Followers

Wednesday, February 24, 2010

Pura-pura

Sajak ini telah lama bersemadi di bawah cermin atas meja abah. Entah kenapa tetiba sahaja umi tertarik nak menghayatinya dan kongsikan dengan para pembaca. Semoga kita sama-sama mendapat sesuatu yang bermanfat daripada sajak ini.

Ada pura-pura ibadah
Ada ibadah pura-pura

Ada pura-pura pasrah
Ada pasrah pura-pura

Namun ingatlah hujung perjalanan ini

bila saatnya tiba
tiada duka pura-pura
tiada lara pura-pura
tiada sedih pura-pura
tiada dalih pura-pura
bila saksi perilaku kita adalah
segala anggota
segala indera
segala dosa
segala....

Iskandar Dzul kanain H.M
Kolej Tun Perak, UPM
1 Ramadan 1416

Sunday, February 21, 2010

Cuti Panjang yang Singkat

Salam alaik,
Bila baca tajuk coretan ana kali ini nampak macam paradok pulak!. Tapi itulah yang ana rasa. Ramai yang kata cuti panjang, tapi sebenarnya sangat singkat seandainya kita gunakan semaksimun mungkin. Alhamdulillah cuti kali ini ana telah dapat penuhi dengan pelbagai aktiviti, jika difikir semula macam tak percaya je.. itulah hakikatnya.
  • menjahit 9 pasang baju kurung; memang hobi yang sangat digemari!
  • membaca dua buah novel Sejarah Islam iaitu, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Bilal Bin Rabah.
  • menghabiskan bacaan Al-Quran (Khatam al-Quran) dan mula ulang semula.
  • menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pn. Hadhariah (rakan setugas)
  • balik kampung di Temerloh, menziarahi ayahanda dan bonda serta sanak saudara, kebetulan kakak di Raub dan adik di Jengka serta anak-anak arwah kak long semuanya balik. rasa macam raya pulak ramainya.
  • bawa anak-anak pergi swiming di Putrajaya; dua kali.
  • menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid Sg Merab. (ustaz Farid Ravi beri ceramah) Nanti ana akan minta Sakinah tuliskan pengisiannya.
  • hehe... gi shoping dengan suami.. abis gak hampir 10k.
  • akhir sekali... hantar ikah balik Gopeng..

Esok dah mula kerja... cuti-cuti macam ini sahaja ana berpeluang melakukan semua perkara yang ana suka yang susah untuk dilakukan semasa hari kerja!

Astagfirulallahalazim...bukan nak riak tetapi nak nyatakan di sini, khususnya kepada anak-anak dan student ana... tidak ada yang mustahil jika iltizam dan istiqamah!... Alhamdulillah semuanya dapat ana lakukan dengan izin Allah, yang memberikan ana kesihatan yang baik dan tentunya bantuan anak-anak khususnya Sakinah, Amira dan Ikah.... segala urusan rumah dan mengajar adik2 (Ain dan syukri ) anak-anak yang besar urusan.... Umi cuma masak!.. itupun dibantu oleh anak-anak. Terima kasih anak-anak kerana membantu!

Wassalam.

Senarai 40 individu terkaya

Salam sejahtera buat semua.

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. :D [2] Info dipetik daripada dua sumber;Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.

Senarai Orang Terkaya Malaysia

Wednesday, February 17, 2010

Selamat Pengantin Baru Kak Ika

di kesempatan ini nak ucapkan selamat pengantin baru kat kak ika.sungguh tak sangka.anyway tahniah kat kak ika sebab jadi kawan sakinah pertama (rasanye) yang dah bina masjid sendiri (adeke yang tolong bina masjid org?rasanya yang tu mmg ramai).anyway semaga berjaya bina keluarga yang sakinah,mawaddah wa rahmah.

(kak Ika and akh Ubaid)

Monday, February 15, 2010

Selamat...........

Salam Satu Malaysia!
Kepada semua rakan dan pelajar cikgu yang berbangsa Cina, SELAMAT TAHUN BARU CINA... tahun harimau eh?...

Kepada yang lain... selamat bercuti. selamat mengumpul semangat dan tenaga. Biar sekuat dan seberani harimau! Naik cuti ada sukan,(Hidup Musytari!) ujian 1, dll.



Semoga berbahagia selalu.
Wassalam

Senandung Al-Fatihah

Ini lagu kegemaran Ain. Dia baru belajar lagu ini di sekolah SRA. Ain minta umi cari dalam internet dan masukkan dalam blog SEVENOFUS. hehehe... selamat menghayati dan menghafal maksud surah Al-Fatihah ini.




Wassalam....
Ain

Friday, February 12, 2010

Along Masak????

Salam..
Apa khabar semua?..sihat? kami sihat je.hari ni nak cerita perkara yang agak luar biasa bagi kami.Along masak..(dalam nada yang agak tak percaya).sebenarnya hari tu Along puasa.tetiba disebabkan kebosanan yang terlampau,along telah menggagahkan kakinya ke dapur.Mula-mula rasa macam nak main2 jetapi terjadi betul2.Hahaha..rasa klaka pun ada.Cuak pun ada jugak.yele nilah first time masak tanpa kawalan orang yang lebih pro..(merujuk kepada Tukang Masak Profesional SEVENOFUS Puan Zalina)..

Dengan bebbekalkan ilmu masa kat kem dulu2 along telah masak telur masak kicap (tak yahlar ketawa).orang pertama yang berjaya merasa masakan pertama along adalah AIN.dia kata '' sedaplah jugak,nanti along ada anak boleh along masak lauk ni''..perasaan masa tu tak dapat nak describe.seronok orang puji.padahal tau takde sedap mana.(tak kesah).Tapi akhirnya masa bukak puasa along telah merasa masakannya yang tak begitu jadi.(ikut suka hatilar..) umi pun rasa jugak.masa makan tiba2 umi senyum ala2 ketawa. (macam mana tu?)..Umi kata umi teringat kursus kahwin masa kat U dulu.orang tu kata masa mula2 kahwin biasalah asyik masak kicap je.dan pada hari tu terbukti masakan pertama Along adalah masak kicap.kenapa? sebab kalau hangus orang tak tau.hhuhuhuhuh. Tapi jangan risau,,,, ini tak bermakna along dah nak kahwin.hahhahaha.


Buat para pembaca gambar diatas sekadar hiasan sebab along masak dahsyat sangat.tak tergambar di akalmu.
Doakanlah along pandai masak satu hari nanti..

Tuesday, February 9, 2010

70 dosa besar



DOSA BESAR

Bismillah. Tidak ada tempat meminta pertolongan kecuali kepada-Nya. Segala puji bagi Allah. tidak ada pujian kecuali bagi-Nya. Aku memuja-mujiMu wahai Rabb-ku, sebagaimana Engkau ajarkan kami cara memuji-Mu. Dan salawat serta salam semoga selalu disampaikan kepada makhluk-Nya yang terbaik, sayyidina Muhammad.

Salam....
harini saya berminat nak berkongsi dengan demua folower blog ni mengenai 70 dosa besar.Ustaz saya dulu pernah igatkan supaya sentiasa memelihara diri dari 70 dosa besar ni.Bukan nak kata selain yang 70 ni boleh buat tapi, kesalahan yang lain senang terhapus dengan buat amal kebaikan,bila kita ambil wuduk,solat dan banyak lagi caranya.tapi dosa besarni ibarat "saka" kepada si pembuat dosa.ia akn sentiasa mengikut kita walau kemana kita pergi dan hanya terhapus dengan taubat nasuha (sebenar2 taubat).saya pun mungkin kurang berkelayakkan nak bercerita tentang taubat nasuha ni sebab kebanyakkan kita banyak kali bertaubat.tapi sejauh mana kesungguhan tu?takpe2..nanti saya cuba cari article pasal taubat nasuha.berbalik kepada 70 dosa2 besar.masa saya tingkatan 5 dulu ada tajuk dalam PQS (pendidikan Al-Quran dan Sunnah) pasal doasa besar dan kecil.apa bezanya?.

1. MAKSUD DOSA

· Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

JENIS-JENIS DOSA

i) DOSA BESAR

· Maksud

§ Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Minum arak, berzina, membunuh

§ Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa

· Akibat buruk jika melakukan dosa besar

§ Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz

§ Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

ii) DOSA KECIL

· Maksud

§ Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Melihat aurat bukan muhram

§ Bercakap perkara yang tidak memberi faedah

· Akibat buruk jika melakukan dosa kecil

§ Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki


Waba'du: Allah SWT berfirman:

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)". An Nisaa: 31

Monday, February 8, 2010

Abah dah bersara




abah dah bersara akhirnya.Tahniah encik faizal.lepas ni nak buat ape???

Along Sibuk NPC Rumah
































ni lah keje along bila habis SPM.habis rumah digeledahnya.suislah..almarilah..semualah.Along kata kalu nak mudah kenelah buat.Mudah ke?bolehlah.sebenarnye along tu takde bende nak buat.dulu masa dekat KISAS cakap bendeni leceh tapi sekarang sengaja melecehkan diri.takpelah penganggur yang berjaya.