroversi suatu masa dahulu atau di Tasik perdana Kuala Lumpur yang tak kurang hebatnya. Hal yang menyenangkan ini membuatkan kami selesa berjoging atau berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan senja dan pemandangan awal pagi yang sangat sibuk dengan ramainya penghuni Taiping (mungkin) melakukan riadah dan joging.... Tetapi yang paling menariknya kebanyakan mereka itu ialah kalangan wargatua. Hal ini mungkin kerana hari itu hari bekerja, wargamuda sibuk ke pejabat menguruskan hal negara!....

Indahnya Tasik Taiping, Semoga Allah mengizinkan kami hadir ke sini lagi. insyaAllah











tempat permainan kanak, walaupun tidak banyak tetapi tetap ada..






Ain ke tu?.....

Selamat Tahun Baru 2010

Tuesday, December 29, 2009

Muhammad al-Fateh penakluk Konstantinopel


MUHAMMAD al-Fateh dilahirkan pada 1432 Masihi di Andrianapolis, berdekatan sempadan Turki-Bulgaria. Beliau menaiki takhta pemerintahan pada usia 19 tahun dan menjadi khalifah ketujuh empayar Uthmaniyah. Beliau memerintah selama 30 tahun sebelum meninggal dunia akibat diracun musuh.

Beliau yang mendapat pendidikan agama daripada Syeikh Syamsudin al-Wali adalah seorang yang sangat pintar, malah berkebolehan dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.


Sewaktu berusia 12 tahun, beliau dilantik bapanya sebagai pemimpin di Pulau Magnesia, sekali gus mendidiknya dalam bidang pemerintahan negara.

Panglima tentera unggul melatih beliau dalam bidang taktikal peperangan, ilmu memanah dan bermain pedang serta menunggang kuda.

Sejak menjadi khalifah empayar Uthmaniyah, beliau membuat kajian terhadap kota Konstantinopel pada setiap malam selama dua tahun.

"Saya mesti mengenal titik kelemahan pihak pemerintah Konstantinopel sebelum menyerang mereka. Di samping itu, saya juga harus mempelajari lokasi yang sesuai untuk pertahanan pasukan tentera saya jika berlaku serang balas daripada pihak musuh."

Beliau juga menilai punca sebenar kegagalan tentera Islam sebelum ini untuk menembusi pertahanan kota terbabit. Pada setiap masa beliau memanggil semua panglima tentera untuk berbincang mengenai strategi terbaik bagi menawan kota itu yang menjadi kebanggaan Byzantium.

"Saya perintahkan supaya pasukan tentera membina peralatan artileri yang dapat membantu dalam serangan menakluk kota Konstantinopel nanti," katanya.

Meriam gangsa besar yang dapat meledakkan 300 kilogram bom sejaruh 1.6 kilometer dibina oleh tentera Islam di samping menara bergerak yang lebih tinggi daripada kubu kota Konstantinopel sehingga mampu memuatkan beratus-ratus tentera.

"Wahai rakyat dan tentera saya, kerja membina kubu Rumeli Hissari ini bukan tanggungjawab kalian saja tetapi tanggungjawab beta juga," katanya yang kemudian membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir untuk membina kubu yang terletak lima kilometer dari kota terbabit.

Pada awal April 1453, seramai 150,000 tentera Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fateh bersiap sedia dengan segala kelengkapan bagi menyerang kubu kota terbabit.

"Laungkan azan dan solat berjemaah," kata beliau kepada tenteranya sebaik mendekati kubu kota Konstantinopel.

Sebelum itu beliau mengarahkan seorang utusan menemui raja Byzantium supaya menyerah diri dan memberikan kota itu kepada orang Islam secara aman dengan jaminan keselamatan ke atas semua pihak.

Tawaran itu ditolak raja terbabit kerana berpendapat kota Konstantinopel lebih kebal daripada serangan tentera Islam. Disebabkan itu, kota Konstantinopel dihujani dengan peluru meriam selama 48 hari sehingga dinding luar kubu terbabit rosak teruk, tinggal lagi dinding tengah yang masih utuh.

Kemudian Muhammad al-Fateh berkata kepada tenteranya: "Tolak menara bergerak kita menuju ke dinding tengah kubu kota Konstantinopel untuk memecahkannya."

Melihat menara gergasi menghampiri dinding tengah membuatkan tentera Byzantium terkejut. Menara itu dapat menembusi dinding tengah kubu terbabit. Pertahanan kubu kota terbabit semakin lemah, menyebabkan raja Byzantium meminta bantuan Pope Rom.

Selepas utusan raja Byzantium menghadapnya, Pope Rom berkata: "Kami menghantar lima armada yang lengkap dengan senjata dan tentera untuk membantu Byzantium yang diserang Muhammad al-Fateh."

Raja Byzantium gembira mendengar khabar itu, namun kegembiraannya cuma sebentar saja dan berganti duka sebaik melihat 80 kapal empayar Uthmaniyah di Selat Bospohurus yang akan menghalang armada bantuan Pope Rom.

Kemudian raja Byzantium memerintahkan tenteranya: "Rentangkan rantai besi di perairan Teluk Golden Horn untuk menghalang kemaraan armada empayar Uthmaniyah ke arah kota kita."

Taktik itu ternyata menjadi, menyebabkan armada empayar Uthmaniyah hilang semangat untuk menentang musuh, sehingga mewujudkan keadaan yang kelam-kabut, malah khabar angin kekalahan tentera Islam makin tersebar.

Dalam pada itu, Muhammad al-Fateh menerima surat sokongan moral daripada seorang alim, Aksemseddin. Selepas membaca surat itu, Muhammad al-Fateh berkata kepada panglimanya: "Perintahkan tentera kita membawa armada yang berlabuh di Dolmabache ke Teluk Golden Horn dengan menggunakan lembu dan tenaga manusia."

Esoknya, tentera Byzantium terkejut melihat 70 kapal diangkut oleh ratusan lembu dibantu ribuan tentera menggunakan tali dan kayu menuruni lereng bukit teluk terbabit. Pada waktu petang semua kapal berada di perairan Teluk Golden Horn.

Kapal empayar Uthmaniyah membedil armada Byzantium dan bantuan Pope Rom, semuanya hangus terbakar. Seterusnya dibedil dinding kota Konstantinopel sebelum dikepung bagi menghalang sebarang bantuan dari pihak luar.

"Panjat tembok kubu dalam dengan tangga tali dan tangan untuk masuk ke pusat kota. Gunakan lastik gergasi untuk merobohkan dindingnya supaya kita boleh masuk ke dalam," kata Muhammad al-Fateh.

Hassan Ulubate bersama 30 tentera Islam berjaya memasuki ke dalam pusat kota terbabit, lalu memacak bendera Islam, tetapi mereka gugur kerana dihujani anak panah tentera Byzantium.

Melihat saat genting itu, Muhammad al-Fateh tampil meniupkan semangat tenteranya dengan menceritakan keberanian tentera Nabi Muhammad dalam perang Uhud. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki Muhammad al-Fateh.

Beliau menukarkan nama Konstantinopel kepada Islambol yang membawa maksud Islam keseluruhan. Tetapi ketika pemerintahan Kamal Attartuk, Islambol ditukar kepada Istanbul. Gereja besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sophia.




P/s : Buat sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui mengenali sejarah Sultan Muhd. Alfateh dengan lebih dalam ana galakkan antum untuk membeli buku ini (seperti di dalam gambar).buku ni sangat bagus keluaran PTS.Kalau tak pun pinjam je dekat ana.


TAHNIAH

''TAHNIAH!

Foto yang anda hantar telah diterima untuk memenangi PERADUAN AKU DAN BUKUKU pada minggu ini. Hadiah berupa buku akan dihantar kepada anda selewat-lewatnya sebulan dari tarikh e-mel ini diterima.''

Alhamdulillah.....tak sia- usaha kami.hehehe.gambar tu menang. kepada yang nak lihat.disini saya sertakan url page tu.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/2009/peserta%202009.html


Buku pilihan:
9 Nyawa

Nur Sakinah Bt Muhammad Faizal
Sg. Merab Luar,
Kajang. Selangor

Keterangan Gambar:
Apabila Sang Ratu Kekasih Hati Saifudin Menjadi Realiti!


tapi kesian dekat ain. ''kenapa tu gambar adik tapi nama Along.hisy..''.takpe ye ain.lain kali.

GADIS ITU...


seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI


Arabian night





salam....hehehe lama along tak update blog ummi.sian ummi.jadi untukAdd Video kali ni along nak cerita tentang aktiviti kami.ARABIAN NIGHT?..husy,,,dahsyatnye bunyi nama tu.sebenarnye takdelah dahsyat sangat.Along ada terbaca dengan satu pertandingan kat Alaf 21.kebetulan pulak pertandingan pasal fotografi.Ya mmg expert benda2 ni.so,,saje2 nak join.langkah pertama,kami telah memilih model kami untuk memperagakan buku2 alaf 21 Along.hihihdan mangsanya tak lain tak bukan ....AIN.malam tu Ya soleh ain sakan.habis hitam mata ain dek penangan celak Makkah Ummi.hihii...jadi nilah sebahagian daripada projek kami.

Macammana?cantik tak?...bak kata ummi..'tengoklah sapa mak nye'

Tuesday, December 22, 2009

Taiping. Wait 4 Us...

Wee are going here..... Wednesday, Thursday and Friday!
23, 24, and 25 Disember 2009

Peta bandar Taping
Pemandangan sekitar taman Tasik Taiping yang kami cari dalam internet. Nak tengok masih kekalkah keindahan tasik yang menjadi kebangaan orang Taiping ini?!.... tunggu dan lihat.











Amira kata, nak ke pulau dan tepian pantai, bimbang di landa Tsunami. nak ke Tanah tinggi bimbang tanah runtuh dan gempa bumi, setelah lama mencari akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk ke Taiping sahaja melihat keindahan Taman Tasik Taiping ciptaan Allah ni!.
Agihan tugas
  • Umi dan Abah - Penasihat dan Dana
  • Amirah - mencari lokasi dan membuat penyelidikan
  • Sakinah - mengkaji sejarah, kesesuaian tempat dan membuat dokumentasi
  • Syafiqah - mencari hotel dan membuat tempahan
  • Ain & Syukri - pemantau memastikan program berjalan dan jadi (sikit-sikit macam kumpulan pendesak)
Semoga perjalanan dan percutian kami diberkati Allah. insyaAllah. Doakan kami juga.