Anakanda tercinta.
Seminggu along bersama-sama umi dan keluarga terasa amat sekejap. Ketiadaan along dan alang kerana balik semula ke asrama amat umi terasa. Kemeriah rumah kita amat ketara apabila semua anak-anak umi berkumpul. Semangat berkobar-kobar nak masak.
Umi tahu begitu berat kaki along melangkah pulang ke asrama hari itu.... titik jernir di pipi along sebagai buktinya. Titik jernih tetap mengalir walaupun telah lima tahun along tinggal di asrama. Berbeza dengan alang walaupun masa mula-mula di tingkatan satu kelihatannya amat "tenat" . Umi terpaksa meninggalkan kain batik yang telah umi pakai sebagai penawar rindu, tapi kini dah cool.... lebih stady daripada along.... Umi tahu kenapa begitu. Satunya kerana along sedang menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar iaitu berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang bakal datang beberapa hari sahaja lagi..
Memanglah umi, abah dan adik-adik along menggantung harapan yang sangat tinggi terhadap along. Bukan sevenofus sahaja malah SMSMEL, SRIABIM tak ketinggalan atuk, wan, amama dan semua ahli keluarga kita. Bunyinya memang berat, mungkin itulah sebabnya along rasa sedikit tertekan...
Tapi bagi umi, harapan semua orang di sekeliling along itu tidaklah penting sangat jika dibandingkan dengan keutamaan ilmu dalam kehidupan seseorang. Kemuliaan seseorang diukur dari segi ketinggian ilmunya. Allah sendiri sangat memuliakan umatnya yang berilmu. Hal ini kerana ilmu itu sendiri sebenarnya mendekatkan diri seseorang kepada Penciptanya iaitu Allah. Hal inilah yang penting lebih sebenarnya. Kejayaan Along dalam SPM akan memberi along lebih peluang dan ruang untuk meningkatkan ilmu di dada... dan seterusnya menjadi insan yang lebih bertakwa..
Umi tidak ada harta kekayaan untuk umi pusakakan kepada along dan adik-adik. Umi juga tidak punya pangkat dan kedudukan untuk umi wariskan kepada along dan adik-adik. Hanya ilmu sahaja yang dapat memimpin dan memastikan along menjadi seseorang yang dipandang tinggi oleh masyarakat suatu hari nanti. Apatah lagi di sisi Allah.
Sebagai anak sulung along menjadi contoh teladan dan idola kepada adik-adik. Setakat hari ini hal itu telah berjaya along lakukan dan pertahankan. Adik-adik begitu menghormati along kerana teladan yang along tunjukkan.. Adakalanya adik-adik lebih mendengar kata along daripada umi, terutamanya abang Ukey. Kalau along yang memintanya solat atau hal-hal lain, dia akan lebih berkesan berbanding umi. Hal ini amat umi kagumi. Kata-kata semangat yang along berikan pada adik-adik terutama abang dan Ain akan segera di tampal di papan kenyataan masing-masing... dan menjadi kata semangat untuk mereka, Umi amat bangga dengan along. Justeru, along kena kekalkan hal ini... result along dalam SPM semestinya akan menjadi penanda aras dan kayu ukur kepada adik-adik yang lain. terutama Amira yang juga akan menduduki SPM pada tahun hadapan. Umi mahu along terus menjadi Idola kepada adik-adik.
Semakin dekat along dengan SPM umi percaya semakin banyak cabaran yang akan along hadapi. Apa yang boleh umi katakan, hadapilah dengan tabah, Bersihkan jiwa dengan zikir, Kuatkan semangat dengan doa. Mengadu dan memohonlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang dapat membantu kita, buka umi, bukan kawan-kawan, bukan juga guru-guru. Umi, kawan-kawan dan guru-guru hanya boleh mendengar masalah kita tapi tak boleh menyelesaikannya...
Along umi tercinta,
Kita hanya berusaha, tapi segala-galanya atas suratan dan ketentuan Allah. Berusaha sehabis daya dan serahkan segalanya kepada Allah. Redha atas segala ketentuan-Nya. Bagi umi, abah dan semua adik-adik tak pernah jemu-jemu mendoakan kejayaan, kebahagian along. Ingatlah kasih sayang umi, abah, angah, alang, abang dan adik sentiasa bersama-sama along. SELAMAT MENGHADAPI SPM. Kami semua sayang along. Akhirnya, jaga kesihatan along...
Wassalam.
UMI.
No comments:
Post a Comment